CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, March 29, 2008

Kalau Ada Jodoh dan Baju Baru

Kalau Ada Jodoh - sebuah novel yang dihadiahkan oleh member hubby - member aku juga secara tak langsung. Penulis novel ialah isterinya, Mimie Afinie. Selama ni aku tak tahu pun isteri mula berjinak dengan dunia penulisan, dan dah banyak tulis novel. Ada aku dah baca sebelum ini. Masuk ni dah 2 buah dia hantar kat aku, sebab dia tahu aku suka baca novel. Apa tak suka, novel hadiah!Macamana sekali pun aku akan berusaha untuk membaca untuk hobi dan menyokong penulisannya. Aku terima pada 28 Mac 2008, terima kasih Suhaimi! Semoga dapat le lagi...He he he muka tak malu. Apalah aku nak balas hadiah ni, nantilah apa yang terlintas dikotak fikir ni aku akan balas hadiah itu. Ya le orang memberi kita merasa, nantilah Mi, I akan create sesuatu, not now.
Aku tadi dah beli 3 helai baju untuk hubby, oklah kata nya. So kenalah hantar tempah. Ada ke dia nak sama dengan si anak! Tak payah la, nanti sama pulak. Nak tak nak dia terimalah juga apa yang aku beli. Kain linen warna coklat dan kain corak kotak2. Ok lah tu.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
fatehah said...

baju kite bila pulak?

sonata anak kancil said...

Tunggu raye