ku titipkan warkah ini untuk semua
rakan maya
@ followers
@ readers
@ silent readers
@ sesiapa yang secara sengaja @ tidak sengaja
menziarah @ berkunjung @ melalui @ singgah sebentar @ dan sebagainya
ke rumah Sonata anak Kancil
@ teratak usang Asam Garam Kehidupan
Di malam yang syahdu ni, aku titipkan secebis warkah untuk tatapan kalian....aku dengan rendah diri, memaksakan diriku ini menitipkan sesuatu untuk kalian....maaf terlebih dahulu aku pinta , kerana aku tidak pandai bermain bahasa, aku tidak pandai berkata2 dengan penuh sopan ....kekurangan diri aku , amat aku akui....bahasa aku tidak puitis ...bahasa aku caca marba ....bahasa aku bahasa rojak....bahasa aku bahasa hati ku - aku mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki ku....maaf kan aku yang serba kekurangan ini....
Aku terlalu sedih untuk meneruskan taipan huruf2 seterusnya, tapi aku gagahi juga dengan kekuatan yang dianugerahkan yang digerakkan oleh Allah swt ini....
Terlalu berat untuk aku mengatakan sesuatu kepada kalian....baiklah aku menjurus kepada apa yang ingin aku luahkan dari lubuk hati ku ini....
Aku mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menjadi rakan maya aku....
semuanya sangat2 aku hargai....semuanya begitu mesra dengan sapaan-sapaan yang sudah cukup untuk memenuhi ruang masa yang terhad dalam hidupku ini.
Terasa berat untuk berpisah...apa lagi untuk berundur diri daripada dunia maya ini....aku amat mengkagumi kecanggihan teknologi hari ini, amat manfaatkan kehidupan ini....sepertimana rakan semua lalui juga.....kita saling kenal mengenali, saling beramah mesra sepertimana kita pernah bertemu di alam realiti di satu ketika....
Warkah ini untuk tatapan kalian - semata2 untuk aku sampaikan KETIDAK SEMPATAN aku lagi untuk meneruskan dengan coretan2 harian aku ...Tidak aku sangkakan segala apa catatan harian aku, semata2 hanyalah untuk aku rakamkan untuk ingatan dan simpanan sejarah dalam hidup aku - tidak lebih dari itu....tidak ku sangka jua seperti mana yang aku catatkan....sekadar berkongsi kepada sesiapa saja yang bertandang ke sini...mana yang menjadi sampah buanglah saja - mana yang mungkin boleh dijadikan iktibar - jadi teladan , ambil lah - aku halalkan semuanya....andainya aku pergi dulu - aku halalkan semuanya...
Ketidak sempatan aku mencoretkan seperti biasa , ketidak sempatan aku menziarah rakan2 tidak lain dan tidak bukan kerana kesibukan aku dengan tugas2 rasmi di tempat aku bertugas...
maklumlah semua sudah sedia maklum , aku terlalu sibuk sebenarnya....tapi percayalah sesibuk mana sekalipun ...
rakan maya semua menghiburkan kekalutan kesibukan aku ini! Tiba ke rumah, aku rehatkan minda - seboleh2nya aku hadkan tugas rasmi aku di tempat aku bertugas saja. InsyaAllah jika kelapangan masa, aku menjenguk jua ke tempat kalian....
Akhir kalam , aku menyusun jari sepuluh memohon maaf daripada kalian kerana ketidak sempatan aku terutamanya untuk menziarah2 ke tempat kalian....namun untuk mengundur daripada dunia maya ini, aku tidak sampai masa lagi untuk berbuat demikian...oleh itu, andainya kita ditakdirkan bertemu di alam nyata , syukur alhamdulillah....
Wassalam.
Sonata anak Kancil
17 comments:
Salam sonata.
Buatlah mana yg terlarat. Tak perlu rasa bersalah kalau tak sempat blogging kerana banyak perkara lain yg kita perlu selesaikan dlm hidup kita seharian.
Nice knowing you and your family.
Salam kak SAK
Sekali sekala jangan lupa jenguk kami
kami tetap merindui akak
sedih plak rasanya apdet je la blog kak janji kita semua tahu kabar akak
sihat ke idak ker...plzz
Sedihnya..hehe
takpe..yang mana penting didahulukan..pencapaian diutamakan
hmm tugas n tanggungjawab lagi utama.. ada masa free, boleh lah buat benda sampingan mcm ni..
Salam kak,
Betul tu...kesibukan semakin mengejar kita...dan mungkin selepas ni saya akan menjejaki...
huh..ingatkan dapat kebun getah 8 ekar tadi!!!
tak pa... elok la siapkan kerja-kerja tu dulu. kerja-kerja tu dibayar gajinya.
berblog ni kena bayar pulak bil letriknya.
soobb...sobbb...sobbb sedih!!!
Ala kak... wat je part time blog ni. Ada masa akak update lah. Kalo tak sempat takpe....
salam sonata,
buat saspen jee...takpe la yg penting amanah dan tanggungjawab itu perlu diutamakan
Salam Kak Sonata,
Salam ziarah..
Dahulukan yang lebih UTAMA, jadikan ianya yang PERTAMA..
Berblog diwaktu senggang2 aje kak..kawan alam maya jua ada disini dan ukhwah fillah itu tetap utuh ;-)
dah berhenti ke? banyak komen dari kengkawan ni hehehe
Kawan2 kat sekolah pun hairan macamana ckLah boleh ada mas berblog, berfacebook......
Apa nak susah...semua di hujung jari. Kan sonata kan? Kerja? Ko-bisnes tetap di atas!
Psst: Mereka belum tahu nikmatnya sosial network ni!
aduhai, trsentuh hati membaca luahan hati seorg insan sealiran.....gitulh, masa sntiasa cemburukn kita ttp sbg manusia, kita prlu ada masa utk diri sndiri..Bg sy, hnya bloglh yg dpt merehatkn minda yg tgh brserabut....
Ok, kalu ada masa jgn lupa jengah2lh kekwn alam maya...
salam ! lama dah x singgah Melaka.
Apa pun saya nak ucap selamat tahun baru maaf zohie dan batin
errr.. bz mengadap nazir ke.... atau ko dah jadi nazir sekarang ni
Salam.. selamat bersara dari arena blogging..
rasanya komen ni pun dia tak baca dah...
tak ape lah...
salam sonata...
suspen btl mulanya..tak mengapalah jalankan tugas demi anak bangsa...
Takpa, kalau ada entry baru, saya akan jadi org pertama baca..haha..
Post a Comment