CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, April 1, 2008

Special Fried Rice


Biasalah Farahin duduk kat rumah, tak tahu nak makan apa untuk breakfast. Roti lupa nak beli, tapi nasi semalam ada. Dia telefon nak makan apa. Aku kata cek nasi ok tak, kalau ok boleh buat nasi goreng. Tak lama lepas tu aku pun berilah tips cara2 buat nasi goreng, bukannya susah benar! Sebenarnya dia malas nak masak,bukannya apa, saje. Ambik bawang merah, bawang putih, lada kecik dan ikan bilis, tumbuklah kasar2. Lepas tu,letak minyak sikit dan tumislah bahan yang ditumbuk tadi. Campur nasi,masukkan garam sikit, atau kicap sikit, kalau adalah dalam stok sayur2 campur campak ajelah, kalau nak tambah telur mata lembu/kerbau, buatlah lepas tu dah boleh makan. Senang, cuma rajin atau malas aje.Lewat tengahari Farahin beritahu dah siap makan nasi goreng! Wow bukan main sedap lagi, aku balik petang tadi pun dapatlah rasa sikit nasi goreng yang dimasak oleh Farahin.Baru dia tahu, masak sendiri lagi sedap! Lain kali jangan malas nak masak. Ada masa2 aku malas juga nak masak, sebab tak berbaloi masa dan tenaga, banyak renyah nak macam2 ada. Tak lah selalu juga, sebab makanan di kedai2 tu hai, kadang2 sebab terpaksa tu lah yang kena order juga. Jika tak , aku lebih suka masak aje...

5 comments:

fatehah said...

hai..lepas ni makan nasi goreng la hari2..macam fahd time pandai goreng nasi dulu..evrysecond nasi goreng!hihi..

sonata anak kancil said...
This comment has been removed by the author.
sonata anak kancil said...

Biasa le tu...Baru satu resepi, tak lawan sambal ikan bilis awak!

sonata anak kancil said...
This comment has been removed by the author.
sonata anak kancil said...
This comment has been removed by the author.