CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, May 17, 2009

Exercise - Nasi Lemak - Roti Canai

Pagi2 tadi nak cerita hujung minggu ni...mana sempat, macam2 yang diuruskan...

Seawal 6.30 pagi dah ke Stadium Tun Fatimah (sila ke sini)...Dah lama tak ke stadium ni. Tiba -+ 6.45. Orang dah ramai - kereta banyak dah berparking . Biasanya yang ramai adalah orang Cina. Mereka rajin exercise...

Aku buat
brisk walking ( klik sini )...Jam -+ 7.30 lebih aku dah mula beredar & terus lah pergi ambik nasi lemak
(sila la ke sini) yang biasa beli. Aku order ( telefon - kalau tak telefon memang tak merasalah ) pepagi sebelum ke stadium. Aku order 5 bungkus saja, sebab untuk 2 anak teruna aje...Beli untuk 2 bungkus sorang - yang sebungkus tu aku makan le...tapi aku sememangnya tak berapa gemar nasi lemak ...


nasi lemak ni aku makan suku saje


aku bungkus semula - lepas tu Mohd tukang sambung makan

Makan lah aku nasi lemak ni sorang2! Kesian kat aku - sebenarnya sejak Sabtu semalam, hubby pergi Port Dickson - meeting. Dah 2 minggu macam ni - biasanya hujung2 minggu ni kami 'dating'...Apa lagi la biasanya - cari roti canai
(sila lah ke sini ) atau ikut hubby nak ke mana.


Dah selesai semua urusan rumah - aku pergi....ke mana? Hari ni ada ruang, aku ke sauna!!!Tak ada hal penting & aku pun tinggal dengan anak teruna yang buat hal masing2 - apalagi kalau tak meng'laptop' kejenya. Pergi "merehatkan & menyihatkan" diri ni...Dah lama tak pergi - semuanya dek kesibukan yang macam2 sibuknya...kalau pergi kursus di hotel , kalau ada peluang & ruang , aku pergi jugak!

Sebelum keluar - hubby telefon ...Rupanya dia pesan petang masak kari daging sebab nak beli roti canai
(sila lah ke sini ) kat Port Dickson yang biasa beli tu...Ok la...no problem.

Lebih kurang jam 2 , hubby telefon semula - beritahu roti canai dah habis! Tak payahlah masak...Aku kata tak pe lah, ganti dengan roti canai yang jual kat supermarket & masak jugalah kari daging. Hubby setuju. On the way balik dari sauna aku pun singgah le kat tesco.


roti canai yang dibeli


Jam 3 hubby pun tiba dari PD.
Mulalah aku memasak kari daging untuk makan malam.


kari daging + roti canai

Inilah dinner kami, sebelum jam 7 petang!



5 comments:

ONE ZABA said...

anak aku maisarah tu...hantu roti canai. asal coti je, paksa cari roti canai.sabtu ngan ahad menu dia roti canai je.

Papa-Itam said...

Ya Allah lapar pulak umie tengok benda tu...mengandung ni tulah menu yang dilarang sama sekali.....takut kandungan gula naik mendadak....

ckLah @xiiinam said...

...hari ni ckLah makan sotong masak kicap...
Abang yang masak...

ckLah buat sambal goreng tempe + su-un .....

Hari Ahad je macam ni...

Hari lain?
Masak kat Restoren atau Food-court ...he.he..

Yunus Badawi said...

Jeles saya dengar awak selalu pergi sauna dan spa.

Kami pun selalu beli roti canai kat Si Rusa tu. Ada satu n3 tentang tu yg saya tulis dulu. Kalau nak pergi kena telefon dulu takut dah habis.

sonata anak kancil said...

OneZ : susah mau cakaplah macam ni...dimaklumkan roti canai ni tak elok makan banyak2...kolestrol tinggi dn macam2 la!

Tapi Pak Sheikh aku dari kecik sampai tua ni, dok besar dengan roti canai!

papa-itam : cuba tukar buat lempeng pulak...macam roti canai gak!( kat JB - lempeng mahal lo...)

xiiinam : kira cukup baik lah tu dapat masak...sonata? Sejak dah makin merosot ahli ni...masak sikit2 je.

YB : Memang betulkan? Roti canai dia sedap...Tu yang saya tak berapa gemar kalau makan roti kat sini...nak pekena roti PD ni gak...baru sedap!