CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, May 31, 2009

D'Sonata Gallery 1 - Perkahwinan

Cuti sekolah sudah bermula. Inilah saat yang ditunggu2 ...
Semua orang terutama yang kenal erti alam persekolahan tak sabar2 nak bercuti.
Bila sekolah cuti juga , masa yang dinanti oleh bakal2 peng
antin....

Ohhh...tak sabar2 lagi dah...Makan tak lalu, tidur tak lena...
nak menantikan hari bahgia - hari ditabalkan sebagai Raja Sehari -
satu hari je tahu...
lepas tu jadi rakyat biasa le...
D'Sonata Gallery untuk pertama kali ini dibuka hari ini bertemakan Perkahwinan. Apa yang ada dalam galeri ini?

Hahhhha....ni dia - kad jemputan yang sangat cantik!

Ini adalah kad jemputan yang diterima semasa cuti sekolah ni...

kad yang telah siap ditampal untuk disimpan...setelah selesai majlis

Bila dapat undangan jemputan kita akan dapat kad. Kad ni direka khas - le ni macam2 rupa - macam2 warna dan macam2 jenis...Apa Sonata buat? Semua kad yang diterima, setelah pergi ke majlis tu....hahaaaa......semua kad2 tersebut akan ditampal dalam sebuah buku - Buku Kad Jemputan Kahwin. Tujuannya ialah aku suka rupa kad2 itu sebab cantik & nanti senang nak balas jemputan ( he he he kalau giliran aku nak buat majlis ). Itu sekadar 2 muka surat je...dah separuh buku penuh..

Selain daripada itu, apa lagi dalam galeri ini? lihat di sini...


Biasanya bila pegi majlis ni , tuan rumah akan memberi 'buah tangan' - dulu2 orang bagi bunga telur...Sekarang ni pun ada juga...Ada juga yang beri macam dalam bakul ni...Pelbagai jenis tuala kecik - comel lote...Sikit tu...banyak dah digunakan! Buat lap tangan...he he he..tu tujuan dia tu la kan..Mana yang tak digunakan lagi , dah susah pulak nak simpan kat mana...simpan juga la....


Cenderamata seterusnya yang macam di bawah ni pulak....Bakul2 yang comel juga! nak buat apa? Macam2 boleh guna - letak gula2 pun boleh, tak ada gula, guli pun boleh! jadi, aku simpan la juga...Tu yang dalam bakul, yang terselit sana sini, ada lagi! Apa2 pun terima kasih kepada pak & mak pengantin.




Seterusnya apa lagi? Yang ini pun aku simpan! Dah banyak , ada gunanya ....Kekadang aku bawak bekal roti / apa2 la time aku rajin sikit ke sekolah , guna lah beg2 kecik macam ni. Pendek kata macam2 juga lah gunanya...Banyak beg macam ni - le ni macam trend pulak dah...Pegi jemputan dapat macam2 dalam beg ni. Adayang ditempah khas nama keluarga & pengantin ! Beli yang ready-made pun banyak juga. Semuanya aku simpan!!!mana tak semak dalam gerobok.
( hah ni orang Johor cakap - maknanya almari )...




Ada juga tuan rumah bagi telur dalam bekas2 macam ini...




Akhir sekali bunga telur yang sangatlah cantik! Aku simpan juga...mahal setiap satu bunga telur ni....Sekadar yang ada...Dulu2 dah letak atas almari - berabuk, satu hal pulak nak kena mengelap...Akhirnya dah lama ....let go aje le...



Ini yang disimpan sebagai kenangan dan diucapkan jutaan terima kasih kepada tuan2 rumah yang aku telah pergi ke majlisnya.. Untuk masa2 akan datang tetap akan disimpan juga...Yang tak simpan ialah segala bentuk makanan - telur, kuih, gula2, coklat dan sebagainya...Kalau simpan? Sukalah sang semut singgah dan bertapa di sini...

D' Sonata Gallery

13 comments:

Yunus Badawi said...

yes aku first!

ada hadiah ke?

sonata anak kancil said...

YB: Yessss! sengaja tunggu nak tengok, betul ke tidak jadi pelawat pertama... Hadiah akan menyusul ...masih dalam kilang!ngeh3x
nanti email alamatnya ...

tunggulah seterusnya...

kepada pelawat2 dalam perjalanan masih berpeluang lagi...yang ke berapa pulak lepas ni...

Yunus Badawi said...

Betulke ada hadiah? Saya main2 aje.
Saya dah bagi alamat. Kalau datang KL singgahlah rumah.

GPI said...

Salam

hntr posting malam2...

2nd je la..

Anonymous said...

Saya tak penah terpikr nak tampal kad tu..Hmmm. Bagus tul idea nih..Kad saya slalunnya anak2 saya buat rekabentuk robot dia..

Tapi, lepas ni, jangan harap dia akan jumpa lagi kad kawen ni..Saya nak tampal mcm ni...

sonata anak kancil said...

YB : Apa pulak main2 - ni bukan main pertandingan tarik tali tau...Sahih la , ni dulu2 bercinta main2...ngeh3x

GPI : salam - 2nd pun tak pe...tengok keadaan macamana kehadiran para pelawat, ikut terma & syarat yang boleh berubah without prior notice! he he he macama masuk peraduan pulak dah...

Arryani : Tak jadi hal- mana rasa berkenan nak ikut - ikut la lah..Saja kongsi minat.
Orang hantar kad sekali je ! (tak tahu lak kalau hantar kali ke2 )

sonata anak kancil said...

YB : Apa pulak main2 - ni bukan main pertandingan tarik tali tau...Sahih la , ni dulu2 bercinta main2...ngeh3x

GPI : salam - 2nd pun tak pe...tengok keadaan macamana kehadiran para pelawat, ikut terma & syarat yang boleh berubah without prior notice! he he he macama masuk peraduan pulak dah...

Arryani : Tak jadi hal- mana rasa berkenan nak ikut - ikut la lah..Saja kongsi minat.
Orang hantar kad sekali je ! (tak tahu lak kalau hantar kali ke2 )

sonata anak kancil said...
This comment has been removed by the author.
ONE ZABA said...

datang bawak bas melawat ni...

aku suka tampal koyok je...uhuu, sakit gigi!!!!!

sonata anak kancil said...

OneZ: mana bas ko tak sampai2 lagi nih...nasi goreng dah siap ! lambat sangat ko tiba, aku makan dulu...

Bas dari tempat2 lain dah banyak sampai ni...dah berderet kat zoo - hotel2 kat melaka pun fully booked!

INTAN said...

wahh...rajinnya akak simpan semua menda tuh.....

Dearie Pearls said...

salam..
LOL pown ader beberapa jemputan majlis kawen tp malangnyer xdpt nk g..
happy holiday!

sonata anak kancil said...

Intan : entah lah - sebab cantik ! macam2 lagi ada...tunggu seterusnya.

LoLPearls : sedapat mungkin kalu orang jemput kena pegi! nanti bila kita jemput depa tak datang pulak...melainkan jika ada sebab2 tak mengizinkan.