Sejak balik dari CH hari Ahad, tak sempat2 nak update blog. Pergi Ch dengan pengawas2 sekolah dan cikgu2 unit disiplin dan pengawas, 3 buah bas. Mulanya nak mula bertolak jam 9 mlm,tunggu punya tunggu rupanya bas ke 3 yang nak datang ke sekolah rosak sebelum sampai sekolah. Biarlah lama tunggu di sekolah, kalau semasa dalam perjalanan lagilah parah nanti. So tepat jam 12 tgh malam kami pun beertolaklah dari sekolah. Tiba kat R & R Tapah jam 5.30 pagi, rehat, dan solat subuh. 6.30 kami pun terus naik ke CH, tiba hampir jam 9 pagi Kem Sg Pauh Brinchang, disambut dengan Cikgu Ghazali yang aku kenal tu dan Cikgu Norazman yang mengetuai kem ini iaitu Waja Diri Adventure Team. Tiba terus dihidangkan dengan sarapan pagi yang telah sejuk- nasi goreng! Bukannya apa, mulanya memanglah panas, sebab suhu yang sejuk, letak kejap dah sejuk. Punyalah banyak makan, sebab lapar sepanjang perjalanan adalah juga berhenti, tapi bila dah tiba kat kem tu, wow seronok dan lapar
Suhu sejuk, buat kami semua pakai baju tebal, macamlah kat oversea. Pengawas setelah diserah kepada WDAT terus buat aktiviti. Cikgu2 semua masuk chalets yang disewa khas. Sepanjang jalan nak ke chalets, sempat singgah kat strawberry farm yang kecik aje, apa lagi sempatlah berposing dengan strawberry. Lepas makan tengah hari, semua guru dibawa oleh Cikgu Ghazali ke Kea Farm kat kedai jual sayur dan strawberry yang dia memang dah kenal dan boleh dapat harga baik. Apa lagi, mana sempat beli, beli dulu. Sayur2 dapat 18 peket hanya rm10 saja. Berebut2lah dia orang beli. Aku pun belilah juga, walaupun kalau ikutkan aku bukannya masak sangat, tapi belilah juga. Strawberry dapatlah 3 peket rm15 besar2 juga.Ok lah, jangan tak beli orang kata. Lepas tu gi ke Raju's ais krim kat atas bukit, makanlah juga ais krim strawberry nya.
Balik ke kem sebab jam 5.30 petang pengawas berhenti rehat dan nak bawa mereka keluar pulak.
Jam 5.30 ptg bawa pengawas ke pasar malam yang tertinggi di Malaysia atau world (?) Brinchang. Brinchang ni, tempat yang paling tinggi kat CH. Keluar dari bas, teruslah hujan lebat. Nak tak nak, jalanlah juga dalam hujan, bila lagi sebab dah tak ada masa. Basah! tapi pakai 2 lapis baju, taklah terasa basah kuyup. Tapi gigil juga lah. Belilah makanan sikit, kebanyakannya orang Cina yang berniaga, orang Melayu & India ada juga. Ada 2 orang cikgu tu, tak habis2 membeli, sampai tak ingat jam berapa nak balik, hari dahlah hujan, semua orang balik secepat mungkin, dia orang ingat balik 8.30 malam! Dengar cerita, beli bunga dan strawberry, murah katakan kalau banding kat tempat sendiri.
Malam kat kem, suhu turun sehingga 13 - 14 c, sejuk sangat rasanya. Ada pengawas tak tahan sejuk, hantar ke klinik, tapi tak serius. Malam tu tak lah tidur dalam khemah, bimbang apa2 hal berlaku, semua pengawas tidur dalam rumah rangers. Aku dengan Farahin dan Fahd yang ikut sama, tidur dalm kesejukan di chalet.Tak payah aircon!
Hari Ahad, tengahari lepas habis majlis penutupan, kami pun balik ke Melaka. Singgah kejap kat Ladang Teh Bharaat, singgah juga kat gerai sayur tepi jalan. Ada lagi yang membeli. Selagi mana tempat singah, masih ada lagi yang membeli. Sorang pengawas ada asma tetapi tak beritahu, dah jadi sesak nafas, cemas juga, nasib baiklah ada cikgu aku yang datang dengan kereta, tolong uruskan dan terus bawa balik ke Melaka. Alhamdullilah selamat semuanya. Tiba kat sekolah jam 11.00 malam. Esoknya pergi sekolah, tapi ada cikgu datang lewat sikit dapat kebenaran bos, aku tak lah, pergi juga seperti biasa.

0 comments:
Post a Comment