CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, September 20, 2009

Kad Raya # Kad SMS # Kad Maya


SELAMAT HARI RAYA

1 minggu sebelum hari raya adalah juga aku terima kad raya secara langsung dari staf & juga pihak luar. Dik kerana bahang teknologi terkini - kad2 raya yang diterima dah tak semeriah dulu2 lagi...Dulu2 sejak sekolah - dah mula kenal kad raya ni - bukan main seronok jika dapat kad raya....banyak ke tidak....siap balas membalas lagi.

Kali ni aku dah tak gantung2 lagi kad2 ni kat bilik aku...sebab bilik aku ni tak lama lagi nak direnovate...sia2 aku gantung2 , lepas tu sibuk pulak aku nak tanggalkan ....jadi tak payah le...


Antara kad yang aku terima - kad ini adalah kad yang buat aku teruja terima ! Ingatkan sape yang hantar....huhuhu....my beloved hubby....dia pos ke sekolah! aku suspen bila kerani beri pada aku....nak bukak pun suspen....bait demi bait, susunan kata aku baca ....menusuk & sangat syahdu aku membacanya...nak luahkan dengan kata2 - tak terucap seperti yang tercetak....bila dia hantar , tahu lah aku luahan kata hatinya terhadap diri ini....aku amat menghargai nya....terima kasih abang!

Dengan senyap2 aku pun membalasnya dengan kad - payah jugak aku nak memilih kad yang banyak dijual - dapatlah juga yang bersesuaian & aku pos jugak ke pejabatnya!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kad SMS banyak jugak aku terima - sehingga malam ni, masih ada lagi yang aku belum membalasnya....mana2 yang aku dah balas- semuanya dah dideletekan....Jadi, apa bukti yang rakan2 hantar ucap selamat hari rayani???nak simpan dalam memori? tak tersimpan banyak2 kan....nak tak nak delete lah juga....jadi, habis begitu saja....sari dua ni, ingatlah sape yang hantar - lepas tu? hilang begitu saja....

Aku letakkan SMS yang berbeza dari biasa ...Ni semua SMS standard , hantar kat seseorang lepas tu forward kepada yang lain...Yang lain - SMS kira biasa diucapkan - seperti Wish you happy hari raya , selamat hari raya - maaf zahir & batin dan sebagainya....

Yang aku tulis ni, yang lain dari lain...seingat aku tahun lepas tak ada, tahun ni baru terima.

1
Biar rambut segelap ALMOND LONDON
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT
Biar iman sekental DODOL
Jangan senipis REMPEYEK
Biar jiwa selembut BAULU
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA...
Senyumlah semanis WAJIK
agar lambaran yang mulia disambut lebih bermakna...
Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin

2
Menadah tangan tanda KESYUKURAN,
RAMADHAN berakhir SYAWAL dinantikan,
SALAM dihulur pohon KEMAAFAN,
tulus dan ikhlas sesuci lebaran.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN


3
Kalau dilipek sebosar kuku
Kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicari
Kok hanyut dipinteh
Kok tonggolam disolam
Datang biarlah nampak muka
Kok poie biarlah nampak belakang
Jauh diimbau, doket digamit
Seuntai salam
Sejambak kata
Doghup bicaro
Menghisik raso
Yang mudo disayangi
Yang tuo dihormati
Salam 1Malaysia
Salam AidilFitri

4
Jika langkah membekas lara
Jika kata merangkai dusta
Jika jelingan jadi bisa
Jika tingkah menoreh luka
Jika suara menikam rasa
Ampun maaf dipinta
Hapuskan dosa tanpa dikira
Tiada prejudis wasangka
SELAMAT AIDILFITRI

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam pada ni, kad rakan maya pun dapat - macam2 jenis kad dapat - yang ini khas daripada rakan maya...Kad ini, istimewanya kena ambik sendiri - tak ade lah posmen tukang hantar ( tak lama lagi, posmen dah kurang kerja menjurus kepada pemberhentian kerja sebagai posmen ).

