CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, March 30, 2008

Tosei Masala @ Roti Canai

Akhir2 ni aku dah balik ke tabiat asal. Sekarang aku dah lama tak berjalan / jogging kat Padang Serindit. Hujung minggu aje, hubby ajak gi breakfast, apa lagi kalau tak makan roti canai. Pergi biasalah, ke tempat yang biasa pergi aje. Kalau tempat baru, takat ni tak nampak yang mana ok. Nak makan pun kena tengok gerai juga! Nak tak nak aku kena ikut aje dia. Habis tak ada pergilah ke gerai kat pasar Taman Muzafar. Sambil makan roti canai / apa adalah yang rasa nak makan, selalu aku belilah ikan/sayur kat pasar tu.

Hari ni, makan roti canai dan tosei kat gerai Has Fahas, lepas Semabok . Ni pun kira oklah, selera hubby. Semalam Si Fatehah dan Si Ayen balik menziarah Cikgu dia Datin Asiah kerana kematian suaminya. So, mereka baliklah semalaman. Jadi pagi tadi, pergilah kami semua makan roti canai dan aku biasalah makan tosei masala. Ok lah tu, roti canai ni sebenarnya banyak guna minyak, minyak pun dah banyak dalam badan ni. Farahin order maggi goreng, dak Fahd tosei telur, hubby, Fatehah & Ayen roti telur berbawang. Oklah tu. Lepas tu hantar anakanda2 ni ke Melaka Sentral balik Ke UIA. Lepas tu gi hantar Fahd ke gerai SMK Bukit Baru, kerana dia nak tolong cikgunya berniaga...hari ni adalah hari terakhir karnival pendidikan negeri Melaka. Pergilah Fahd, duduk rumah tak ada member, kot2 tidur aje, baiklah gi tolong cikgu.

So balik rumah, aku basuh baju2 yang banyak, macamlah kedai dobi! Nasib baiklah dah kurang menggosok sekarang, tak larat, hantar kedai aje. Bolehlah relax sikit tenaga ni. Petang ni belum pasti nak ke Biz Center, sebab prospek yang janji nak gi tak dapat kerana ada tuisyen ganti katanya. Lagipun kawan dia dah cerita juga tentang ni. Tak ada rezeki lagi...Tak pe sabar, sabar...Farahin, dah kepenatan, malam semalam dia balik dekat2 jam 1 pagi dengan kawan aku. Hebat betul!Aku hanya tunggu di rumah dan uruskan apa yang patut, biar dia aje buat. Yang pasti aku dah siapkan doorgifts untuk tetamu yang akan datang pada 4 & 11 April nanti.Selamat aku.

0 comments: