CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, May 13, 2009

Tragedi 13 Mei ....

13 Mei 2009 ...

Sebut 13 Mei, kebanyakan orang di negara ini tahu apa yang berlaku pada tarikh ini...Kalau budak sekolah tentunya ada belajar dalam subjek sejarah. Tak pasti pulak aku dalam tingkatan apa, sebab aku tak major sejarah & tak pakar sejarah.

Lain pulak sejarah aku hari ini.

Petang tadi aku pegi renew pasport - dah lama "mati"....Mulanya memang aku tak perasan tentang tarikh ini, sebab aku dah kata, aku tak mahir bab2 sejarah ini. Yang perasan tarikh ni, hubby masa dia belek nak tengok pasport aku yang dah siap...

"Tahu ni tarikh apa?"

" Apa eks?"

" Hah tu lah....takkan tak ingat? Kan rusuhan kat KL....1969..."

"Ahaaaa....la. Wow bagus lah tarikh renew pasport hari ni, senang nak ingat..."
( masuk dalam kalender bulan Mei )

Hubby pun dok rancang tarikh istimewa dia nak renew pastport dia....nak tunggu 12 Julai.....tarikh apa ni?



18 comments:

ckLah @xiiinam said...

Dari tingkatan satu hingga tingkatan 5, tiada dimasukkan tajuk tentang Peristiwa hitam 13 Mei ini dalam Sukatan Sejarah....


Cuma di dalam buku Sejarah Tingkatan 5 ada disebutkan (cuma 1 ayat)
"MAGERAN ditubuhkan selepas 13 Mei....lalu terlahirlah falsafah RUKUNEGARA"

.....ada sebab kenapa isu itu tak dimasukkan...

ckLah @xiiinam said...

Maaf, salah eja pulak...

RUKUN NEGARA...



Selamat Hari Guru ya...

sonata anak kancil said...

ckLah : Oh ye ke...sonata dok ingat budak2 la ni belajar tu semua...jadi budak2 baru ni tak tahu la apa yang berlaku sebenarnya....sonata major geografi....orang naturalist.

salah eja tak pe...asal sampai maksudnya- silap2 sikit biasa je...

Selamat Hari Guru juga - tak buat kek hari guru? hantar lah sini!

INTAN said...

of topik:cik lah cikgu sejarah eh...
daku minat gilak sejarah...hehe

hamoi....12 julai ek...mesti ada yg best tuh tarikh tu..hehe

sonata anak kancil said...

Intan: nak wat teka teki...cuba teka agak2 tarikh ape tu...kasi suspen.

Yunus Badawi said...

Saya rasa 12 Julai hari Pak Sheikh 'merusuh' dgn sonata selepas sah menjadi pasangan suami isteri muahaha

Selamat Hari Guru buat Sonata, ckLah dan semua guru2.

MDFarid said...
This comment has been removed by the author.
Faridrashidi said...

salam,

Ye, 13 Mei itulah berlaku rusahan kaum. Ada banyak kisah hitam tersirat di sebaliknya.

DUN Behrang 2020 said...

Tak 'terer' sejarah gak...tu yg tak perasan 12 julai tu ada peristiwa ape...ke 'hari ini dalam sejarah!'

ONE ZABA said...

apa sahaja yg berlaku sebelum ini adalah sejarah selepas ini. bezanya cuma penting atau tidak sahaja. mungkin tidak penting bagi kita, tapi bagi org lain mungkin banyak maknanya.

Anonymous said...

Setiap kali 13 Mei, mak saya akan kenang saat2 getir dia melahirkan abang saya dan pada ketika itulah berlaku sejarah hitam nih. Punyalah tragis peristiwa tu. Nak keluar rumah pun tak berani.- sekadar berkongsi...

SELAMAT HARI GURU....Terima kasih kerana mendidik dan mengasuh anak-anak bangsa kami...

kuIna said...

nama blogger sy kat penang tu...

Dearie Pearls said...

12 July..?

apa erk..?
huhu..

sonata anak kancil said...

YB & Dun Behrang : hangpa berdua memang anak jantan! ahli nujum gamaknya ni....

"pergaduhan" sangat hebat - kedua belah pihak nak berebut menang akhirnya kalah....he he he...hari ini dalam sejarah...

sonata anak kancil said...

Faraidrashidi : sejarah ini patut kita semua tahu...harap tidak berulang lagi.

OneZ :sebab tu sejak berblog ni , banyak peristiwa tercatat jadi sejarah untuk masa depan.Catatan , kalau anak cucu sempat baca, baca le...


Kulna LadyInRed : yang mana satu ni??? confius

Arryani : itulah pentingnya tarikh - mengingatkan satu2 peristiwa berlaku...pandai orang dulu2 mencipta tarikh ni....

Lotof pearls : cuba teka sampai dapat...soalan cepumas ni!

Yunus Badawi said...
This comment has been removed by the author.
sonata anak kancil said...

YB: censored!

obor obor said...

anniversary....