Ahad 13.9.2009
23 Ramadhan 1430
Hari-hari terus berlalu ...
Ramadhan akan sampai ke penghujungnya...
Syawal akan munculkan dirinya.
Aku terperangkap antara dua rasa - gembira atau sedih?
Di antara kesedihan meninggalkan Ramadhan dan
kemeriahan persiapan menyambut Syawal.
Sedih kerana Ramadhan yang akan pergi.
Gembira dengan Syawal yang bakal menjelma.
Layakkah aku gembira menyambut kedatangan Syawal?
Takbir bergema di mana-mana.
Takbir itu mengingatkan kepada kebesaran Allah.
Dia Yang Maha Besar. Takbir itu petanda kemenangan.
Kemenangan kembali kepada fitrah hasil mujahadah sepanjang Ramadhan.
Di kejauhan Ramadhan seiring dengan kehadiran Syawal,
ku titipkan dua air mata…
air mata kesedihan dan air mata kegembiraan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Dan padanya segala pujian… Aku bersyukur....
“ Ya Allah, terima kasih kerana mengizinkan aku
menempuh dua rasa ini - sedih dan gembira."
Ya Allah , panjangkan lagi usiaku agar dipertemukan
lagi Ramadhan tahun depan...!
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku Ya Allah....
23 Ramadhan 1430
Hari-hari terus berlalu ...
Ramadhan akan sampai ke penghujungnya...
Syawal akan munculkan dirinya.
Aku terperangkap antara dua rasa - gembira atau sedih?
Di antara kesedihan meninggalkan Ramadhan dan
kemeriahan persiapan menyambut Syawal.
Sedih kerana Ramadhan yang akan pergi.
Gembira dengan Syawal yang bakal menjelma.
Layakkah aku gembira menyambut kedatangan Syawal?
Takbir bergema di mana-mana.
Takbir itu mengingatkan kepada kebesaran Allah.
Dia Yang Maha Besar. Takbir itu petanda kemenangan.
Kemenangan kembali kepada fitrah hasil mujahadah sepanjang Ramadhan.
Di kejauhan Ramadhan seiring dengan kehadiran Syawal,
ku titipkan dua air mata…
air mata kesedihan dan air mata kegembiraan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Dan padanya segala pujian… Aku bersyukur....
“ Ya Allah, terima kasih kerana mengizinkan aku
menempuh dua rasa ini - sedih dan gembira."
Ya Allah , panjangkan lagi usiaku agar dipertemukan
lagi Ramadhan tahun depan...!
Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa ku Ya Allah....
****************************************************************************************
Minggu ini minggu terakhir persekolahan sebelum cuti raya selama 1 minggu....
Persiapan menyambut kedatangan Syawal , insyaAllah seadanya...
Baju baru untuk aku , hubby & anak2 semuanya telah disiapkan
sebelum kehadiran Ramadhan bertemakan warna kemerahan....
Begitu juga dengan persiapan dalaman - semuanya telah tersedia....
Tunggu hari aje! hanya nak final touch-up yang sikit2 saje...
Bekas2 kuih - pinggan/piring - semuanya tunggu untuk dikeluarkan &
diaturkan atas meja. Jika ikutkan aku nak letak siap2 kuih dalam bekas2 kuih ni!!! Ada kuih beli & ada yang insyaAllah akan dibuat 1/2 hari ni....
Juadah hari raya pertama pun telah diputuskan - 100 biji ketupat - ordered ,
rendang + sambal kacang + serunding daging + ikan &&&
nasi kebuli / daging + ayam masak merah + dalca & daging + acar.
KHAS UNTUK SEMUA YANG MENGUNJUNGI
ASAM GARAM KEHIDUPAN
diucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
ASAM GARAM KEHIDUPAN
diucapkan
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
31 comments:
nieh posting terakhir sblm raya ke SAK? lawanya baju raya...teringat kepada blog sendiri bila nampak bunga2 purple itu:)
good posting!:)
Salam Kak..
LOL suka merah.
Mesti meriah raya...
Selamat Hari Raya..
Selamat Hari Raya.
MAAF AHIR DAN BATIN.
Kak Sonata Musim Salju... hahhaha
Selamat Hari Raya kak....
Wah, ngalah bebudak dah ko ni.. tak sabau nak raya dah tu.
SElamat hari raya..
Nak duit raya..
wah, mcm dh xsbr nk raya ni..
Ha, gitu le kalu jd ibukn...
Em, sy tiap kali raya blk kg dulu dlm 1 week so kami adik bradik tmpah mknan. Minggu ke 2 br cbuk kt umah sndiri.
