CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, March 31, 2008

Penangan Cinta

Ini kes biasa berlaku dalam kalangan murid sekolah. Bila hati sudah mula ada perasaan menyayangi pada seseorang, maka sangat sukar nak dipisahkan lagi. Buat macam mana pun, untuk melupakannya penangan rasa cinta ni amat berat. Tak tahu nak cakap macamana.
Alkisah, seorang remaja lelaki berumur 15 tahun bercinta dengan remaja perempuan 17 tahun. Tak tahu siapa yang memulakannya, maka berlarutan sehingga hampir 9 bulan. Sudah pandai dating hujung minggu pergi keluar, janji di mana2 tempat, kadang2 pergi tengok wayang. Ibu bapa tidak tahu kemana pergi, yang tahu jumpa kawan. Kawan lelaki/perempuan tidak diberitahu. Tetapi ibubapa remaja lelaki tahu, remaja perempuan ini telah mengganggu anak bujangnya! Dan mereka tidak suka kepada remaja perempuan ini!Kalau tidak kerana remaja lelaki tertangkap sebab pening2 lalat - rupanya makan ubat overdose. Agaknya nak test bagi khayal. Terbongkarlah rahsia, kerana dalam dompet remaja ini adalah photofinish mereka berdua. Aduhai...anak,apalah kau buat ni semua. Ibubapa dipanggil, macam gajah berang jadinya kerana sianak buat hal macam tu. Anak bujang keseorangan, ibubapa bekerja, pengisian masa untuk anak tidak ada, maka carilah pengganti agaknya untuk memenuhi kekosongan itu!Maka, jatuhlah cinta ke atas mereka berdua!

0 comments: