CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, December 21, 2009

Sesak & Saman


Hari ini aku dicatatkan sebagai guru bertugas....ade 2 orang disenaraikan bertugas....

Tapi aku datang lewat sebab Fahd nak pergi berenang-renang.....so beritahu member aku datang lewat sikit.

Ok, aku pun hantar Fahd ke kolam renang di bandar hilir......

Bila tengok tak ade orang...tanya pak gad - rupa2nya hari ni pagi Isnin orang cuci kolam! alamak lupa la....jam dah 8.45 pagi. Sebelum keluar aku dah ready dengan track-suit nak ber exercise sementara menunggu Fahd berenang. Oleh kerana tak dapat berenang - aku dengan Fahd pun berjalan di sekitar kawasan bandar hilir tu - melalui muzium2 yang ade - menaiki tangga yang agak tinggi & curam sehingga ke atas Bukit St. Paul....lepas tu turun ...sengaja aku ber exercise.

Jam 10 baru la pergi ke sekolah - kebetulan bos ade - ucapkan selamat berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah....tau2 la bila di sekolah - beberapa orang luar telah datang menghulurkan borang untuk masuk ke sekolah aku ni....susah mau cakap la...seme nak masuk ke sini...aku nak buat macam mana ....dalam satu2 kelas dah tahap maksima! 40-45 students!

**************************************************************************************

Petang 2.30 keluar dengan Farahin.

Selepas urusan di bank - nak pegi ke Tesco - bila tiba di persimpangan Padang Jambu , simpang ke Flat Polis Sri Temenggong - dah nampak kenderaan mula berhenti --- panjangnya nak melepasi trafic-light!

Aku pun , ambik jalan potong - masuk ikut jalan Padang Jambu - best la sebab tak ade kenderaan lain! Bila tiba aje kat Kolej Perubatan Manipal - alamak kereta dah berderet jem! patutla sampai ke simpang Padang Jambu! maknanya sudah jem sepanjang jalan hala ke bandar...sebab apa? tatau la - acident ke / memang kenderaan banyak ke masa cuti sekolah ni....( di Melaka ni seme tempat pelancongan penuh! - dan jalan pun sesak .... )

Tak boleh jadi ni - tak guna aku teruskan nak ke Tesco - buang masa di jalan aje...aku patah balik - terus ke Jusco saje! Bayar macam2 bil di Pejabat Pos dalam Jusco - selamat aku boleh shopping terus...kalau aku nak ke Tesco juga - alamat tak sampai lah...ntah pukul berapa baru tiba...tak berbaloi!!! buang & rugi masa....

Bila aku nak balik masuk kete - terselit kertas saman oleh MBMB ! Encik yang letak kertas saman ni tak nampak ke ade stiker MBMB kat stering kete aku ni? Main pakai letak je saman ! Aku memang tak pernah gores2 kupon untuk parking....
& tak reti pun.....


Tiba rumah - beritahu hubby - uruskan kertas saman - aku tak reti nak bayar2 saman ni...biasanya tak kena la, bila hubby uruskan....he he he....




2 beg penuh dengan makanan!
cakap kat budak cashier - macam tak makan seminggu! gelak budak tu...

23 comments:

GPI said...

Stiker MBMB depa tak heran..
kalo tulis.. PM atau KM...
kot mereka perasan!

he...
he...
he...

sonata anak kancil said...
This comment has been removed by the author.
sonata anak kancil said...

GPI : ala saje buat tak nampak - sebesar2 tidak setepek kat situ....ntah2 matanya cember @ kelabu - hari nak hujan - main letak aje le...kan dah susah nak kena pi MBMB untuk dibatalkan...

ala tulis KM / PM pun, ntah2 sama jugak! kalau kena? habislah...buang keje terus! lagi kene - buta ka?

kenari said...

kali pertama sy ke melaka dgn family pd cuti krismas tahun lepas. mmg bersejarah sbb dpt tiket saman krn tak byr parking. hari dah ptg, bawa balik surat cinta tu ke kedah. sy pos money order utk byr saman tu, kalau tak byr takut blacklisted takleh ke melaka lg dah :p

Yunus Badawi said...

Tabiklah ko kuat lagi panjat bukit st paul tu. Aku tercungap jugak kalau naik atas bukit tu.

