Hari ini dah tiba di Cambodia.
Setelah 3 hari berada di Ho Chi Minh
( Vietnam )pagi tadi naik bas express -+ 9 pagi, travel selama -+ 6 jam ! Perjalanan melalui kawasan perkampungan , terasa seperti di Malaysia jugak. Nak keluar dari bandaraya Ho Chi Minh saja makan masa hampir 1 jam...menunjukkan betapa besarnya bandarayanya!
Sepanjang perjalanan , terdapat banyak kawasan sawah padi & hampir sama seperti di Malaysia. Cuma yang agak sukar di sini ialah makan! Tapi itu pun ok...sebab kami semua dah standby dengan roti & buah2an...Walaupun disediakan makan tapi almaklumlah, tak tahu hujung pangkalnya....kami senang dengan makan roti, sandwich...hahaha nak cite panjang2 nantilah balik Malaysia.
Tiba di bandaraya Phnom Penh dah dekat jam 3 petang,di sini kami seramai 8 orang tinggal di IndoChine II Hotel.Yang bestnya, kami naik tuk-tuk ( macam beca tapi bermotor )ke hotel...1st time, syok pulak !!! Very nice & good hotel dan dekat dengan restoren Islam - rakyat Malaysia yang berkawen dengan orang sini...Lepas la rindu dendam kami nak makan nasi Malaysia...Kalau dah orang Melayu Malaysia nak cari nasi Malaysia jugak la...
Ok la sampai sini dulu, ni dapt peluang kat hotel ni dapat bukak blog! Gambar2 tak dapat nak upload lagi...Bandaraya ni besar sangat , tapi tak sama seperti KL ...lebih kurang sama macam Jakarta / bandar yang sesak dengan penduduk. Ade peluang esok, akan ditulis lagi...
Hoya Pro1 UV Filter
3 hours ago
10 comments:
Wah juahnya perjalanan!!selamat cuti2 asean
Semoga makin gembira..... :)
jeles.. jeles nih.. nape tak snap bleh join sekaki :)
Best kan pegi makan angin.
Jgn sampai perut masuk angin ye...
Jaga diri.
:)
selamat pergi & selamat pulang yerk kak sak
enjoy nya dapat jalan-jalan...
lepas ni ke mana pulak??
Salam Sonat...lama akak tak kemari...semoga selamat dlm perjalanan & enjoy your holidays...
Salam Kak,
Selamat melancong.... Betul-betul cuti nih...
wah..sempat lagi update blog sonata..
salam...
wah best ye, saya tak sabar nak gi sana juga. pengalaman sonata bolehlah saya ambik sedikit sebanyak sebagai panduan merayau nanti
Post a Comment