CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, December 3, 2010

Ohhhh...tersangatlah besar piramid & sphinx....4

22hb November 2010 - azan subuh berkumandang sekitar 5 pagi...Masjid di kawasan ni banyak....Church pun ada jugak....sebab di sini ada orang Mesir Islam & juga Kristian...kalau lepas subuh ni nak tido semula dah tak lalu....masih terikut jam Malaysia ! beza waktu lebih kurang 6 jam....kalau dah jam 6 pagi - tak ke jam 12 tengahari di sini ! 


Nak breakfast lambat lagi - jam 7 - 10 pagi gitu ....pulak tu kalau dah breakfast awal....bukannya terus boleh keluar jugak ! sebab kedai2 di sana bukak sekitar jam 10 pagi ! ( agaknya letih kot....kedai bukak lewat - tutup pun lewat ! )....orang Mesir ini didapati suka duduk bersantai sebelah malam....kalau malam - happening betul ! kalau siang hari jalan / lorong sebelah hotel aku menginap boleh bas masuk - tempat lalu lalang orang berkerja / ke sana sini - tapi bila lepas magrib - semua kawasan2 itu dipenuhi dengan kerusi meja - jadi tempat mereka bersantai - melepak - minum2 / menjamu selera & ada yang mengisap sisha !...jadi biasanya taklah seawal sangat turun breakfast ni.


Program hari ini melihat piramid dan sphinx...sekitar pukul 9.30 pagi kita orang menuju ke tempat piramid...jauh jugaklah tempatnya....tersangatlah besar piramid ni....sambil tu tour-guide bercerita sejarah piramid ni....sebab sekarang dah senang lagi mudah - semua maklumat dihujung jari......you all tanyalah En Google - dia lebih mahir dalam bab cete2 piramid dan lain2nya.....! senang kan - aku nak cite panjang lebar pun - ingat sikit2 aje....

Dalam hidup aku ni ....aku dah tengok sendiri dengan 2 biji mata ni...betapa besarnya piramid itu & merupakan tergolong benda ajaib di dunia ini ! ( takat ni dah 3 benda ajaib aku tengok....tunggu yang lain di lain masa pulak )


piramid yang dilihat semasa perjalanan ke sana 
dah jelas tersangat besar !


kaunter tiket


 ini piramid terbesar - Piramid Kufu
146 m ( Tinggi ) - 230 m ( Panjang )
& dikatakan terdapat 2 1/2 juta kepingan batu di sini
( fakta lengkap tanya En Google )
( harap betulkan Sdr Jafar - tour guide - kalau tersilap !)


Sekitar Bandar Cairo dari kawasan piramid

 

satu2 batu ni hampir @ sama @  lebih tinggi dengan kita !
betapa hebatnya orang dulu membina / menyusun batu2 ini
yang dikatakan diangkut dari sekitar sungai nil sejauh 1000 km 


 3 biji piramid dari kawasan panorama di padang pasir
2 lagi tu - anak beranak Raja Kufur 


 padang pasir di sekiatar nya


gerai2 cenderamata - 
tak lah  membelinya kerana kebanyakannya adalah patng2 sesaja.....!


sphinx - satu je ! - patung berkepala kan manusia & berbadan singa 


*
*
*
okey - bye jumpa lagi.....ada urusan kerja

19 comments:

IMANSHAH said...

hebat betul firauan mmebina piramid, semuanya atas izin Allah..namun sayang, kehebatan Firaunlah menyebabkan dia sombong dengan takdir Allah kerana mengangkat musa A.S sebagai rasul..

::FAIZ:: said...

nice

setuju ngan Iman

mama ju said...

Aslkm cikgu

Hebatnya piramid tu kan? Macammana agaknya diaorg angkut batu2 besar tu?Gambar terperinnci..puas hati tgk...tk

attyfir said...

agaknya apa perasaan masa tgk piramid tu kan ..

faraulah said...

Kakak sulung saya dulu belajar kat sini...tapi masa tu saya kecik2 lagi...xderlah peluang nak pegi berjalan2 kat sana

sonata anak kancil said...

Imanshah : ya sangat hebat...kagum dan sangat takjub macamana orang dulu mengangkut batubatan yang besar2...masih kukuh lagi

sonata anak kancil said...

Faiz : ade peluang bolehlah ke sana

sonata anak kancil said...

Mamaju : W'salam...mereka guna tenaga kudrat manusia je...mana ada macam hari ni...bagaimana semua berlaku wallahualam....kuasa Allah swt pun ye...tak tahu lah - tak dapat nak bayangkan macamana....hari ini kita boleh lihat keajaiban ini

sonata anak kancil said...

Atty's : kagum ! tak sangka dapat lihat sendiri piramid yang sangat besar hasil buatan manusia terdahulu...betapa hebatnya firaun mengerahkan kaumnya buat untuknya

sonata anak kancil said...

Faraulah : beruntunglah kepada sesiapa yang dapat peluang belajar di sana..

piewahid said...

jgn lupa cenderahatinya ya... he3.

sonata anak kancil said...

Piewahid : cenderahati memang banyak ! tapi payah nak beli....sebab???
kebanyakannya rata2 patung firaun / ntah apa2 lagi lah...macam2...sebut lah apa saja - kalau tak ade gambar patung ke - palang2 salib dll tak sah lah tu identiti Egypt...

zulkbo said...

salam..
Allahuakbar..
bagaimanalah orang dulu
membinanya ye..?

aznaz said...

salam dari Makkah..


canteeknyer gambar pyramid tuh..


wasalm

sonata anak kancil said...

Zulkbo : tu yang rasa pelik...soalan2 macamana mereka membina...tak terjawab - macam tak percaya dik akal kita...tapi itu lah tersergam di tengah2 padang pasir...

sonata anak kancil said...

Manzlie : salam kembali...ye tersergam dipadang pasir ! memang tersangat besar!

Kakzakie Purvit said...

Salam Cikgu,

Melihat photos kepala membayangkan betapa hebatnya org zaman tu. Dlm cuaca panas tak ada peralatan canggih terbina batu berukir tersergam.

Cikgu tak panjat tepi dia ke?

sonata anak kancil said...

KakZakie: ada panjat setingkat aje...batunya besar2!!!

so shy lady said...

mnarik kn kak...kagum, kagum...