Hari ke 3 pergi ke Cu Chi Tunnel. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Ini adalah tempat tinggalan masa peperangan USA ke atas Vietnam. Ohhh dasyat betul....Tiket masuk ialah 75,000 dong. Kiralah sendiri berapa dalam RM ! Gambar2 berikut antara yang aku snap - ikutkan macam2 nak dirakamkan....Oh tak larat la...sebab kawasan nya sangat luas...
Model menunjukkan tunnel - ada 3 lapisan tunnel....
pembinaan nya hanyalah guna alatan tradisional seperti cangkul saja.
Tunnel ni lengkap serba serbi di dalamnya - sehingga kan USA kalah!
Alatan peperangan USA
Lorong yang muat laluan sorang saje! semua dalam keadaan original -
kecik sebab orang Vietnam ni kecik saiznya!
Perangkap samar - tengok dalam lubang tu ada besi2 berceranggah ,
terpijak tutup tu, terus jatuh dalam lubang & tercocok meraung - mati !
Ini adalah bilik mesyuarat
nampak busut kan? betul busut - tapi ade lubang2,
tempat menghalakan tembakan ke pihak musuh!
ni pun sama sebuah busut - tapi untuk saluran pengudaraan!
Rupa2nya ade orang memasak di dalamnya. Lepas tu disuruhnya kami semua basuh tangan di saluran paip buluh - sebab dah merangkak2 dalam tunnel - kotor tangan & baju.
Ok, have a seat - we serve you hot tea! Dan disediakan ubi rebus + dicicah dengan campuran gula & kacang tanah....menunjukkan masa perang dulu, inilah makanan yang dimakan....kita orang apa lagi - ubi kayu rebus lama tak jumpa - dahlah lapar - ranap! Dan yang bestnya kami ubahsuai - cicah dengan sambal kering ikan bilis...ha ha ha...lagi lah sedap makan!
Dalam kawasan ini ada juga big temple di mana di dindingnya penuh dengan nama2 rakyat Vietnam yang terkorban !
Selesai di Cu Chi Tunnel - balik & terus ke Benthan Market....
Hu hu hu kat sinilah tempat shopping - macam2 ada! Pandai2 la nak bargain...
16 comments:
kalo le dpt gi tgk tmpat tnggalan perang tu msti best
salam cikgu..
"Perangkap samar - tengok dalam lubang tu ada besi2 berceranggah "
mak ai , seramnya tengok , kalu le terjatuh betul2 camna tu ..
owh...teringat dolu mase gi tang ni nak soping sampai pinjam duit lecturer 800 dong pasal duit udah abis..tapi ada ati nak membeli belah. ha ha
masih ada tergantung kat dinding umah ni hah. kat umah MIL pun ader agi hiasannya.
di sana cinta mula mewangi..ha ha ha
memang besh gi jengjalan tempat orang.. timbul rasa bersyukur sesangat dok kat malaysia
wahh...bestnya baca semua n3 akak .
Saya baca berulang-ulang kali agar faham dan cuba merasai apa yang dilalui .
Tq so much !!
Maiyah : jika Maiyah nak pegi, akak rasa tak ade masalah....ade ruang & peluang pergi la...
Ummi Humaira : W'salam.Yg saya paparkan ni satu - banyak jenis lagi! memang sangat menyeramkan - yang kagum tu, betapa bijaksananya orang2 vietnam membina itu semua! tak ade teknologi macam hari ini...
Ibu ZAAZ : kwang - kwang - kwang.....cinta menguntum mekar di sana ye....
Mknace : betul-betul tu, kita amat bersyukur di Malaysia - tak ade bersusah payah - melainkan masa ibubapa kita zaman sebelum merdeka dulu...
Linda : Tk kerana sudi membaca catan akak....kongsi pengalaman...pengalaman seperti ini akak apply / buat contoh semasa mengajar...ade ruang & peluang, pergi la .....akak ni tunggu cuti sekolah aje!
Org perempuan bab shopping tu yg sentiasa ditunggu2 hehehe
salam sonata,
Orang kata kalau gi Ho Chi Minh tu tak sah la kalau tak singgah terowongnya. Faktor utama Amerika kalah masa tu.
ubi kayu + sambal okan bilis..
kopi o + hujan..
perghh, nostalgia sungguh..
YB : kalau duit banyak macam ko bolehlah shopping sakan! ni ciput aje....aku naik "mabok" tengok macam2 mende kat sini...
IP : IP cikgu sejarah kena pegi ni....boleh cite kat murid2! saya dah pegi tengok sendiri...oh hebat sungguh!
Che Pit : memang sedap! itulah makanan masa perang....orang vietnam menanam pelbagai tanaman waktu malam masa tu...siang2 berperang / menyorok dalam tunnel...
Post a Comment