CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, December 7, 2009

Jalan2 ke Angkor Wat

Salam dari Seam Reap....@ Angkor

Pagi2 lepas subuh, kita orang dah keluar hotel nak ke Angkor Wat. Semasa makan malam semalam, jumpa budak Malaysia 2 beradik dari KL - dia orang bercuti ke sini jugak selepas dari Ho Chi Minh. Kalau nak ke Angkor Wat, pegi pagi2 lebih kurang 5.30 pagi dari hotel sebab nak tengok matahari terbit - pemandangan yang sangat cantik. Kalau tak berjumpa dengan budak2 tu, aku & geng akan pegi jam 8/9 pagi gitu....Rupa2nya bila kita orang sampai, dah ramai tourists terutama mat salleh bertenggek atas2 batu / bangunan, rupa2nya cari port baik untuk melihat matahari terbit. Punya la ramai tourists...Tiket masuk USD20 - dan diambil gambar kita, jadi pada tiket tu siap diprint gambar muka kita - macam pasport.

Kawasan Angkor Wat ni, kawasan yang utama...Angkor ni ialah nama lama Seam Reap - punyalah luas dan tersangat besar kawasan & bangunan lamanya. Semuanya sebagai tinggalan sejarah.Kita hanya melihat kesan2 pembinaan abad ke 13 (?) tak berapa pasti, tapi memang lama la...nak bina ni pun makan masa 1000 tahun lebih.Bangunan ni dibina kerana nak menunjukkan kehebatan raja yang menang masa perang dulu...jadi dikerahkan rakyat untuk membina tempat2 macam istana - tempat sembahyang mereka / tempat tinggal dll. Sekarang semua ni dah tak ade, hanyalah tinggal batu2 bangunan yang besar2 - yang masih original lagi!

Pada dinding bangunan banyak lukisan2 masa dulu2 punya cite - zaman epik2 ramayana dan ntah2 apa2 lagi tatau la....itu aje la, bukannya apa. Di sini gajah2 tu memang jadi macam simbol kebanggaan di sini, jadi mana2 pegi ade la patung gajah....

Lepas Angkor Wat, dibawa melawat Angkor Thom ( gelaran : the smiling temples )....pun begitu juga, banyak bangunan2 lama yang dah runtuh- tembok2 yang sangat besar & kolam . Aku dah tak larat nak berjalan - sebab semuanya terletak macam dalam kawasan hutan rekreasi....Aku jalan dekat aje, yang members aku tu ( 3 guys Sabahan ) meneruskan perjananan ( jalan kaki ) dalam kawasan hutan ni. Tourists dari macam2 negara ramailah datang....kita ni apa nak tengok sangat - bangunan2 batu lama....tengok yang pertama dah cukup.

Dan yang akhir dibawa ke Angkor La Throm...apa makna tataula....aku dengan 3 orang lagi, dah tersadai dalam van aje....ni pun sama jugak terletak dalam hutan rekreasi - mana2 pun sama - jadi kita orang hanya temgok yang terbesar saje, ikutkan banyak lagi....dah sampai sini, pegi aje la orang dah bawak kan...

Sori la, gambar2 tak dapat nak upload - dapat tulis ni pun dah cukup baik - jadi aku tak la lupa apa aku dah lalui di sini. Tenet sini sangat slow - blutoot pun tak ade..!Dia orang punya komputer ni pun - ( bukan aku nak kata la - aku cakap fakta okkkk ) - aku rasa ramai dah tak guna lagi...seme guna laptop! keyboard pun ntah tahun bila punya tatau la.....tapi aku bersyukur, Mr Phil ni baik hati - dia beri aku guna tenet. Balik nanti aku upload gambar2 tempat2 yang aku dah lawati....

Lagi satu, nasib baik jugak dapat tulis kat blog, bolehlah aku fresh update untuk hubby & anak2 aku baca apa yang lalui di sini....telefon dari sini mahal - 2 minit - 2000 ril ( RM2) - kalau roaming lagi la mahal even sms sekalipun....aku hanya telefon dari sini ke rumah.....ok bye-bye...

Nak keluar ke Old Market / sekitar bandar Seam Reap jap lagi.....

8 comments:

Yunus Badawi said...

Ada tempat nak solat Subuh kat Angkor wat tu tak kalau keluar pagi2 buta?

Kalau nak tepon mahal ko ym ajelah dgn pak sheikh hehehe

Maiyah said...

apa le maknanya kan.. nama pun ada ala ala tentera gitu

cheryna zamrinor said...

impress:)

SAK masih update blog walaupon komputer kat sana tak canggih:)

masih bagi fakta, Alhamdulillah...

sonata anak kancil said...

YB : kita orang keluar lepas solat lah! sini masuk waktu awal 1 jam....yang lain2 tu seme jamak...( nasib baik aku mc khas ...he3x)

sonata anak kancil said...

Maiyah : ntah apa2lah maknanya, kalau nak sebut, sampai nak tergeliat lidah

sonata anak kancil said...

Cheryna : terubat jugak bila dapat tenet ni....kalau tak, seperti putus hubungan dengan M'sia!

sonata anak kancil said...

YB : mahal2 tepon, aku tetap tepon jugak!!! dapat dengar suara sikit cukup lah...pantang ada peluang - aku tetap tepon!!!

GPI said...

saya cadangkan group ni terus ke vientane Laos.. tmpt Sukan Sea tu.. buat laporan harian.. hehehe.. lagipun cuti pnjg lagi..