CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, March 22, 2008

di sini bermula..semalam, hari ini, dan esok


Hari ini 'tercipta' satu sejarah, dapat buat blog baru.Tentunya kredit mesti diberikan kepada Farahin, anak gadis ketiga.Terima kasih In!Mulanya dia sendiri tidak pasti hendak memulakan how to create personal blog.Setelah browse blogger, maka terhasillah yang tidak sepertinya ini!


Semalam, hari ini dan esok adalah rutin hidup yang dilalui oleh semua manusia.Apa yang berlaku semalam, mana yang baik diteruskan, dan yang sebaliknya kenalah muhasabah diri ini.Hari ini, hari yang sedang dilalui, entah apa yang berlaku, akan berlaku pada hari ini belum pasti lagi.Sekiranya ada perancangan yang dibuat, sudah tentu kita tahu apa yang berlaku, tetapi bagaimana yang tidak dirancang?Esok, hari yang mendatang, belum tentu kita akan menemuinya.Maka, sekiranya esok, kita tercelik mata lagi, alhamdullilah Allah swt masih memerlukan diri ini di dunianya.Maka, hari semalam terus berlalu, hari ini dilalui, dan esok mudahan dapatlah diri kerdil ini diperlukan lagi...Wasalam.

0 comments: