Perjalanan dari Cairo ke Mt. Sinai
Pagi2 - 23hb November 2010 - aku & geng bertolak ke Sinai. 6 pagi dah mula breakfast. Pukul 7.00 pagi dah mula keluar dari Cairo. Perjalanan ke Sinai dengan bas mengambil masa 7 - 8 jam - Perjalanan dari Cairo di Benua Afrika menuju ke Sinai terletak dalam Benua Asia. 2 benua kami lalui...! untuk sampai ke Sinai...jalan pintas antara 2 benua ini adalah melalui Ahmed Hamdi Tunnel iaitu terowong yang berada di bawah Terusan Suez yang panjangnya lebih kurang 4.2 km - jadi kita lalu bawah air &kapal2 belayar atas kita....hahaha !
menuju ke terowong
Perjalanan ke Sinai melalui saujana mata memandang padang pasir
di perjalanan singgah di sini
iaitu kawasan kubu pertahanan tentera Israel yang ditinggalkan semasa menentang Mesir
ini adalah tempat persinggahan Nabi Musa A.S. yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara Terusan Suez dan Gunung Thursina. Mengikut sejarah terdapat 12 buah telaga. 12 buah telaga itu untuk pengikut Nabi Musa A.S. sejumlah 12 kaum.
Seterusnya kami dibawa ke sini - Hammam Firaun
Hammam Pheraon @ Firaun
Hammam Firaun ini terletak di Persisiran Teluk Suez. Ia merupakan tempat mandi Firaun pada musim panas dan terdapat sebuah lubang yang ditebuk di kaki sebuah bukit di tepi pantai dan wap panas keluar dari lubang tersebut dikatakan untuk mengubat penyakitnya..Di tepi pantai ini juga terdapat mata air yang panas dan masih jelas kita boleh lihat air yang keluar itu berasap @ berwap panas.
kami berhenti di sini untuk makan tengahari dan solat
Perjalanan diteruskan lagi melalui gunung ganang batu batan di kiri kanan jalan raya...
kawasan perkampungan
Akhirnya kami sampai ke hotel di kawasan pergunungan & padang pasir !
sebelum sampai di hotel perlu lapor di ofis ini dulu !
( saya sangat kagum dengan binaan bangunan / rumah mereka
yang kebanyakannya disusun dengan batubatan seperti ini ! )
kami perlu berehat setelah 7 - 8 jam satu hari perjalanan....sejuk mula terasa bila hari semakin gelap...terpaksa memakai baju tebal...persiapan mendaki Bukit Thursina perlu cukup lengkap terutama dengan baju tebal sebab suhu serendah 8 darjah celcius ! Oleh kerana baju yang dibawa tak cukup tebal aku terpaksa beli sehelai baju tahan sejuk berharga 200 L.E. , sarung tangan ( 15 L.E. ) dan mafla ( 25 L.E. ) di hotel ini yang lengkap dengan keperluan mendaki & juga cenderahati. ( sungguh malang....rata2 tempat kebanyakannya cenderahati adalah berupa patung2 firaun & sewaktu dengannya !!! - jadi tak lah aku membelinya - agak susah nak pilih yang boleh dibeli.... )
Sepatutnya lepas dinner kami semua diminta berehat @ tido sebab jam 12.00 kena bangun - bersiap sedia untuk mendaki Bukit @ Gunung Thursina jam mulai 1.00 pagi....Tapi dalam kesejukan menyelubungi diri - kita orang merayau2 di sekitar hotel....melihat ramai pelancong2 yang mula masuk untuk menginap di sini...semuanya nak mendaki Bukit Thursina.
Sampai sini dulu.....waktu tido di hotel ini...ha3x....sambung nanti untuk persiapan mendaki Bukit Thursina.....cuba tanya2 En Google....keistimewaan Bukit Thursina ini.
Bye.............SALAM MAAL HIJRAH
Sepatutnya lepas dinner kami semua diminta berehat @ tido sebab jam 12.00 kena bangun - bersiap sedia untuk mendaki Bukit @ Gunung Thursina jam mulai 1.00 pagi....Tapi dalam kesejukan menyelubungi diri - kita orang merayau2 di sekitar hotel....melihat ramai pelancong2 yang mula masuk untuk menginap di sini...semuanya nak mendaki Bukit Thursina.
Sampai sini dulu.....waktu tido di hotel ini...ha3x....sambung nanti untuk persiapan mendaki Bukit Thursina.....cuba tanya2 En Google....keistimewaan Bukit Thursina ini.
Bye.............SALAM MAAL HIJRAH
16 comments:
Salam Maal Hijrah Cikgu Sonata
seronok membaca perjalanan ni
Wassalam
Salam Maal Hijrah, cikgu sonata. Seronoknya tengok gambar2 yang sempat cikgu rakamkan. Kalau ada lagi, sudi2lah kongsikan dengan kami ya..........
Wah, jauhya perjalanan...
Salam Hjh Zaleha,
Seronok baca pengalaman ini, dulu saya hanya dapat tau pasal Sinai dan Bukit Tursina melalui buku sejarah dan geografi saja....ni motivasi yang baik...kena letak target nak ke Mesir pulak ni.....
wahhh!
Lama tak menyinggah,
banyak benda menarik. ^^
Assallamualaikum Cikgu Sonata,
Salam Maal Hijrah juga.
Dari gambar-gambar dan penceritaan cikgu, mama nadz rasa mcm nak pergi juga satu hari nanti..harap-harap badan sihat untuk menjelajah bumi anbia itu...
Nak plan ke mana pula cuti-cuti Malaysia tahun 2011..hihii
Rozali : salam maal hijrah untuk sdr. Terima kasih sudi membaca ! ini semua adalah rakaman saya sewaktu ke sana...kalau tidak ianya akan berkubur begitu saja...dan mungkin boleh jadi panduan kepada mereka yang hendak ke sana....
Myfrin's story : Salam maal hijrah juga kepada sdri. Terima kasih sudi melihat gambar2 itu....itu kira yang the best shot lah ! insyaAllah akan letakkan lagi gambar2 seterusnya untuk dikongsi bersama
Kak Nora : ada peluang kak....banyak kali fikir juga nak ke sana ! akhirnya pergi jua....seronok kak...
Rosli : betul tu...dulu2 kita tahu bila cikgu ajar...cikgu ajar pun ikut buku ! saya tak terfikir akan sampai juga ke sana ! alhamdullilah dapat peluang saya ke sana...dan lihat sendiri tempat2 para anbia' ini.
Epol @ kunang2: terima kasih sudi ke sini...macam2 adaa...senang2 dataang lah lagi
Nadz : W'salam. salam maal hijrah untuk Nadz. Mudah2an hajat Nadz nak ke sana akan tercapai...memang seronok dapat lihat sendiri...pulak tu tour guide akan bercerita dengan firman2 Allah swt dan juga hadis2 nabi. Tu yang seronok ...macam tengo Jejak Rasul di tv...
tahun 2011 - dah ada plan nya...tunggu confirm aje!
Jauh berjalan yek...
Jejaka Desa: agak jauh kali ni...alhamdullilah sampai jua ke sana
best 3X....
nza: yesssss.....best!
Post a Comment