CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, April 11, 2008

Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa (IPBA)

Lawatan IPBA telah tiba lebih kurang jam 8.30 pagi. Sebelum itu, masa perhimpunan pagi,aku beri sikit tips kepada budak2 ni, nak kena ingatkan macam anak2 kecik. Kena ingatkan, kalau tak, nanti dipersalahkana kata tak cakap kat mereka. Beritahu agar mereka sentiasa berdisiplin, kerana ada tetamu dari luar negara akan tiba.

Sebaik sahaja mereka tiba, mereka disambut, dan dibawa ke bilik gerakan untuk diberi taklimat mengenai sekolah ini. Mereka datang dari pelbagai negara luar - terutama dari dunia ke 3. Ada dari Uganda, Chile, Uruguay, Bhutan, Mexico, Filipina dan banyak lagi lah, seramai 29 orang termasuk pensyarah 3 orang, seorang ketua En Aslam Khan. Selepas taklimat mereka melawat sekitar sekolah, dan ke bilik2 khas, dan di samping itu mereka keep on asking everythings they want to know about the school. Rupanya antara mereka tu ada yang tidak berapa fasih berbahasa Inggeris. Mereka ke IPBA selama 3 minggu untuk latihan dan lawatan ke destinasi pilihan. Jadi tahun ni sekolah aku dipilih. Selepas lawatan sekitar sekolah, brunch kepada mereka dan pertukaran cenderahati. Kemudian mereka berpecah kepada 2 kumpulan dan dibawa melihat pengajaran dan pembelajaran guru terpilih. Hampir jam 11.30 pagi persembahan pasukan muzik sekolah diadakan. Biasalah persembahan budak2 muzik aku, memang best! Mereka main bersungguh2, dan mendapat pujian yang sangat bagus.Dan dah habis persembahan, mereka mintak mainkan lagi, dah mereka mainkan satu lagu lagi. Memang mendapat pujian yang sangat hebat, dan tahun nak datang lagi! Wow mati aku. Aku pun tak tahu nak kata apa, apa taknya pengetua aku dah pencen!

Petang ni, aku nak mula packing sebab malam ni nak bawa budak2 ke Cameron Higlands, kem motivasi pengawas sekolah. Boleh jumpa member aku yang promote tempat ni yang dia kata best untuk campsite. Dan aku pun nilah kali pertama nak ke sana. Mudahan semua selamat pergi dan balik.

0 comments: