Hari ke 3 di Phnom Penh - kami beraktiviti free & easy - ikut suka la nak ke mana...Jadi kami ber 6 orang naik tuk-tuk ( rupa dia seperti kat dalam gambar ni ) - nasib baik body masing2 not too fat not too thin..ahhhhsss... ok lah kot...kalau tak kena lah naik tuk-tuk lain - sudah pasti tak seronok la kan....sorang USD1 - cikgu suami isteri pergi jalan sendiri - naik tuk-tuk jugak - depa nak ke lain tempat. Selama 1 jam kita orang round bandaraya ini....sangat besar - puas nak habiskan 1 jam..tu pun tak habis2 jugak....antara yang aku snap gambar...
Ini rupa tuk-tuk diambil jarak dekat - perjalanan dengan tuk-tuk ni bolehlah dikatakan seperti beca tapi bermotor...jadi nak sejukkan enjin motor sepanjang perjalanan - digantungkan sebekas tong air dan ada satu tiub hala ke enjin motor ni....
he he he unik & kreatif kan?
Kelihatan di sini ialah 2 pekerja sedang memotong dahan pokok - nampak tak wayer elektrik ke / telefon ke tatau la...berselirat! Tak diletak dalam satu kabel....betapa terornya engineer kat sana ( gamaknya ) boleh tahu wayer mana satu sambung ke mana2 la....sama jugak di Ho Chi Minh - jadi bayangkan kat Malaysia tak ada macam ni kan...betapa ketinggalannya depa dalam hal ini. Bimbang kalaulah terputus wayer semasa tebang dahan tu....tu aku kata teror!
pasar besar
Dah habis round 1 jam - singgah di pasar besar - kawasan ini saje untuk jualan pelbagai jenis batu pemata - naik berpinau mata tengok macam2 jenis...
( bahagian lain esok2 pulak....)
nak beli batu permata yang ori kat sini la
( Phnom Penh ) - Cambodia terkenal dengan permata ruby ( warna merah ) dan lain2 ...nak kata murah tu, tatau la...tapi member aku kata memanglah murah berbanding
di Malaysia! murah2 pun , paling murah sebiji USD8 -10 - agaknya ori la tu
( tatau la kalau bijak mem bargain - mungkin lagi murah kot di tempat kedai lain ) - ntah la aku tak reti bab2 membeli ni -
sebab aku kurang minat - takat satu dua cukup lah -
aku tak la membeli hingga tahap gaban -
kalau beli batu permata ni - satu hal pulak nak pergi tempah2
( ikat dengan emas putih/kuning ) dan dah tentu la bertambah kos!
- dulu2 batu permata masih tersimpan lagi ! ntah bila nak buat tatau la..
nanti ko datang la sendiri - belilah berapa banyak ko nak!
Ini yang paling best! Khas untuk OneZ - aku tak sanggup nak beli untuk ko, walaupun aku boleh berbuat demikian...aku tanya sorang yang nak beli - paling sikit boleh beli USD1 - adalah 1/2 plastik air sirap yang budak2 sekolah dok beli tu! lepas tu, aku dengan mat & minah saleh tersenyum2 tengok dia makan - kruk krak kruk krak kunyah cengkerik & labah2 sebesar2 tidak - belalang ade juga kot...ko rang zooommm sendiri la...eeeiiiii geli geman aku tengok!!!
bye-bye sampai sini dulu....
26 comments:
alemek.. tak msuk tekak nk mkn tu
tak pa la....nanti aku tangkap sendiri kat belakang rumah aku ni ha.
Gambar yg last tu tak boleh blah. Buat hilang selera aku nak makan nasi lemak yg emak Adam sedang masak tu huhuhu
aku tak kisah ko tak belikan batu permata tu. Ingatkan murah kat sana. Taklah murah sgt.
Yg kami beli kat Labuan dulu pun masih ada yg belum diikat dgn emas lagi.
Tut2 kat Vietnam lain dari yg kat Hatyai.
eh aku giler kuasa pulak pagi ni. oklah aku nak turun makan nasi lemak ni. Jom jemput sekali hehehe
Maiyah : usah kata nak masuk tekak - tengok pun tak lalu!
OneZ : hahahha ko dah tengok kan..gamak ko nak m****???
tak fasal2 ko gi sepital...
YB : tu ko tengok gambo je...cuba ko tengok sendiri dengan 2 mata ko....hilang selera satu hal- muntah semula!
nak potong dahan, terpotong wayar.. haha x pasal2 kan..
waa menarik menu snack istimewa tu.. tapi kalau offer sy duit pun, haram jadah nak makan..
YB : betul ko cakap tu..bila aku nak beli satu2 barang - tanya harga - pas tu congak2 convert dlm RM ( bijak matematik aku di sana!!!) - tapi kawan aku sorang tu - dia suka membeli bracelets / permata - dia menawar berhabis2an sampai dapat harga yang dia hendak - kalau yang biasa2 tu dapatlah paling lekeh USD5!
YB : tuk-tuk di Phnom Penh ( Cambodia ) bukan di Ho Chi Minh
( Vietnam ) - kat Vietnam banyak motosikal! tatau la aku kat Hatyai - sebab belum berpeluang ke sana
YB : apa aku kisah ko giler kuasa ke apa ke....
sila - sila makan - jangan ko terkenang2 rupa cengkerik disambal ikan bilis tu udah le! kang tak fasal2 ko pulak uweeekkkk!!!
Che Pit : beri saja pun tak yah le....banyak benda halal lain boleh di makan walaupun infiniti khasiatnya....tak payah - tak payah...lain kang jadinya!
salam sonata,
cengkerik ngan lelabah tu dorang goreng rangup yea. Tak bole ke masak cara lain hehe
ngeh ngeh ngeh.. kalau masak lemak ke, asam peda ker, IP nak makan ker? ish ish ish..
haa, dulu2 penah tgk kat majalah 3 'cekedis' mereka tuh..diorg kata rangup!
IP : ye - goreng rangup, macam goreng dengan tepung KFC! ntah la ape rasa...ngeh3x
Che Pit : lagi kembang tekak aku weh!eeeehhh...ape la korang ni! aku rasa masak sambal lagi sedap kot.... tapi orang2 sana suka makan /hirup sup aje...
Nursarah : tengok diorang makan selamba aje...macam makan keropok...macam2 jenis manusia ni...
mengikuti lawatan begini perlukan kcergasan fizikal... apa taknyeee... duk bejalan je...
Cikgu sonata!
snack tu mmg tak sanggup dilihat! apatah lagi nak makan! Peserta Fear Factor je kot yang sanggup makan!
Shifu : betul tu...kalau tak tahan lasak - payah la sikit....so kena kuat mental & fizikal!ngeh3x - so, masa ni lah nak berjalan2....( ni pun depend ada ruang & peluang istimewa )
Myza : tu la....hanya fear factor aje sanggup makan demi untuk menang ! kalau sy tak payah la...jika menyiksakan diri...tercekik satu hal - kang uweeekkkk satu hal!
salam.. adei mantap la pengembaraan demo... heh heh mcm serupo d kapit tmpat kawe ngajar.. jumpa dgn byk benda pelik heh heh... mantap pelbagai...
2lh snek depa...mmg dijual spjg pasar....
Post a Comment