Petang tadi dapat panggilan telefon dari Trengganu. Rupa2nya isteri kepada arwah Ustaz Jamalludin - memberitahu saya - bahawa ustaz telah kembali ke rahmahtullah 12 hari lepas pada umur 57 tahun - tiada sakit apa2 cuma mengadu sakit dada kerana terjatuh pada pukul 1 pagi.
Beliau adalah ustaz mengajar saya dan suami semasa T4 & T5 di SMSM Johor. Saya ada bercerita kepada anak2 tentang ustaz ini beberapa hari lepas dan ada cadangan nak menziarah beliau - tetapi tidak berkesempatan lagi. Rupa2nya Allah lebih menyayangi beliau dan telah pergi buat selama2nya.
Banyak kenangan manis bersama ustaz ini mengajar matapelajaran Pendidikan Islam kepada saya dan suami masa sekolah dulu. Kami amat sedih atas pemergian beliau. Masih ingat lagi gelak tawanya semasa mengajar dan kami semua amat menyenangi dengan perwatakan beliau. Semasa beliau mengajar kami - beliau amat rapat dengan kami semua . Kemudian beliau mendirikan rumahtangga dan pulang @ menetap di kampungnya di Trengganu.
Biasanya bila kami berpeluang ke Trengganu kami tidak lupa untuk menziarah beliau dan keluarga. InsyaAllah jika berkesempatan ke Trengganu kami akan menziarah keluarga yang ditinggalkannya. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarham . Al-fatihah
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
****terima kasih ustaz yang telah menyampaikan ilmu kepada kami semua.
**** Harap rakan2 di SMSM telah mendapat berita ini.
Mesyuarat MPSM Kulai bil.3/2024
18 hours ago
12 comments:
Al Fatihah..semoga arwah aman di sana bersama golongan² yang beriman
AL FATIHAH
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Al-Fatihah..
Al-Fatihah... Tumpang sedih mendengar berita ni.
Alfatihah..
inalillah hiwaninnaillahirojiuun....
semuga roh aruah di tempatkan bersama para solihin....al fatihah..
Al-Fatihah
salam cikgu,
Biasanya org yang baik perginya pun mudah. Semoga yg ditinggal tabah menghadapi ujian dan yg pergi ditempatkan bersama org ygn beriman. Ameen....
ASLKM CIKGU
AL fatihah . Moga ditempatkan dikalangan org beriman.
salam takziah n al-fatihah...
salam
Al fatihah..
pemergian ustaz dgn tingalkan butiran emas untuk diamalkan oleh anak didiknya.MUga ustaz tenang di sana
salam
Al fatihah..
pemergian ustaz dgn tingalkan butiran emas untuk diamalkan oleh anak didiknya.MUga ustaz tenang di sana
Post a Comment