CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, June 21, 2009

Nenek Hubby Kembali Ke Rahmatullah

Masih panas lagi N3 yang aku publish minggu lepas -
kami telah pegi ke Mersing. Dalam kesibukan hubby berkeje ,
aku 'berkeras' juga mintak dia cuti.... akhirnya dapat dia bercuti,
itu pun 2 hari - tapi keje tetap diteruskan dengan
panggilan tepon yang bertalu2 masuk.


Sampai ke Mersing, kami telah melawat nenek hubby....
sudah agak lama awal tahun ini dia terlantar di katil - sakit tua....
90 an umurnya - tapi rasanya tak lah samapai 95 tahun ....
Arwah adalah orang yang lama menetap di Mersing -
( setahu aku la , selama aku dengan keluarga hubby ni ).


Hari ini, sebelum waktu Asar, hubby dapat cal dari orangtuanya ,
memberitahu neneknya telah kembali ke rahmatullah.


Hubby bersama Farahin telah balik ke Kluang,
ambik orangtuanya dan terus ke Mersing.
Aku tak dapat la balik, sebab esok Mohd dijemput memberi ceramah
motivasi kat sekolah aku ni...Bos yang mintak dia sampaikan...
kalau tak, mau aku cuti jugak.


Tapi, hari tu alhamdullilah semua anak2 pun dah jumpa -
melainkan Farhan...jadi tak ade la orang kata terkilan tak jumpa....
Sebab tu la, waktu sakit kena la pegi melawat....


Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh allahyarhamah. Al-Fatihah.

22 comments:

obor obor said...

innalillah.

Chenta said...

Innalillah ...
Kebetulan kan dah balik Mersing arituh, so taklah terkilan sangat .

Yang pergi tetap pergi . Moga Rohnya Dicucuri Rahmat. Aminnn

sonata anak kancil said...

Obor-Obor & Linda : setiap yang hidup akan mati.....pergi tak kan kembali lagi...bersiap sedia la kita!

Dearie Pearls said...

Takziah...
Mujur ada jumpa before dia 'pegi'.

NONG said...

Takziah..
Yang hidup pasti akan pergi juga cuma saja masanya berbeza-beza.

Guru said...

datang dan kembalinya kita kepada ALLah sahaja

semoga aruah dalam rahmat Allah

hizbi76 said...

Dari DIA kita DATANG kepada DIA kita ABADIKAN DIRI dan KEMBALI.... Takziah daripada kami.

ONE ZABA said...

begitulah hukuman alam...tiada sesapa yg dapat menidakkannya. moga yg pergi mendapat rahmatNya. takziah buat kaum kerabat di sana.

faraulah said...

Takziah dan al Fatihah
untuk Allahyarhamah..
Semoga rohnya dicucuri Rahmat

cm said...

alfatihan untuk arwah..
semoga rohnya di cucuri rahmat

FWaiYMzJ said...

Innalillah and takziah saya ucapkan pada cikgu sonata dan keluarga.

sonata anak kancil said...

LolOfLove : terima kasih...syukur dapat jumpa ari tu...

Nong : terima kasih. kekadang terasa suspen je untuk meneruskan kehidupan ini...skg ramai yang pergi umur2 dah hampir 1/2 abad...

Kl Citizen : terima kasih...semoga Allah mencucuri rahmatNya...Amin

Hizbi76 : terima kasih...redha dengan ketentuanNya.

OneZ : terima kasih...tiba masanya , tidak akan berganjak walau sesaat pun...

Faraulah : terima kasih...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya...Amin

Cikgu Math : terima kasih datang menziarah buat pertama kalinya...

Semoga Cikgu Math tabah mengharungi liku2 hidup...

sonata anak kancil said...

FwaiYMzJ : terima kasih...orang lama peringkat ni semuanya dah pergi buat selama2nya...

Kini masa kita untuk meneruskan lagi perjalanan hidup ini...

Unknown said...

al faatihah..salam takziah dr ummi buat cikgu n family..mdh2an almarhumah digolongkan bsama mukminah soolihah ..ameen ..insyaAllah kita jua akan menjejaki mereka.

Yunus Badawi said...

Semoga Allah mencucuri rahmat kpd Allahyarhamah.

Dalam sibuk mcmana pun, kita kena cari masa utk ziarah menziarahi terutama org2 tua kita kerana kita tak tahu bila mereka akan pergi meninggalkan kita. Mungkin juga kita yg pergi dulu.

Aidil Fadzil said...

Salam Takziah...
Begitulah peredaran hidup ini...Sayangilah pada mereka yang masih ada di dunia ini. AlFatihah.

DUN Behrang 2020 said...

Takziah...janjinya sudah tiba...moga rohnya ditempatkan bersama roh2 org beriman...

Dearie Pearls said...

Dear Sis..
nnt ada masa datang blog adik ok..
ada award untuk sis..
gud day k..
salam sayang dr LOL..

Myza Pesona said...

Salam takziah. Moga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman, Amin....

sonata anak kancil said...

ummi humaira : terima kasih...semoga begitu lah hendaknya - tergolong dalam kalangan para solihin.

YB : terima kasih. Betul seperti yang dikatakan...syukur sebelum ini pun ada menziarah juga - bila dapat panggilan 'kecemasan'...

Aidil Fadzil : terima kasih.
hidup kita seperti putaran roda...masa kita ntah kan bila.

Dun Behrang : terima kasih. kita juga akan lalui jua! Hanya Allah yang maha mengetahui...

Myza Pesona : terima kasih.itulah harapan semoga tergolong dalam kalangan mereka yang beriman.

LolOf Pearls : terima kasih.Akan ku ambil secepat mungkin! salam mesra....

Bapak said...

Innalillah ...

Takziah buat Kak Sonata dan keluarga.

al Fatihah untuk Allahyarhamah..
Semoga rohnya dicucuri Rahmat

sonata anak kancil said...

Bapak : terima kasih. harapan begitu lah - semoga roh allahyarhamah sentiasa dicucuri rahmat Allah swt.