CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, May 20, 2009

Malang tak berbau....nasib baik lah....kalau tidak.....

Abah keluar lagi...sudah 2 malam abah keluar lepas magrib. Umi tinggal dengan Mohd & Farhan. Mohd dok buat urusan peribadi - mungkin baca buku Taylor's College , Farhan dok kat laptop memanjang...

Abah keluar bukannya apa - pegi tengok kereta dia yang bermasalah besar. Petang semalam, selepas ada program kat MITC , dia ada urusan di Bachang, entah macamana shaft (?) , betul ke eja ni? patah...nasib baik kat Melaka je...

Petang semalam jugak , laptop aku ni "demam" - tak lah pulak H1N1 - lepas luncheon talk semalam , hantar laptop ke "klinik" - dah problem - lambat loading dll. Jadi, kena format semula. Ambik jam 6 , kena RM30.

Lebih kurang jam 4 lebih semalam abah telefon, beritahu shaft kereta patah kat Bachang...Mintak insuran urus towing...malang nya lambat datang , hampir 45 minit tak datang2...Abah meradang...umi telefon semula insuran, jawapan macam tu, lambat bertindak. Akhirnya abah call private towing.Bawa ke mana tak pasti - aku tak tahu, tapi somewhere belah2 Ayer Molek.

Masa kat Bukit Beruang ambik laptop abah telefon, suruh ambik dia kat Ayer Molek. Ambik kat 7E.

Macamana boleh patah? Tak pasti...tapi dia kata, macam tak berapa sedap bawak kereta dia tu.

Jumaat ni nak pegi servis.

Abah beritahu - kalau tak arwah hari ni.

Kenapa?


Ikutkan dia kena pegi ke UPM / Putrajaya (?) , tapi ada function kat MITC , surat tak diterima - so dia tak pegi...Sekira nya dia pegi pagi / tengahari , dan shaft kereta tu patah di highway, apa akan jadi?

Dah tentu serta merta tayar kereta terpelanting / terduduk kereta / berpusing2 ke / entah apa akan jadi! Drive kat highway tau2 la....berapa laju meter tu...90 - 110 - salah hemat cecah 120...tak ke laju tu?

Jadi, kejadian yang berlaku semalam sememang ada hikmahnya....Sekiranya dari ofis dia telefon aku, nak ke UPM / Putrajaya...macamana? biasanya pegi teruslah...

Alhamdullilah , syukur tidak berlaku perkara2 yang tidak diingini...kalau tak?

Jadi, abah pegi tengok kereta dia....ok ke tidak / dah siap ke belum.

Tadi dia beritahu, Jumaat ni nak kena pegi meeting kat KL...kereta tak siap lagi. Nak pakai kereta apa?

Susah apa...bah...kereta lembu pun ada! "marah"nya dia....gurau sayang...

( Bila dia nak keluar tadi, abah bawaklah kereta umi - kenapa?
- minyak dah kuning!!!tolonglah isi - esok nak gi sekolah...padahal kalau keluar lampu kuning tu masih ada untuk 50 km lagi.... he he he dapat minyak "free")

Abah pun bawak kereta umi.....






5 comments:

ONE ZABA said...

isi sekali minyak kreta aku ni ha.

sesekali suruh la cik abang tu naik basssssss!!!!!!

sonata anak kancil said...

OneZ : kereta hang tu buat pameran je la . kalau nak suruh aku isi jugak - bawak sini...!

ikut la dia nak naik apa...
kalau dia penat & malas drive - adalah orang tukang hantar dia...

DUN Behrang 2020 said...

Besarnya hikmah yg dianugerahkan Allah...apapun setiap yg berlaku mmg ada hikmahnya...

Precious said...

Hi .. kalau u suker award, sila amik kat I Love Your Blog.
Thank you for following me.
Cakap fasal kete, itu ler, bila kete buat hal, macam patah kaki kan ...

sonata anak kancil said...

Dun Behrang : Betul! Kita manusia ni selalu nak pertikaikan kenapa itu ini berlaku...

Precious : kadang2 terlupa ada orang lebih susah dari kita...

ok tqvm , nak ambik la award tu...paste kat AGK lak...