SLMAT MENYAMBUT HARI RAYA...MAAF KALU ADA TRSLH UCAP...
selamat hari raya juga yer sonata..
sile la amek kad raya kat blog saya kalau sudi..
Salam Kak...
Wahh... seronoknya dengar persiapan akk. Penuh tertib and sopan . hehehe
Apapun..saya ucapkan Selamat menyambut Aidilfitri .
Raya balik kluang ke ?
assalammualaikum
semoga selamat menyambut syawal dan sterusnya...
Selamat Hari Raya Maaf zahir & batin diucapkan kepada SAK & family
Cheryna : mungkin agaknya....sebab dalam keadaan monolog diri! Jika tidak sibuk, ade la utk seterusnya....
Thanks!
LotosLove - Pearls : TK - senang2 mai raya ke Melaka...
CkLah : Selamat Hari Raya - maaf zahir & batin
Webmaster : Sonata tak bermusim ....Selamat hari raya - maaf zahir & batin
OneZ : aku bukan tak sabau nak raya - aku tak sabau nak sambung puasa lagi - dapat aku puasa setahun!!!cepatlah Syawal.....
( teringat lak cite P.Ramle)....
Naman : Selamat hari raya - maaf zahir & batin....nak duit raya ? mintaklah pada yang ada, tagih pada yang kasih...(k'jaan)!!!
nza : Selamat hari raya - maaf zahir & batin . Semoga nza selamat perjalanan pergi & balik ke kampung halaman....
Noor Afzan : Selamat hari raya - maaf zahir & batin . Akak dah ambik - tengoklah dah gantung kat dinding rumah....habis raya simpan dalam album!
Linda : Selamat hari raya - maaf zahir & batin ...Akak memang get ready awal2...senang, tak sibuk2 minggu terakhir ni...jadi akak relax je...
InsyaAllah akan balik ke Kluang - raya sini dulu...
KL Citizen : W'salam. Selamat hari raya - maaf zahir & batin
daydeck86 : Selamat hari raya juga untuk daydeck - maaf zahir & batin.
nasi kebuli tu camna rupe nya ya..
Sedih...pilu...bila baca monolog Sonata. Kita mohon Allah ampunkan segala dosa. Hambamu tak sanggup ...
Yang utamanya kita muhasabah diri.Moga Allah izinkan pertemuan pada Ramahdan 1431 Hijrah. Ameen.
Selamat Menyambut Syawal buat Kak Sonata & keluarga.
Maaf zahir batin.
budak2 main mercun,
main mercun malam raya.
mintak maap mintak ampun,
kalau ada tersilap bahasa..
ngeh ngeh ngeh..
Sedih kan bila mengingatkan Ramadhan akan pergi...dan kita pun tidak pasti sama ada Ramadhan akan datang ada untuk kita, apapun kehidupan perlu diteruskan...renung2kan dan selamat beramal...Slmt Hari Raya...maaf zahir & batin...
salam
selamat hari raya,tak salah bergembira kak..
salam aidilfitri buat mu jua
Ummi umaira : nasi kebuli lebih kurang masak mcam nasi minyak jugak - tumis dengan myk masak je...ada rempah ketumbar bungkus+alba+jintan kasar ...
selamat hari raya -maaf zahir & batin
nur eye : gitu lah hendaknya - semoga kita dipertemukan lagi tahun depan...
Bapak : selamat hari raya -maaf zahir & batin untuk Bapak sekeluarga - tentunya tahun ini lagi meriah dengan kehadiran ahli baru!
banyak beli baju anak? banyak la dapat duit raya tu....rezeki anak...
Che Pit :
jangan asyik main mercun
nanti putus jari jemari
mintak maaf minta ampun
selamat hari raya adil-fitri
Dun Behrang : semoga kita dipertemukan lagi Ramadhan tahun depan,insyaAllah...sedih kan!
selamat hari raya -maaf zahir & batin
untuk Dun Behrang sekeluarga
Cikgu Mas : hari raya untuk kita bergembira! mai raya rumah sonata ni...dekat je dari kg cikgu mas...
sayang hasni : selamat hari raya -maaf zahir & batin, buat sayanghasni sekeluarga juga...
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
*Tiada kesalahan yang sengaja dilakukan dan tiada kesalahan yang tak dapat di maafkan.
KulnaLadyInRed : selamat hari raya juga buat mu...maaf zahir & batin
;) :) :)
selamat hari raya
Mknace : selamat hari raya - maaf zahir & batin untuk Mknace sekeluarga...
Post a Comment