CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, December 10, 2010

Kuatkan semangat...daki Bukit Thursina...8.2

Akhirnya kami terpaksa mengalah....kami sepakat nak naik unta saja....Unta boleh naik sampai ke stesen @ check-point akhir saja dan lepas tu kita diturunkan dan akan berjalan kaki sendiri naik lagi ke puncak sebanyak 700 anak tangga @ 70 - 80 darjah curam ! Naik unta boleh jamin sampai ke stesen akhir selama 2 jam saja.

Maka pergilah kami ke stesen unta. Bukan main banyak unta yang sedang menunggu orang nak menunggangnya....
Seekor unta kena bayar 100 L.E ( 100 pound Egypt - lebih kurang RM 55 - RM 60 ) ....ikut giliran ....sekor2 unta dilepaskan membawa kami....inilah juga buat pertama kalinya aku naik unta ! tingginya ! dahlah tinggi...unta ni berjalan --- macam main jongkang-jongkit...ha3x....tak reti nak describe macamana unta berjalan. Rentak berjalan ikutlah bergoyangnya kaki unta itu !!! jangan main2 - kalau unta ni naik angin boleh dihempasnya kita !!! eeeiiii....takutnya...Tuhan aje la yang tahu....aku berserah kepada Allah swt pada malam itu.

 Moga selamatlah perjalanan aku.

depan ni kak ketua kita orang - 
2 di depan tu geng kita orang juga - try snap dari atas unta yang aku naik...he3x

Bayangkanlah unta ini berjalan di tebing laluan yang curam - tapi unta ini sangat pandai...gerenti tak tergelincir....aku ni dahlah kegerunan...buat terjatuh dari unta ...tergelincir ke bawah bukit yang curam....habis lah  !!! bimbang takut jatuh...terpaksa memaut dengan kuat pada pemegang di tempat duduk atas unta ni....

jadilah dapat snap kepala unta yang
 aku naik untuk kenangan diri ini...

Dalam kegelapan malam...unta membawa kami....aku dalam kebimbangan...apa yang aku ucapkan....aku berzikir sepanjang unta membawa aku....aku baca lah macam2 ayat yang aku tahu @ yang aku ingat...!

Allah swt saja yang tahu betapa kecutnya aku di malam itu...aku membayangkan...aku menghayati perjalanan malam ini...aku membayangkan - macam ni lah agaknya Nabi Musa a.s. berjalan dizamannya....ohhhh...tingginya Nabi berjalan  naik Bukit Thursina ! 

Akhirnya kami sampai ke stesen terakhir....Kalau kita nak berhenti di stesen2 @ check-point boleh juga..setiap stesen ni ade lah gerai2 yang jual minuman panas dan toilet.Tapi aku dan geng  tak berhenti....sebab nak turun dan naik susah atas unta ni sebab tinggi bebeno ! 


teksi untuk mendaki !

Dah sampai ke stesen akhir...lepas tu kita orang terpaksa mendaki sebanyak 700 anak tangga yang curam nak sampai ke puncak....aku bimbang sesak nafas...tapi alhamdullilah tak ade sakit semput....kalau tak sakit semput pun...mana tahu ujian Allah swt nak bagi...ni yang aku bimbang....Tapi sebenarnya memang penat & letih walaupun naik unta....( tak tahu lah....aku ni orang Malaysia yang lemah....kurang stamina......ramai pelancong asing tua2 pun boleh memanjat sampai ke atas ! )




berehat seketika.....bersambung lagi hingga sampai ke puncak ! 

10 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

hebatlah cikgu ni
cikgu boleh
tahniah

siarlah gambar banyak sikit..
he he

Wassalam

sonata anak kancil said...

Rozali : w'salam. kena kuatkan semangat nak daki...ikutkan memang tak berani...kalau tak cuba rugi rasanya dah jauh2 datang kan...

gambar waktu malam tak banyak...gelap! ( dah penat lagi letih tak terlayan nak snap gambar!)

Myfrin's story said...

Salam, cikgu sonata. Syukurlah unta tu dah jinak kan, dia tahu tugasnya malam tu nak bawa cikgu sonata, hehe..

Nak tunggu berita seanjutnya........

ONE ZABA said...

berjalan saja ko ni...

Jejaka Desa said...

Bukit yang banyok sejaroh.Entoh bile dapat sampei kat sini gamoknye...

Kak Nora said...

Risk taking but worth it!

sonata anak kancil said...

Myfrin's : dah well-trained ...tak perlu takut - tapi kita ni tak pernah tu yang naik takut!

sonata anak kancil said...

One Z : dah nak bau tanah...ade peluang aku jalan aje le ! kang kempunan...!

sonata anak kancil said...

Jejaka Desa : insyaAllah boleh aje sampai ke sana...mulalah set target dari sekarang!

sonata anak kancil said...

Kak Nora : ye kak....kuatkan semangat...kalu tak rugi! mintak sihat dan selamat