CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, June 2, 2009

Mee Bodoh?

Mee Bodoh


Cuti sekolah.

Hari ni buat sarapan mee bodoh. Kenapa dan kenapa?
Teringat lah aku kepada bos aku, yang pada 2 bulan lepas
ajak kita orang 4 orang semuanya makan mee bodoh.


Aku kata - kenapa mee bodoh?

Haahaaa....nanti awak tengok rupa dia - sedap!!! dia beritahu.

Naik lah kereta aku ( ekhsss....segan jugak bos naik kereta aku tapi
nak kata apa bos nak suruh aku bawak dia jugak....alamak, tak kisah lah....)
Hu hu hu.....bukan main hati2 lagi aku bawak kereta...


Rupanya mee tu adalah mee goreng kosong tanpa
apa2 rencah 'sampah sarap' macam selalu kat gerai2 buat tu....
semata2 sambal biasa - lada - bawang - entah2 rasa pak aji yang lebih....
yang buat dia sedap....

Hari ni aku buat lah mee bodoh - tapi mee aku aku ni cerdik sikit...
sebab aku letak daging sup semalam yang ada beberapa ketul tak habis....
Tak berapa pedaslah, sebab anak dara aku sorang ni tak suka pedas2...
sebab dah biasa makan macam style cina kunun......
terbawak2 dari kecik sampai le ni...
pedas sikit mulalah sakit perut.
Untuk semua boleh makan ,,,buat lah tak berapa pedas.....

sape nak makan dengan cili jeruk ada disediakan....


selamat menjamu selere.....nak buat urusan outstation pulak....
*
*
*
*
*
*

Things to-do....
today

1. hantar Mohd pegi swimming dulu.... selesai
2. urusan kat macam2 jenis bank - sebab banyak utang!!!!
selesai
3. nak pegi ambik hp In - betul screen...kopak le rm90 siap
4. nak pegi beli ayam - hari ni masak nasi ayamdah makan - kenyang
5. dan sebagainya.....dalam masa 2 jam dari sekarang .......(yg ni nanti lihat N3)

14 comments:

4 'so' bersaudara... said...

semalam baru je sy grg mee yg tak berapa pandai tu...

tp guna mee maggie.. sbb mee biasa takda dlm stok...

ni first ke ni..

Yunus Badawi said...

Jadi kalau lagi banyak rencahnya lagi pandailah mee tu? Malam tadi saya makan mee rebus kat Kuantan ni tadi tak sepandai mee rebus di R&R yg saya makan minggu lepas. huhuhu

Bos nak naik kereta awak sbb ia Sonata. Bila agaknya sy boleh rasa naik Sonata? hehehe

LotsOfLove-Pearls said...

haha..
first time dengar..
mee bodoh..

arryani said...

wakakak, sian tul mee tu. Nape rencah punya pasal, mee yg dapat nama bodo???

kuIna LadyInRed said...

ooo sy buat mee maggie aja.. 2 minit.. siap

DUN Behrang 2020 said...

Sblm ni selalu buat me bodo ni...nmpk je cam gitu tp licin je...pastu masa zaman mawi glemer tuko nama mee goreng mawi sbb 'botak' tak de pape...ada rahsia nk bg mee bodo ni sedap...sapa nak, kena emel...

bawangmerah said...

kuIna LadyInRed,
mee maggie, dua minit makan, dua minit makan. kan?

ooppss. reply-kan ntuk sonata plak.

sonata anak kancil said...

4 saudara : sedap kan mee macam ni ! tak susah mana pun - sambil kejam mata boleh masak...jangan percik minyak udah le...

auntie guna mee kuning kering macam rupa mee maggie - cintan mee ke apa nama - lupa dah cap ape.

kalau dah kat atas ni ,1st la tu...ganti YB...


YB : memanglah mee pandai - harga pun mahal! nanti balik mintak mem buat bodo....zaman anak kecik2 dulu selalu buat...takpe makan mee ni, anak2 semua pandai...


Apa susah , pergi aje la kat kedai jual kereta Sonata---yang Hyundai tu....ngeh3x


LoL Pearls : senang aje...tapi jangan buat selalu ...kalau mak mertua nampak nanti dia kata mee malas!!!

Arryani : tukang buat mee ni tak nak ngaku dia bodoh , dia kata mee tu bodoh!!!

KulnaLadyInRed : kalau macam tu berapa kali bodoh mee tu? siap 2 minit je...at least mee bodo ni adalah 1o minit siap...

Dun Behrang : Betul!!!nampak je macam tu, licin!
Nak lah rahsia sedap mee bodo ni! nanti senang2 saya nak email...

sonata anak kancil said...

bawang merah : cik bawang 2 minit masak, 2 minit makan la...apa lagi guna chopstik lagi la cepat....cik bawang jangan rajin benor makan maggie...nanti badan macam maggie baru tau....

ONE ZABA said...

mee maggi jugak yg cerdik...

Myza said...

Myza pun biasa jugak masak mee bodoh ni, cuma pecah telur je dalam mee tu! Biasa buat guna mee kering tu!Kadang - kadang anak dara kat rumah ni masakkan untuk adik-adik dia!

sonata anak kancil said...

OneZ : berapa maggi bayar kat ko kata mee dia je cerdik?

Myza : memang senang buat kan! ni lah yang budak2 suka...letak sayur dan ntah macam2 ...habis tolak tepi pinggan - terutama kalau letak sawi!

Farid Rashidi said...

Di sini kami tak panggil mee. Tapi Makarona Pandai.. :) Telur dan daging mesti letak.

SAHAR MISRON said...

Mee bodoh pun tak apa, belum ada kajian kan yang makan mee bodoh jadi..b.... kan? Kesiankan mee tu, kena panggil begitu....Saya memang tak suka makan mee bodoh.....kalau tak ada rencah atau"mee cerdik" tak berapa minat, biarlah "rencahnya lebih"....