CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, December 9, 2009

Jalan-jalan ke Vietnam & Cambodia

Pertama2nya aku ucapkan infiniti terima kasih kepada sesiapa saja yang telah sudi singgah ke AGK ini. Aku mintak maaf banyak2 kerana tidak membalas /menjengok kembali ke rumah rakan2 yang telah singgah ke AGK....Iye la,biasa la kan...macam hari raya, kita saling kunjung mengunjung, tapi aku tak dapatlah berbuat seperti sebelumnya. Dapat update sikit2 dari sana pun dah bagus - sepertimana aku beritahu la...tenet kat sana very2 slow....! tataulah kat tempat lain - yang aku maksudkan tempat2 aku menginap je!

Ok lah aku share serba ringkas gambar2 sewaktu di sana....kalau tengok tempat orang lain / kat encik google pun banyak...tak kisahlah kan, aku share apa yang ada. Aku tau ramai rakan2 yang lain pun dah pergi ke pelbagai tempat.....kita share di sini, sape2 yang belum pegi bolehlah dapat serba sikit info tentang tempat2 ini.

Sebelum berangkat ke Ho Chi Minh ( Vietnam ) & Cambodia , semua personal belongings kena bawak secukupnya...kalau bawak sikit, kalau cadang nak beli di sana, boleh jugak. Jangan lupa bawak kompas untuk tentukan arah kiblat. Ketua aku, sangat2 bertanggungjawab dah bawak....

Aku pegi ni bersama 7 orang lain - ( 4 dari Labuan
) + sorang guru baru bersara
( satu sekolah dengan aku ) + isterinya ( cc aku le ) + anak saudara cikgu Labuan tu
= 8 orang semua - senang - kalau ramai2 keberangkalian lambat selalu terjadi!

Tiba di sini jam 7.30 malam waktu sana

Selain dari itu - bab makan. Bawak bekal roti / sambal2 kering / all 3 in 1' s what so ever you like /dll. Sebab, dah tau secara umumnya kita pegi negara yang minoriti Islam ( ada bukan tak ade - cuma tak jumpa tempatnya kan...), jadi makanan halal agak susah. Hotel2 yang aku pegi semuanya menyediakan breakfast / lunch / dinner...yakin halal? belum tentu kan! kalau ada makanan Islam pun, masakannya tak sama dengan selera Melayu ( aku laaaa ) & salah hemat boleh meragam perut
( seperti aku di Cambodia ). Lebih baik makan roti /maggi aje!

....tengok apa yang aku makan di Ho Chi Minh.


Breakfast - oat , burasak ( nasi impit member bawak ) makan dengan sambali ikan bilis , roti
tupperware pun aku bawak! cuma mintak air panas saje kat hotel

Malam tu, kita orang teruslah jalan2 di night market - betul2 sebelah /dekat dengan tempat kita orang menginap....1st night survey2 dulu....
***************************************************************************************


Bandaraya Ho Chi Minh terkenal dengan bandaraya motorsikal - punyalah banyak ! Dimaklumkan oleh tour guide - kalau lelaki nak kawen /nak girlfriend , kena ada motorsikal! begitulah penangan motorsikal di sana. Yang anehnya, terlalu banyak motorsikal, tapi tak ade kemalangan berlaku, bersesak2, lalu celah mencelah, dalam masa yang singkat
semua dah clear ! begitu la hebatnya orang di sana menunggang motorsikal.
Waktu petang ( mungkin balik kerja ),
ratusan @ ribuan gamaknya motorsikal memenuhi jalanraya !

6 comments:

Maiyah said...

fuyoo.. ramai org kat bandar tu, tp kalo rmai camtu bleh tensen gak

CIKGU NAMAN said...

dah agak dh..

mesti cerita jln2 jd berepisod panjang ni..hehe

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Wah, seronoknya di Vietnam dan Cambodia.......teringin kami nak ke sana..

sonata anak kancil said...

Maiyah : memang sangat ramai & bandaraya ni pun sangat luas!
Depa dah biasa, tak tensen - kita aje tak biasa ....depa nampak relax & bawak motor smooth aje!

sonata anak kancil said...

Naman : apa khabar? tak sempat nak ke rumah hang...ingat tak, masuk contest - perasan tak hang separa betul....sila berikan email segera!

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : memang seronok tengok tempat orang ni - senang aje kalau cikgu nak ke sana...dengan info saya ni - cikgu tak payah nak guna tour agent! Booking hotel yang kami duduk ni @ tanya Hjh Rokiah....