Di pejabat pagi tadi - lepas aku habis kelas - menuju ke pejabat...
Masa pulak pukul 9 lebih -
biasanya kerani2 ni pegi minum kat kantin...
Pulak tu hari ini tak ade la kerani2 ni bekerja -
yang datang sorang saja jaga front counter & CC
Aku pun bertembung la dengan sorang parent
duduk di kerusi di luar pejabat ni
Aku senyum - dia pun membalas juga senyuman manis ku ini....
ha ha ha ...melirik senyum ku!
Aku tak la bertanya pulak apa urusan dia....
aku nampak dia duduk aje kat kerusi itu...
Aku pun masuk pejabat & buat urusan keje aku...
Tak lama kemudian
datang sorang murid masuk jumpa aku...
"Cikgu, pak cik tu kata dia nak jumpa kerani -
tapi kerani tak ade"
" Awak tanya pak cik tu, apa urusan dia dengan kerani?"
Budak tu masuk beritahu aku semula -
"Pakcik tu nak pulangkan buku teks"
" Nak pulang buku teks?"
Aku pun keluar....
Maka bercakap lah kami - aku di dalam pejabat, dia di luar pejabat - yang memisahkan ialah kaunter pejabat bercermin....Bagai nak apa kami bercakap - yang aku ni pendek - yang dia tu tinggi -
jadi bayangkan la - aku menjengkit & dia bercakap
sambil menjengok ikut lubang cermin...
bukankah nampak ketidak selesaan tu!
( pada hal dia boleh masuk ke dalam pejabat
- bercakap di kaunter ! )
Aku perasan parent ni pernah jumpa aku....
tapi bila dah lupa ....seorang kakitangan beruniform...
Yang aku tau parent ni jenis berseloroh bercakap...
jenis biasa2 aje - pulak tu loghat utara !
( ade juga yang luarbiasa - bercakap begitu menyusun kata2 - iyalah nak bercakap dengan cikgu sekolah kan!)
"Masuk encik, senang sikit bercakap ni...."
" Aaahhh ye la...senang sikit - kalau tak macam kat pejabat pos! "
( nak tergelak bila dia cakap macamtu....)
"Ada apa2 encik yang boleh saya bantu?"
" Ni cikgu --- anak saya suruh pulangkan buku teks ini -
dan dia arahkan saya ambik sijil berhenti sekolah!"
"Apa? dia arahkan encik ? -
kenapa nak ambik sijil berhenti sekolah ?"
" Dia dapat sekolah teknik...."
"Mana dia surat tawaran ke teknik?"
"Tak ade pulak cikgu, saya ni baru balik dari ***** malam tadi -
pagi ni dia arahkan datang sekolah jumpa kerani ambik sijil "
"La....mana dia ?"
"La....mana dia ?"
" Dia tak sekolah cikgu hari ni...."
"Mana dia pegi?"
"Ada kat rumah...."
"Mintak anak encik datang sekolah -
nak sijil berhenti kena isi borang dulu -
lepas tu kerani akan taip -
tapi hari ni kerani tak keje - hari ni sekolah ganti....
tunggu hari Isnin jugak....bila nak lapor?"
"Isnin ni....di sekolah teknik*****"
"Isnin ni....di sekolah teknik*****"
"Tak ape-tak ape....datang sini dulu pagi2 -
hari ni isi borang - nanti kerani taip hari Isnin kejap aje"
"Ok lah cikgu...saya cuba call anak saya ni....."
Sampai dah nak balik sekolah pun,
aku tak nampak budak yang nak isi borang sijil berhenti ni....
Entah macam mana - bila kerani yang bertugas tu masuk ke pejabat selepas minum - aku pun ternampaklah fail -
Entah macam mana - bila kerani yang bertugas tu masuk ke pejabat selepas minum - aku pun ternampaklah fail -
bukak fail & di dalamnya ade sijil berhenti anak orang itu....
keje2 kerani ni , aku tak ganggu - hanya kerani aje tau kerja2 dia...
kang tak fasal2 silap sana sini....
kang tak fasal2 silap sana sini....
"La....dah siap sijil budak ni..."
"Biarlah hari Isnin dia datang ambik"
"Patutlah dia arahkan bapak dia ambik sijil ! "
Apa yang aku nak beritahu ini ialah :
Aku rasa agaknya parent ni bertugas dengan arahan2 dari bos dia - maka anak dia mintak dia pergi ke sekolah ambik sijil itu-
sama juga dia ingat dengan arahan2 yang diterima daripada bos
penggunaan bahasa di situ - diberitahu sebagai :
anak saya arahkan saya untuk ambik sijil tu.....
Aku menggeleng kepala bila seorang parent &
anak yang berurusan sedemikan....
Macamana seorang anak boleh mengarahkan
bapanya untuk buat urusan dia???
yang dia sendiri tak datang ambik tu kenapa?
apa salahnya kan - hari ni hari terakhir di sekolah ini -
datang lah jumpa kawan2 buat kali terakhir!
macam-macam.....
17 comments:
mmg tak patut lah anak arah mak bapak.. terbalik dah tu.. diri sdiri harus bertanggungjawab..
salam,
emm rasenye budak tu mungkin beritau bapaknye mintak tolong ke sekolah amik sijilnye dan si bapa pulak mungkin dah terbiase ngan perkataan 'arahan' tu hehe
yelah.. tgk le anak anak skrg ni.. aduss.. pandai nak rah2 lak
dasyat tu..ank dh boleh arahkn bapa buat urusan dia..hisx3...kecik2 dh cam gitu.
dah...dah...aku arahkan ko gi pasar. lepas tu jangan lupa cari kayu api.
orang tu nak masuk sekoah teknik kawan kita tu ke?
Che Pit: saya pun tatau la....mungkin fahaman bapanya bila mintak tolong tukar jadi arahan
Insan Pendidik : agaknya begitu la...
Maiyah : ini cite sikit aje...ade lagi yang lebih hebat!!!takut saya - nauzubilah ....sudah terbalik dunia ni..
Nza : tu la fasal....kena pantau anak2 kita cara berinteraksi @ berkomunikasi
OneZ : pandai ko nak arah2kan aku gi pasar! laki aku tak arah pongggg!
ko tu gi pasar....hari ni aku kena masak jugak la....( sedang merebus daging...nak masak kari....laki aku ni daging2 ni berkari la jawabnya!!!)
kalau tak silap ke sekolah kawan kita tu...tu yang dekat je...lama aku tak dengar kawan kita ni...ke manam menghilang...dia pun tak datang2 dah ke rumah aku ni...
Aku nak arahkan ko mcm ONE tu tak kenalah sbb aku bukan Pak Sheikh tapi kalau belum pergi pasar tu eloklah ko pergi cepat2. Habis pulak ikan dan sayur tu nanti hehehe
Haah budak tu nak masuk sekolah Teja ke? Form berapa dia ni?
Mintak tolong kot..haha
assalammualaikum
yang bapaknya tak tau ujung pangkal gi je ke sekolah buat apa, tak tanya betul2.
Yunus Badawi : sebenarnya aku jarang pegi pasar!!!kalau terdesak aku gi Jusco je...itu lagi dekat berbanding dengan pasar...kalau anak2 balik...he3x barulah aku gi pasar...
agaknya ke sekolah Teja la tu...dia F4...
Imanshah : ye la...anak dia mintak tolong...tpi si ayahnya seperti terima arahan pulak
KL Citizen: itu lah fasal...patutnya si ayah tanya khusus2...ni tak....anak kata pegi - menonong pegi agaknya!!!
Hai cikgu Sonata...sibok ke hari ni..
Post a Comment