CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, December 7, 2009

Ke Central Market , Old Market & Night Market

Petang tadi lepas jalan2 ke Angkor Wat balik ke Guesthouse - rehat . Lepas tu keluar semula dengan tour guide bawak ke Central Market . Di sini banyak jual barang2 pelbagai jenis, tapi tak lah begitu ramai tourists, tourist ramai ke Old Market. Souvenirs macam2 & batu2 permata memang banyaklah....beli lah sikit2...jangan orang kata tak beli! kena ingat, walau suka nak beli - nak bawak balik naik kapal terbang - susah oiiii......jadi beli patut2 aje la....kalau nak bershopping, datang la khas untuk shopping aje....tapi kita ni nak lawat tempat orang, shopping tu, sebahagian aje. Kalau ke Cambodia, nak bershopping bagus di Phnom Penh - ada Russian Market & market besar & juga shopping complex sorya - terkenal la tu!

Kalau nak shopping pegi Ho Chi Minh...ini memang best bershopping, nanti la, balik nanti aku cite kisah kat Ho Chi Minh.

Lepas bejalan2 di Central Market, aku & gengs ke Old Market....Kalau nak membeli tu, tawarlah serendah2nya!!! Oh, dasyhat sungguh bunyinya....Tapi itu lah hakikatnya, kalau kita rasa harganya mahal, tapi jauh lebih murah lagi dari Malaysia! terutama batu2 permata di sini, paling baik punya! Hu hu hu...aku beli lah jugak.....semua urusan jual beli banyak guna USD.

Jam 6 petang, makan malam di sebuah restoren orang Malaysia + kawen orang Cambodia...bolehlah makan ala2 Malaysia sikit. Tapi terus terang , aku sendiri tak tahan masakan orang sini....lepas makan, dah rasa sakit perut..terpaksalah cari toilet. Nasib baik toilet ini memenuhi ISO aku....Aku terpaksa la makan maggi yang dibawak dari Malaysia @ makan roti + telor rebus ( hari ini aku dah makan 3 biji telor! ). Pagi tadi, makan roti dengan telor rebus, lunch ada orang Melayu Champa hantar nasi goreng + telor goreng - aku makan sikit aje...lepas tu dah sakit perut! Bergegas tour guide bawak aku ke toilet....Balik petang tadi, makan telor rebus baki breakfast!

Malam, kita orang terus berjalan lagi ke night market. Ohhhhh...sungguh happening! Mat saleh punyalah ramai! Hotel2 di sini, kebanyakannya cater for mat saleh.

Aku rasa cukuplah untuk malam terakhir ni, sebelum aku meninggalkan bumi Cambodia ni.

Dah nak kemas2 barang - esok nak ke airport jam 11 pagi....Hu hu hu tak sabar nak balik Malaysia, nak makan makanan Malaysia! rindu asam pedas, roti canai , meehoon sup/mee goreng dll....di Ho Chi Minh lagi susah nak makan - hanya makan maggi & roti yang dibawak dari Malaysia. Breakfast aku hanyalah oat....

Tapi sape2 ada hajat nak melancong ke sini, bagus lah....Tanyalah sape2 yang dah pernah datang ke Ho Chi Minh - ramai orang Malaysia bershopping di sana! Ho Chi Minh, memang best! Terasa nak pegi lagi...

Sampai sini dulu...assalamualaikum!

5 comments:

Maiyah said...

kalo bab beli nih mmg meriah le.. mngabihkan kertas2.. dpt bygkan camne gamat market kat sana kan

cheryna zamrinor said...

kali nieh rasa macam salam perantau pulak. jangan lupa oleh2 utk kami ye!!!:)

Hanisham Ab Halim said...

Bestnyer kak.. ada ole2 tak???

Unknown said...

seronok hang boleh pi jalan-jalan..
saya takdak masa, anak nak berenang kolam pun saya bawak ke kondo di bukit merah saja..
nanti bila pencen nak jalan banyak-banyak...
tu pun kalau Alah tak pencenkan lebih awal.

Yatie Ariffin said...

salam sonata,

bestnya dengar citer bab gi jalan ni.....Tahun ni saya tak gi mana sebab ada urusan yang perlu dibereskan. Tahun depan...Gold coast.

saya follow sonata ye...mana tau info pasal jalan2 ni berguna suatu hari nanti.