CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, May 9, 2009

Relax....

Sabtu : 9 Mei 2009.

CUTI umum ( wesak - kalau hari kerja Melaka tak cuti ) overlap cuti hari sabtu rupanya... Dari semalam dah macam2 rancangan untuk hari ni...Farhan , Fatehah & Ayeen nak pegi buat IC , sebab hilang ...Dak Ayeen ( Tawauan - he he he...kasi glamour sikit ), tumpang nak ganti baru, sebab cip rosak...Aku pun pesan la suruh ambik borang nak buat pasport - ganti / renew...Tak sampai 1/2 jam dah tiba rumah semula...

Dalam pada tu, aku nak pegi tempah keychains kat kedai biasa la...nasib tepon dia dulu...cutilah cikgu hari ni!!!alamak, kedai besaq2 cuti gamaknya hari ni...habis yang aku cadang2 semalam apa nak buat hari ni - tergendala - kerana tak cek kalender.

Tak lama kemudian ....Eh cepat balik....cuti la hari ni! Esok bukak pejabat. Balik rumah semua melangok...

Lain pulak Si Mohd ni dia ada extra-free tuisyen kepada budak2 Mozac...tak pe la biarlah dia berbakti kepada budak2 junior tu...Cukup komited dia dengan Mozac.

Tanpa "membuang masa " - Farhan, tak ada ape nak buat - senang cakap, nak tido! Sebab dia dok praktikal kat MBMB bahagian perundangan sekarang ni....letih katanya macam2 keje kena buat. Ambik ko...baru tahu orang keje macam mana...

Cadang punya cadang - Fatehah & Ayeen - buat program lain pulak dah...nak pegi reunion dengan beberapa kawannya..pegi la, sekali sekala balik , kekadang pun bukan ada peluang nak jumpa kawan2 - semua dengan hal masing2...

Abah pulak tak ada juga...pegi Putrajaya ada urusan dengan rakan seangkatannya...Tengahari balik la...

JADI - AKU??? aku dok lah melangok sorang2....nak buat urusan rumah, memang banyak nak buat...tapi semuanya ikut turn, mana dulu nak buat...sebelum memulakan apa aku nak buat, gi jalan dulu jengok kawan2 apa buat hujung minggu ni!

Nak masak tengahari? Tak ada sape nak makan! Semuanya dah brunch!!! So, relaxxxxx........

Petang nanti, bila Fatehah & Ayeen balik, nak pegi jengok Fahd kat asrama...Malam, cadangnya nak shopping baju raya! tengok lah dulu, jika tak ada hal2 lain.............relax.

5 comments:

ONE ZABA said...

relax..peace!!!!! cuti-cuti ni cuma habiskan masa ngan anak-anak je.

"selamat hari ibu buat sonata".moga jadi ibu yg dirahmati.

sonata anak kancil said...

oneZ: terima kasih....apa racangan nak raikan hari ibu bagi pihak anak2??? kasi ibu relax...he he he...

ckLah @xiiinam said...

ckLah kalau duduk sorang-sorang....main piano. Kalau salah tekan pun anak-anak tak gelakkan...



Hentam saja....sampai si imau, kucing tu pun tak sanggup dengar....


Selamat Hari Ibu....moga terus dikasihi anak-anak...

sonata anak kancil said...

CkLah : selamat hari ibu ....anak2 buat suprise kot! mai kita raikan bersama2 - we make our life happy....

nak main piano? he he he tak sanggup - kang satu taman, terkejut!

Sidar S said...

best la relax..hihi..erm..selamat hari ibu Cik Sonata..:)