CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Thursday, December 9, 2010

Kuatkan semangat ...daki Bukit Thursina...8.1

sambung lagi ...untuk sesi mendaki yang sangat mencabar!


barisan pendaki wanita sedang menunggu giliran untuk di periksa

Selepas melepasi tempat pemeriksaan...kita orang mulalah berjalan....jalan - jalan - dalam kegelapan malam ! Nasib baiklah bulan penuh mengambang...jadi nampaklah jalan menuju ke kaki bukit...Pukul 1.00 pagi gitu mulalah berjalan...ramai pelancong dah mula berjalan....jalan punya jalan masih tak sampai2 lagi ! mengikut kata tour guide dekat aje....agak2 dah dekat 1 km berjalan ! dah mula rasa penat - masih belum sampai lagi ke kaki bukit........macamana nak daki bukit yang setinggi lebih 2000 meter tinggi ?
 pulak tu berbatu-batan....


Katanya ada 3000 lebih anak tangga...ingatkan anak tangga macam tangga kat Batu Caves....di Batu Caves ada berapa anak tangga ? ada 200 lebih kan ? ini 3000 ! ohhhh....  tingginya ! rupa2nya tangga2 yang dibuat oleh rahib2 @ paderi. Tangga @ laluan pejalan kaki yang batu2 seperti disusun atur. Bukan lah tangga yang sempurna....hanyalah laluan susunan batu2. Ada juga jalan teksi padang pasir - UNTA!


Kalau berjalan kaki sampai ke puncak hampir 4 - 5 jam bergantung kepada cara berjalan @ berapa banyak berhenti di beberapa check-point. Subuh baru tiba....Aku dan beberapa orang lain dah tak larat nak berjalan...belum sampai ke kaki bukit dah penat ....stamina pun tak ade...macam ni tak boleh jadi....ada nanti tak sampai ke puncak dan letih @ cramp dalam keadaan yang sejuk ! 




sampai sini buat sementara waktu....bersambung lagi menuju ke puncak !

7 comments:

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu Sonata,

Begitu punya berpakaian..mcm nak nek Everest!
Bersemangat nampak semua wanita2 tu... saya kagum dengan kegigihan nak mendaki..ni yg buat mama nadz nak mendaki Gunung Jerai pula cuti-cuti ni!

NzA said...

agak2 dlm barisan dara2 pinggitan, sapa yg smpai dulu tu......

Kakzakie Purvit said...

Salam cikgu,

Alang-alang dah sampai akan puncak Tursina didaki jua. Eh...betul ke cikgu dan teman semua sampai ke puncak?

Sedia menanti cerita selanjutnya. Cikgu paparkanlah gambar banyak-banyak. Kakak suka....

sonata anak kancil said...

Nadz: w'salam - betul sangat sejuk ! itupun kuku2 tangan habis kebas kesejukan.

memang datang dari jauh kalau ada peluang ke sini rugi tak naik - kena kuatkan semangat untuk mendaki - kena kuat semangat - dalam bimbang sekalipun ( kecuali ada sakit - tak boleh buat apa la )

sonata anak kancil said...

Nza : yang kuat sampai dulu lah ! tapi kami semua sama2 sampai sebab sama2 memapah naik ke atas

sonata anak kancil said...

Kakzakie : tak percaya ke? sampai ! ikuti cerita seterusnya macamana kami boleh sampai ke puncak juga...

ckLah @xiiinam said...

Gembira kembara....Alhamdulilallah..