berjalan ke jeti
ketua rombongan & anaknya - tunggu bot
jeram yang dilalui
pemandangan sepanjang Sg Tembeling
Tiba kat Kuala Tahan, lebih kurang 7 lebih. Sepanjang perjalanan, lalu ladang kelapa sawit dan ada juga hutan. Dari simpang jalan utama/macam highway ke Kuala Tahan ni 62km, jauh juga tu. 3/4 perjalanan tak jumpa rumah2 , tapi dah dekat Kuala Tahan tu, barulah nampak ada rumah2 orang, perkampungan.Kami menginap di Teresek Chalet. Tak sempat aku nak rakam gambar chalet ni, oklah dekat dengan jeti, senang keluar chalet terus turun ke jeti. Aku rasa ni tempat jeti utama agaknya, sebab banyak kereta2/4WD datang ke sini. Tiba di chalet, diberi kunci bilik, bersihkan diri & sarapan. Barulah rasa bertenaga semula setelah separuh malam dalam bas...kalau ikut letih berjalan jauh2 ni memanglah letih, kalau takut letih tak payah le jalan jauh2.
Jam 9 lebih kami semua nak ke Kg Pagi - nak lawat SK Kg Pagi. Kami dipandu oleh 2 tourist guides iaitu Hairil & Badrul. Bagus dan baik orangnya, anak tempatan. Mereka adalah tour guide yang berlesen. Tour guide mestilah ramah kan, kalau tak miss soru lah. Akan datang manalah tahu nak ke sini lagi, insyaAllah aku cari mereka ni. Kami naik bot, satu bot muatan hanya 10 orang sahaja. Wow seronoknya, naik bot menungkah arus Sg Tembeling ke Kg Pagi.Cuak juga naik bot ni, lalu beberapa jeram. Baru aku dapat rasakan, dapat tengok keadaan jeram sungai. Kami ada diberitahu tentang jeram2 yang bahaya. Bolehlah nanti aku cerita kat murid tentang sungai & jeram ni dalam Geografi.
0 comments:
Post a Comment