sambungan bab akhir...sampai ke puncak
Nak sampai ke puncak...tak tahu berapa banyak kali kami berhenti...bila tanya pelancong lain...katanya another 10 minutes - another 5 minutes...tapi tak sampai2 jugak ! sampai ketua kami mengalah...tak mahu daki lagi....kami sepakat memapah - aku pun berpapah kepada rakan lain...kami saling berpimpinan....pelan2 daki...aduh....kalau tak kena gaya boleh tergelincir melalui batu2 yang agak tajam....kena hati2 daki...kami suruh dia kuatkan semangat...tak pe kak....pelan2 kita naik...
Nak sampai ke puncak...tak tahu berapa banyak kali kami berhenti...bila tanya pelancong lain...katanya another 10 minutes - another 5 minutes...tapi tak sampai2 jugak ! sampai ketua kami mengalah...tak mahu daki lagi....kami sepakat memapah - aku pun berpapah kepada rakan lain...kami saling berpimpinan....pelan2 daki...aduh....kalau tak kena gaya boleh tergelincir melalui batu2 yang agak tajam....kena hati2 daki...kami suruh dia kuatkan semangat...tak pe kak....pelan2 kita naik...
dah nak sampai sikit lagi ! begitu lah kita beri motivasi kepadanya.
Puncak Bukit Thursina semakin sayup ! Tingginya !!!....Ya Allah...kepadaMu aku datang mendaki Bukit Thursina ini...kuatkan semangat aku...berikan aku tenaga untuk sampai ke atas.....Akhirnya setelah berpapah dalam kedinginan pagi kami sampai ke puncak Thursina pukul 4 lebih ...Ya Allah alhamdullilah sampai juga aku ke atas bukitMu...tempat Nabis Musa a.s. bermunajat kepadaMu. Tempat Nabi Musa a.s. menerima wahyu dariNya.
Ya Allah! Pagi ini aku sampai ke sini. Alhamdullilah - aku sangat bersyukur - terlaksana hajat aku ke sini - meskipun sebelum ini aku tidak terfikir akan sampai ke sini. Semuanya ini adalah ketentuan Illahi jua. Maha agung ciptaanMu Ya Allah.!
Ya Allah! Pagi ini aku sampai ke sini. Alhamdullilah - aku sangat bersyukur - terlaksana hajat aku ke sini - meskipun sebelum ini aku tidak terfikir akan sampai ke sini. Semuanya ini adalah ketentuan Illahi jua. Maha agung ciptaanMu Ya Allah.!
Puncak Bukit Thursina ni tidaklah besar mana pun....di atasnya ada sebuah masjid ( dipanggil masjid ) @ boleh dikatakan seperti pondok stor .....dibuat daripada susunan batubatan...adalah aku agak 6 -7 m x 7 m....dan sebuah gereja. Pelancong bersesak2 atas puncak bukit ni...semuanya menunggu matahari terbit. Terpegun melihat kejadian Allah swt ini....Ya Allah maha agung ciptaanMu....!
ratusan pelancong berada di puncak
Masa kami sampai ke puncak @ kumpulan yang mendaki ini...aku rasa kumpulan kita orang aje orang Islam @ Melayu...lain2 ramai mat saleh....paderi2...mereka apa lagi - mana2 yang menyembah matahari akan mengadaplah matahari ....membacalah mereka kitab seperti di gereja.
aku dan geng mengucap syukur kepada Allah swt....Kami menunaikan solat subuh di atas Bukit Thursina.....dengan bertayammum. Aku sujud bersyukur kepada Allah swt kerana telah menguatkan kudrat aku ni untuk berpijak jua di puncak bukit ini.
matahari sedang menampakkan dirinya
Berada atas bukit dalam kesejukan pagi yang teramat sangat....bila matahari dah mula terbit...semua orang mulalah mula turun ke bawah....bila dah siang....barulah nampak keseluruhan kawasan pergunungan batubatan ini......TAK SANGKA aku boleh daki setinggi ini ! Kalau mendaki waktu siang....tak sampailah jawabnya ke atas.....alhamdullilah. Jika diberi peluang kali ke 2 - aku tak sanggup lagi...cukuplah pengalaman yang pertama & terakhir ini.
kawasan persekitaran yang bergunung batu batan @ berbukit bukau?
orang ramai mula turun....betapa tingginya!
gunung batu batan !
Ketika nak turun - perlu berhati2 juga....jangan salah pijak batubatan boleh tergelincir dan aku nyaris tergelincir - lepas tu teruslah berpapah...nak turun pun penat lagi letih....bayangkan tak makan sejak malam - hanya minum kopi panas saja....dah lepas separuh bukit turun aku dan beberapa rakan lain tak sanggup nak meneruskan berjalan kaki.Kami tahan "teksi" - kira punya kira dapat lah 30 L.E.
( kalau waktu turun lebih murah harganya berbanding waktu naik )
( kalau waktu turun lebih murah harganya berbanding waktu naik )
Alhamdullilah selamat jugak aku yang naik unta turun ke kaki bukit...sampai lebih kurang pukul 9 lebih....matahari dah tinggi...balik ke hotel barulah bersarapan yang telah siap di bungkus....Lepas lunch kami semua berangkat pulang ke Cairo.
deretan bas menunggu pelancong turun dari bukit
termasuklah salah satunya bas kami...lega...dah turun !
sekian - selepas lunch perjalanan ke Cairo semula
nota kaki: catatan ini untuk simpanan muzium peribadi
8 comments:
tahniah dpt sampai ke puncak,dpt bygkan perasaan akak ketika mendaki krn saya dh mendaki thursina/jbl musa pd 2008 semasa menetap sementara d hayyu sabiq cairo selama 1 bln,sama mcm akak,kalau m'daki waktu siang rasanya x sampai ke puncak..gerun..hebatnya kuasa Allah
Alhamdulillah...Tahniah, cikgu sonata. Akhirnya misi mendaki bukit Thursina. Hebatnya pemandangan dari atas bukit tu..MasyaAllah...
sila lihat kembali resepi kek sri kaya ,tadi terlupa nk isi sukatan tepung gandum.maaf
aslkm....
taniah dpt samapai ke sana dan berada di puncak..subahanallah tentu x dpt di gambarkan persaan dan nikmat melihat sendiri alam ciptaan allah syukur..
Tahniah, berjaya sampai dipuncak
Salam cikgu,
Ya-Allah sampai juga rombongan cikgu ke puncak ye. Tinggi tu. Motivasi sesama ahli rombongan tu yg membuat semuanya punya semangat kental. Tahniah!...
Kakak suka gambar2 yg cikgu snap tu. Cantik sangat...
Kalau hendak seribu daya. Tahniah, sonata, anda juara!
tahniah, sampai jugak ke puncak...bilalah saya nak ke sana lak melihat keagungan Allah..
Post a Comment