Yunus Badawi said...

kalau pergi Jusco tu baik2. Takut nanti meletup lagi hehehe

Yunus Badawi said...

kereta ko ada sticker Majlis ya? Bolehlah mintak ko atau pak sheikh pinjamkan kat aku satu sticker. Nak parking free jugak hehehe

fatehahnasir said...

memangla byk makanan,
ade dua budak kuat makan kat rumah.
lagi2 budak perempuan tu.
hahahaha :P

chekgu Bani Hassim said...

byk tu... 40-45 org sekelas...
cramp kelas...

erm, rajin anak akak berenang2 nih...
boleh jadi perenang wakil melaka..huhu

DUN Behrang 2020 said...

Incik tu ghairah nk 'menyaman' je kot...

daydeck86 said...

trima kasih la kak SAK coz sudi singgah kat umah saya yang tak seberapa tuh kak
:):):)

farahin said...

fatehah,
ewah ewah sedap kutokk nampak.
nanti umi buat barbeque, kite tengok siapa makan banyak.

Daun said...

hati terbakar je bila tengok saman

Kamsiah yusoff said...

harap2 satu hari sampai la jugak kat melaka tu...anak2 dah sampai...ikut rombongan sekolah..

sonata anak kancil said...

Kenari :ala kesian bila kena saman....bayo aje le...lain kali jangan lupa beli kupon ye!Jangan serik datang ke Melaka....

sonata anak kancil said...

YB : memanglah tercungap jugak! tapi boleh tahan beb...!


YB - 2 : yang meletup tu Jusco baru - kan tangguh...biar diorang jawab la...aku tau pegi aje!


YB - 3 : ko cakap bila nak datang...no hal punya

sonata anak kancil said...

fatehah : budak pompuan ni memang kuat makan!

sonata anak kancil said...

Chekgu BaniHassim : ye memang macam tu la...terutama kelas akhir...40 tu kira biasa la...

anak akak ni berenang masa cuti sekolah aje - memenuhkan masa cuti!


Dun Behrang : tu la fasal...yang sedapnya dia selitkan kertas saman tu betul2 dekat stiker! takkan tak nampak! pelik betul la, manusia ni...

sonata anak kancil said...

Daydeck : kena la tengok2 jugak rumah adik kembar ni!


Farahin :korang ni sama aje! apa umi masak seme sedap!!!



Daun Bidara : memang bengkek !!!


Kamsiah : insyaallah mana dulu la ye...kedah @ melaka....buat masa ni kita dok sembang dulu ....

insan pendidik said...

salam sonata,

Tak seronok nk ngajar kalau kelas dah cecah 45 orang tu. Susah nak bagi tumpuan sama rata. Nak ingat nama pun payah hehe

ckLah @xiiinam said...

Sekolah ckLah pun menjadi sekolah harian'sasaran' mak bapak daerah ni. Kami terpaksa tolak walaupun ada UPSR 6A atau 7A dari sekolah Cina....kerana kami terpaksa juga terima budak-budak yang masih kelabu baca tulis dari sekolah2 kacapuri berhampiran...Setakat ni, maksimum satu kelas 38 orang saja!

sonata anak kancil said...

IP : nak buat macamana IP - orang pindah ke sini, seme nak cari sekolah dekat rumah / senang transport - bila tengok kelulusan - layak kelas hujung = tu yang penuh! Contoh 4F , 4G , 4H - 2009
(kelas ke 6,7,8 dah 4o students) - ni pun memang sebenarnya dah haru biru cikgu dibuatnya...kelas2 ICT / MPV layak 20 - 25 sj - so dah tak boleh masuk lg...

bayangkan pindah masuk F4 - utk tahun depan F5 - tu yg jadi 42 - 43 ....puas sy cuba menepis...tapi terpaksa terima jugak sebab depa tu dah merayu2 kat PPD...tingkatan lain lagi?

sonata anak kancil said...

CkLah : sama la kita....apa lagi sekolah sy dah dapat title sekolah cemerlang...

orang cina / india pun merayu2 nak pindah ke sini / masuk sini -
( sekolah ni bagus , saya dengar sekolah sana bla - bla - bla....sekolah ni hah disiplin manyak bagus.... ye le tu - korang nak masuk sini, puji la macama2 - ni ibubapa yang mengadu kat saya - merayu2 nak masuk ke sini) .

Bila saya kata ..bla-bla-bla....apa diorang jawab - tak ape-tak ape, janji anak saya dapat sekolah sini!

huhuhu boleh mati macam ni!
( tapi sy ni...."lemah longlai" dengar pujuk rayu - saya tau boleh sumbat lagi selagi tak cecah 45!!! cuma kalau boleh saya suruh pegi ke sekolah jiran yang "kurang" murid!!! - kita pun nak maintain prestasi kan....