CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Friday, December 24, 2010

Balik ke Cairo selepas mendaki Bukit Thursina ....9

Salam semua ...salam hari Jumaat

Nak sambung semula kisah di Cairo....ada buat catatan cuma belum publish lagi....mari-mari kita tengok tempat yang patut @ boleh kita pergi lihat @ apa yang ada di sekitar Cairo ni.

Tiba di Cairo sudah petang. Malam itu kami meronda di sekitar bandar Cairo...Waktu malam di sana amat meriah...macam pesta pulak. lTerang benderang lampu berwarna warni. Kalau siang hari - kedai2 pun pukul 9 lebih - 10 pagi baru dibuka...Kalau malam lepas magrib - bukan main ramai lagi orang tempatan @ ornag kat bandar ke @ tak tahu lah - suka melepak ! Mereka  akan bersantai - minum @ makan @ sedut sisya....tak kira lah lelaki maupun perempuan. Dan aku peratikan mereka ni suke shopping malam2....agaknya siang sibuk berkerja ( kat M'sia ni tak tahu lah pulak aku - ade kot orang shopping malam2.....sebab aku jarang keluar malam !!! jadi tak berapa tahu kisah orang menyopping malam2 ni....)

Selepas sarapan - ikut style M'sia lah..lewat2 sikit bersarapan ni....sebab keluar pun pukul 9 lebih.... kita orang pergi melawat Egyptian Museum. Dalam muzium ni tak boleh ambik gambar. Dalam muzium ni ada pelbagai khazanah peninggalan Firaun seperti keranda , mummi , barang2 kemas , pelbagai perkakas - ntah apa2lah lagi - macam2....dalam muzium ni ada juga dipamerkan Firaun King Tutankhamun - semua barang peribadinya dari emas ! memang real punya emas!!!



Dari muzium pergi lunch & lepas tu terus ke Masjid Azhar - di sini juga berdekatan dengan Univ.Al-Azhar
( dapatlah tengok kat mana universiti yang famous ni ) - dan dekat dengan Bazaar Khan El Khalili. Di bazaar ini segala mende dijual - jangan salah beli - salah tawar menawar - sudah lah ! Dan salah sorang rakan kami kena tipu dengan penjual di situ....Kalau nak beli - beli bersama2 tour guide - biar tour guide yang tolong menawarkan harga yang sebenarnya ....sebab tour guide ni dia akan bawak ke kedai rakan2 nya dan insyaAllah akan dapat special price. Lepas magrib balik ke hotel. Esok nak ke Alexandria @ Iskandariah iaitu bandar ke 2 selepas Cairo.


pintu masuk Masjid Azhar 


Dalam Masjid Azhar 


Universiti Azhar 



Khan El Khalili Bazaar 


Sisya banyak dijual....yang paling kecik berharga 20 L.E ( pound Egypt )


Masjid Hussein yang berdekatan dengan bazaar - kali ke 2 solat di sini

20 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah said...

salam hajah,

best baca coretan pengalaman di cairo nii...bila pulak peluang kak nab tuk ke sana

maiyah said...

wahhh.. seronok kalo dpt pegi nih :)

Rozali said...

Assalamualaikum Cikgu Sonata

tersegam indah masjid mereka
kena pasang niat, nak ke Cairo

Ucap tahniah kpd Muhammad Fahd
moga terus maju

Wassalam

IMANSHAH said...

Salam kak

Ada ramai juga anak murid saya yang belajar kat Cairo, ambil medic..

mamawana said...

Seronoknyer berpeluang melihat Univ. Al Azhar.....best...

Yunus Badawi said...

Inikah firaun yg menjadi musuh Nabi Musa a.s tu?

Saya tak sempat ke muzium tu masa ke Kaherah dulu. Tapi masjid Azhar tu sempat singgah solat.

nza said...

sronok sgt jelajah eygpt...hnya mampu jellajah di blog akak je...hu.hu.hu......

kasthurirajam said...

Beautiful.Merry christmas

Kak Nora said...

Ceritalah lagi, sonata!

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu Sonata,

Macam mana suasana shopping..kalau dibanding dengan di China..

Tapi mama rasa tempat-tempat sejarah tu yang lebih memberi kenangan..teringin sangat nak pergi ke sana

sonata anak kancil said...

Kak Hjh : w'salam...Kak Hjh boleh aje ke sana...nak2 dah tak ada komitmen dengan sekolah...sy ni tunggu cuti sekolah barulah boleh pergi ke mana2

sonata anak kancil said...

Maiyah : betul Maiyah - tak ada masalah jika Maiyah berminat !

sonata anak kancil said...

Rozali: W'salam - ye....set target ...kumpul duit ! next year ke / next 2 year ke....Terima kasih atas ucapan itu

sonata anak kancil said...

Imanshah : w'salam...lagi lah senang awak nak ke sana - anak murid dah ada...tak payah booking hotel !beli tiket flight cukup lah ...beli Gulf's air / Egypt's air

sonata anak kancil said...

mamawana : tengok dari jauh je...ada sape2 belajar di sana?

sonata anak kancil said...

Yunus Badawi : semua nya musuh Nabi - tak percaya kepada Allah swt.

Best kan dapat solat dan ziarah dalam masjid Azhar .

Duit banyak tu - bawaklah family - apa salahnya...aku ni sementara masih bernyawa - aku nak jalan !he3x

sonata anak kancil said...

Nza : salam...adik ada belajar sana kan ....boleh lah pergi - senang aje Nza! baca akak punya tak best...pergi sendiri lagi best !!! set target from now

sonata anak kancil said...

Kasthurirajam : TQ

sonata anak kancil said...

kak Nora : InsyaAllah kak...hari ni kot...semalam pergi Kluang

sonata anak kancil said...

Nadz : W'salam...kalau nak shopping lagi best kat China...kat Egypt ni - kalau baju2 tu banyak baju yg dah siap..kain2 kurang jumpa... baik di M'sia lagi. Sebab barang2nya pun banyak datng dari China

Boleh pergi MamaNadz....lebih jauh ke atas lagi dari Mekah