CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, May 18, 2010

Yang gembira & yang sedih.....

salam semua...

majoriti hari ini semua guru sudah kembali menjalankan tugas masing2...

apa2lah tugas yang diarahkan @ sedia terarah untuk bebuat demikian...

semua guru akan sentiasa ingat ikrar kita semasa sambutan hari guru...

juga lagu kita - yang kita nyanyikan...satu lagu - satu tekad.


Hari guru semua guru akan merayakan perayaan hari guru...

Kebanyakan guru bergembira - diraikan oleh anak didik...rakan sejawat .... pihak pentadbir

Semuanya akan mengucapkan Selamat Hari Guru....

ade yang bersedia pakai dengan baju baru...macam hari raya....kita kena hadiahkan diri kita!

pakai lah baju baru cikgu! ( ni saya buat )
kasut baru pun boleh ( jika nak berbuat la.....aku tak pun...! )



......................anak didik menghadiahkan cikgu2 mereka dengan hadiah2 / cenderamata tanda penghargaan & terima kasih kepada guru mereka.....terima kasih.....cikgu sebenarnya tidaklah  mengharapkan hadiah sedemikian wahai anak didik!
 ( kalau nak hadiahkan....cikgu terima je...)

Bagi cikgu...hadiah paling istemewa ialah kejayaan anak2 didik dalam pelajaran masing2....dan berakhlak mulia.....berjaya sebagai insan cemerlang di dunia & di akhirat...
anak2 didik hari ini...sebagai sumber manusia hari ini yang perlu dididik - dibimbing - diajar - diberikan ilmu ---- untuk menggantikan ibubapa @ cikgu @ lain2 apabila tiba masanya nanti.....yeeaaa... tiba masanya kami semua ini akan bersara - @ akan tiada lagi di dunia ini.....kamu semualah wahai anak didik menggantikan kami semua pada hari ini.


***************


TETAPI bukan semua guru @ sekolah merayakan hari guru dengan penuh kegembiraan....
ade yang merayakan dengan kesedihan...



1. Seorang guru perempuan saya telah dimasukkan ke hospital besar pada hari guru 16 Mei kerana jangkitan kuman di paru2

2. Seorang guru lelaki saya...telah bercuti separuh gaji sebelum hari guru kerana menjaga isterinya yang mengidap kanser payu dara
 - stage 4 ( seorang guru juga )

*********

3. Ibu kepada seorang guru perempuan saya telah meninggal dunia pada hari guru 16 Mei


4. Sekolah jiran saya....( saya tidak bertanya secara langsung kepada pihak sekolah tersebut ) tetapi telah disampaikan oleh individu yang terlibat dalam pengurusan ini.

2 orang anak didik sekolah ( tingkatan 3 ) tersebut telah mati lemas pada hari Ahad ( 16 Mei ) - jadi pada 17 Mei....difahamkan murid2 & guru telah menziarah ke rumah allahyarham. Takziah kepada keluarga tersebut & pihak sekolah yang kehilangan  ahli warganya.


4. 2 orang  guru perempuan telah meninggal dunia pada hari guru - kes wabak hari ini....

Ini yang saya dapat tahu...yang tak tahu...mungkin ade lagi...

Jadi, perayaan sambutan hari guru - ade yang gembira - gembira la....dan ade yang disebaliknya.


TAKZIAH KEPADA KELUARGA BERKENAAN.
SEMOGA ALLAH SWT
MENCUCURI RAHMATNYA KEATAS ROH MEREKA SEMUA.

AMIN

18 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ciku Sonata

kepada mereka yg pergi dahulu
kita hadiahkan Al Fatihah

yg tinggal ini serta diberi kudrat
teruskan berhidmat untuk dunia dan Akhirat

Wassalam

windi said...

SELAMAT HARI GURU !!!

a kl citizen said...

setuju dengan rozali

kita mendoakan kepada yang telah pergi, moga ditempatkan bersama orang soleh

kita juga berharap ada yang mendoakan untuk kita nanti bila kita pergi juga

Azima said...

Salam Kak Sonata,

Selamat Hari Guru kak...

AL-Fatihah kpd cikgu2 yang telah pergi..semoga roh mereka ditempatkan bersama2 para solehin..

Semoga akak sihat & ceria selalu...

cikgu isza said...

semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. mati itu pasti..

sahromnasrudin said...

al fatihah utk mangsa.Allah lebih menyayangi mrk

transit said...

Assalamu alaikum....

apa kabar???
salam kenal dari font lover

ina said...

Salam Cik gu,

Begitulah kehidupan, ada suka & dukanya.

18/5 hari ulangtahun kegembiraan & kesedihan bagi saya. Gembira krn ulangtahun perkahwinan, sedih kerana pd tkh yg sama, adik lelaki saya (baru nak masuk 18thn) meninggal krn lemas ketika berkelah di Ulu Yam.

Alfatihah untuk yg telah pergi meninggalkan kita.

nza said...

Salam takziah n al-fatihah kpd yg telah pergi di hari penuh sejarah buat warga guru.

mama ju, said...

Terus bertugas cijgu...

Kita sedekahkan fatihah buat mereka yg dah pergi.

zue said...

yang pergi tak akan kembali dan yg hidup...perlu d teruskan.

selamat hari guru.

Zaitun said...

Begitulah kehidupan ada yang gembira dan ada yang bersedih. Kepada yang pergi kita sedekahkan Al Fathihah semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

penjejak maya said...

salam,

seharusnya setiap satu sambutan tu biarlah bersederhana..

Ayah Zain said...

Salam SAK,

prihatin sungguh cikgu sonata. Inilah dia contoh guru pembina negara bangsa. Alhamdulillah

DUN Behrang 2020 said...

Betul tu..hadiah sebenarnya adalah kejayaan dan perasaan hormat berpanjangan anak2 didik ini...

xiiinam said...

Innalillahiwainnailaihi rojiun...
Moga keluarga mereka tabah...

nadz said...

Assallamualaikum Cikgu Sonata,

Begitulah kehendak takdir..salam takziah bagi yang mendahului..

Kita pun tidak tahu lagi..akan dapat menyambut lagi Hari Guru 2011..
Semuga kita sentiasa dirahmati Allah.

w/salam.

sonata anak kancil said...

kepada semua yang telah menyampaikan ucapan takziah di sini saya ucapkan jutaan terima kasih...semoga kita semua yang masih berada lagi di muka bumi ini meneruskan tugasan kita sebagai khalifah Allah swt.