CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, December 31, 2009

Kehangatan mula terasa........

Bangun pagi.

Minum air sejuk 2 mug.

Gosok gigi - bersuci diri @ mandi - angkat air sembahyang - solat

Buat sarapan nasi goreng
( untuk ditinggalkan anak2 di rumah - pandai la korang nanti cedok sendiri )
Hubby pun bersarapan

Minum @ makan quaker-oat
( paksakan diri untuk makan - biar isi perut "full" & bertenaga )

Minum 1 mug lagi air suam + madu ( amalan harian - untuk kesihatan diri -
kena amalkan - sape nak ikut silakan ...) - siap diri


Sonata sedang menghangatkan dirinya....mula terasa bahangnya

Hantar hubby pegi keje....salam - cium - kehangatan dakapan pagi terasa -
inside touching - keje jadi mudah - senang - gembira

Ohhhhh...lagi 5 minit jam 8 pagi - keluar menuju ke sekolah...........

Kehangatan di jalan raya bermula - kereta nampaknya bergerak agak perlahan - mungkin kereta cikgu ! Kalau orang ofis waktu begini mustahil
sebab sepatutnya dah berada di ofis!

Jadi, ini konfem kereta cikgu la. Kenapa aku kata konfem kereta cikgu???
Hari ni kan 31. 12.09 - hari ni juga kebanyakan sekolah mengadakan meeting pertama sebelum sekolah dibuka dengan rasminya hari Isnin depan
& ada juga sekolah yang buat pendaftaran murid Tingkatan 1 @ Tahun 1....

Mesyuarat pertama telah berlalu.....Bahagian pentadbiran memberitahu tentang pengurusan masing2. Alhamdullilah majoriti cikgu aku telah datang menghadiri mesyuarat dengan begitu bersemangat nak memulakan P & P - tidak kedengaran sakit sana sakit sini - semua ceria kecuali 3 orang aje tak hadir dengan sebab yang sangat konkrit . Begitu ghairah untuk mendapatkan Buku Rekod Pengajaran + jadual waktu dll berkaitan - mula bersiap siaga untuk P & P hari Isnin 4.1.2010.

Begitu juga pendaftaran untuk Tingkatan 1 diadakan pada 2.1.2010 Sabtu ini -
semua kelengkapan sudah siap juga diuruskan oleh cikgu2 & pengawas.

Yang aku tahu , sangatlah ramai nak masuk ke sekolah ini
dengan pelbagai alasan & rayuan & tak kurang hebat juga menggunakan
tali kebel paling besar di negeri ini demi untuk kemasukan anaknya di sekolah juga. Nak buat macamana - kalau orang kuat pak menteri sudah sain itu surat!

Mesyuarat ditangguhkan dengan jamuan makan tengahari.

Bahang kehangatan persekolahan tahun 2010 mula terasa........


SELAMAT TAHUN BARU 2010




17 comments:

Tirana said...

Selamat tahun baru buat cikgu sonata...

daydeck86 said...

kejap je masa berlalu...

CIKGU NAMAN said...

saya selalu lupa nak amalkan tang madu tu..hehe..madu ada..disiplin xde..kena buat reminder dkt mana2 ni..

selamat kembali bertugas..

IMANSHAH said...

Selamat mengajar semula n selamat tahun baru

ONE ZABA said...

ya, cuaca pun sgt hangat....

selamat tahun baru buat tuan rumah sekeluarga.

Chenta said...

Salam kak...

wah, ada tip kesihatan . tq..

Bahang terasa dimana-mana sahaja . Sebagai ibu, saya juga terasa kehangatannya .

Selamat tahun baru and selamat bertugas cikgu !

insan pendidik said...

skrip yg sama berulang kembali. Mudah2an kali ni dengan keazaman baru.

Unknown said...

salam cikgu....
ermmmm ... aktiviti lama kan berulang kembali...

ckLah @xiiinam said...

Errr...dah nak bukak sekolah ya?

Bukan cuti lagi ke minggu depan?



He..he..he..


Selamat menyambut sesi baru!

Maiyah said...

slmt thn baru ;)

sonata anak kancil said...

Tirana : Selamat Tahun Baru juga untuk Tirana


Daydeck86 : seperti berlumba lari mengejar masa!!!

sonata anak kancil said...

Naman : ko bukan tatau aku kan Ketua Disiplin!!! ngeh3x


Imanshah : selagi tak suruh berhenti, aku terus la ngajo....

Selamat Tahun Baru

sonata anak kancil said...

OneZ : Selamat Tahun Baru juga untuk kamu ....

Kat atas gunung hangat jugak ka?


Linda : huhuhu...bukan bahang sikit2 ni...kepanasan teramat sangat!!!

Selamat Tahun Baru untuk Linda sekeluarga

sonata anak kancil said...

IP : mana tak sama skrip - pengarah sama - copy & paste aje la...

bertambahnya tahun - semakin pendek usia ini...selamat tahun baru


UmmiHumaira : program sama - pengisian aktiviti tu kena ubahsuai dengan keadaan hari ini!

Selamat Tahun Baru untuk UmmiHumaira ...seperti ada hajat nak join pada 10hb...tapi tak leh nak janji....

sonata anak kancil said...

CkLah : gini la CkLah...selagi tak disuruh berhenti...terus aje le...

Selamat Tahun Baru CkLah


Maiyah :Selamat tahun baru juga untuk Maiyah

NzA said...

Hepi New Year n slamat kembali semula ke era prsekolahan...

sonata anak kancil said...

Nza : selamat tahun baru juga ....back to school! sentiasa ceriaa selalu...