Hubby sedang cantas dahan pokok
Ibu dan anak sedang menikmati nasi lemak
Bangsal lama nak dirobohkan
Pelajar Kolej Komuniti juga berbakti
23 Mar 2008 Ahad.
Hari ni dapat melihat dunia ni lagi, alhamdullilah.
Pagi ini, ada gotong royong di kawasan perumahan tempat aku bermastautin. Sejak aku menetap di negeri hang tuah ni, mana-mana tempatlah tak kira bandar ke luar bandar ke gotong royong selalu diadakan, terutama hujung minggu.Agaknya kalau tak buat begini, tak ada sape nak hiraukan kawasan keliling. Sebab aku kata begini, kebanyakan melibatkan cik abang yang bertugas sebagai head department. Pulak tu, cik abang ni dilantik sebagai pengerusi taman ini, nak tak nak memang sahlah kena bersama-sama dengan anak buahnya. Jiran pun sama-sama keluar rumah masing-masing dan bergotong royong membersihkan sekitar tak kiralah apa saje yang nampak sampahsarap ke, longkang dah berkeladak ke dan sebagainya ditimbunkan di tepi jalan dan diangkut oleh lori majlis bandaraya.
Tugas aku taklah angkat cangkul atau apa, tetapi tukang order nasi lemak! Cerita nasi lemak ni, nasi lemak akak ni memang aku kontrek sejak aku mula menetap di Melaka ni dan bertanya nasi lemak yang sedap. Maka, ada orang rekomen kat kakak ni. Kalau nak ikut sejarah sejak tahun 1996 - masa tu dia bungkus guna daun pisang. Maklumlah nasi lemak ni kalau dibungkus dengan daun pisang memang humppp! Lepas selang beberapa tahun, daun pisang melawas agaknya / kalau beli kat pasar harga dah naik sebab dah tak ada orang nak cari daun pisang, dia bungkus dengan kertas & plastik aje. Tak apelah kak, cuma tak ada aroma daun pisang je, tapi nasi masih kekal rasanya. Kalau nak order biasanya malam sebelum kena telefon dulu,kalau tak alamatlah melepas. Kalau kita pergi paling awal 6.30 pagi dah berderet orang beratur! Hebat sungguh penangan nasi lemak akak ni. Dulu harganya 60 sen, tapi 2/3 tahun lepas dah naik ke 70 sen. Rasa aku, nasi lemak kakak ni cukup murah. Kalau banding di bandar KL atau JB tak dapat harga macam ni! paling lekeh lah 2 rm.Tak kisahlah kak, orang semua tahu barang-barang naik harga, senang sifirnya harga minyak mentah dunia naik, harga barang pun naiklah juga. Ni lah yang tak enak didengar, kita yang ditugaskan menguruskan rumahtangga tahulah harga barang-barang yang naik harga ni. So aku order 200 bungkus. Janji selepas jam 8 pagi boleh ambik.
Sebelum tiba jam 8, cik abang ajak breakfast, apa lagi biasanya hujung minggu makan roti canai le. Kalau tak roti canai, capati atau tosei. Biasanya gerai yang dah confirm pergi, bukan sembarangan juga, yang dah dikenal pasti roti canai/capati/tosei dah dapat iso. Kalau-kalau nak test market, try tempat baru, jika menepati iso cik abang hah pendek kata selalu lah gi ke tempat tu. Pernahlah test market,nampak gah gerainya, tapi roti canainya out! So sorry, sekali tu lah aku dengan hubby gi. Biasanya aku dengan hubby aje gi dating breakfast.Dekat-dekat pukul 8 aku dengan cik abang nak gi ambik nasi lemak. Sekali pergi baru siap 100 bungkus saje, sebab sorang stafnya tak sihat...Nak kata apa, kalau dah asyik kerja tak rehat, ada kalanya kita jadi tak sihat juga. Tak apelah, jam 9 aku diminta ambik bakinya.So sedap...
0 comments:
Post a Comment