Kad jenis ni tak tahu berapa banyak yang dapat, termaktub kepada pemberitahuan oleh rakan2 maya mintak ambik kat "rumah"masing2....Kalau tak diberitahu, tak dapatlah kad ini....Kadang2 sambil2 lalu ke rumah rakan maya - tengok2 ada kad....kadang2 terserempak, dapatlah kad ini...

Jenis ni, sebenarnya ( agaknya la ) kalau rajin berjalan2 - tak tersenarai kad rakan maya ni.....Tapi aku mintak berbanyak maaflah kepada rakan maya yang hantar kad - sebab aku tak sempat nak ambik....tak cukup masa nak meronda di bulan puasa lepas...Mana yang sempat aku ambik aku ambiklah dan gantung kat rumah aku ni... Sekiranya ada rakan2 maya yang hantar kad kat aku, tapi aku tak ambik, usah lah berkecil hati....bukan aku tak sudi tapi aku kesuntukan masa....Namun begitu, aku amat menghargai ingatan rakan maya sekelian....

SELAMAT HARI RAYA

18 comments:

Unknown said...

waaa.... banyak dpt kat raya ni... boleh la gantung kat dinding... kalau dak pun... gantung kat ranting kayu yg dipacak kat pasu.... sonok nii

mknace unlimited said...

;) :) :)
tahun ni memang kad sms lagi banyak dari kad raya, nak buat camner kan...
selamat hariraya

IMANSHAH said...

eh kak sibuk2 beraya pun sempat juga memblog ya..selamat hari raya ye!!

cheryna zamrinor said...

Kalau dilipek sebosar kuku
Kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicari
Kok hanyut dipinteh
Kok tonggolam disolam
Datang biarlah nampak muka
Kok poie biarlah nampak belakang
Jauh diimbau, doket digamit
Seuntai salam
Sejambak kata
Doghup bicaro
Menghisik raso
Yang mudo disayangi
Yang tuo dihormati
Salam 1Malaysia
Salam AidilFitri


---> sukanya yang ini...SAK, sha amik buat sms sendiri and anta kad kawan2 org nogori...boleh ye?:)

romantik plak bace kisah anda dan hubby:)

Unknown said...

meriah


meriah


meriahnya kad raya...

Yunus Badawi said...

Loving and caringlah Pak Sheikh ni. Bravo! Bravo!

Mmg terharu dan syahdu bila dapat kad dari pasangan tanpa kita tanpa kita sangka.

sonata anak kancil said...

Shifu67 : dulu2 ada gak buat macam tu...la ni,dah baca letak dalam bakul - gift basket...hah susun dalam bakul dan letak mana2 yang sesuai....

sonata anak kancil said...

Mknace : orang dah hantar tu ,layannnnn .....balas aje le

sonata anak kancil said...

Imanshah : raya pertama,tak jalan ke mana2 pun - "acara rasmi" lepas sembahyang raya (beraya sekeluarga ) - menunggu kedatangan tetamu - dah tengahari berehat aje....

sonata anak kancil said...

Cheryna : kalau tau nombor Cheryna - boleh akak hantar! tak pe-tak pe kira akak hantar kat Cheryna - sila amik...( maaf akak kurang faham bahasanya - kot boleh terjemahkan....)

Hubby akak dia suka buat susprise - langsung akak tak tau pun! padahal serumah/sebilik tu....he3x ( hingga hari ni...alhamdullilah macamni lah )

sonata anak kancil said...

Mrs Fiza : suka bila dapat kad....lepas tu balas ....kalau non-muslim - balas masa raya depa...so kad kena simpan...

sonata anak kancil said...

YB : Pak Sheikh, cara dia macam ni lah....selalu gak buat suprise....Dulu2 setiap kelahiran dapat hadiah sampai ke 5 - YB kena buat ni kat Mak Adam ....!
( ntah2 dah buat kot - takkan nak habaq kat orang kan!)

SAHAR MISRON said...

sekarang sambut raya tak pakai kad lagi, tahun ni saya terima tak lebih sepuluh kad sahaja, itupun daripada murid, yang lain pakai blog dan sms sahaja

Relevan said...

Salam AGK..
Apa jua pun Kad Raya ada sentimental value..

Kad SMS tak boleh dipegang2..

Kad Maya cuma boleh diprint sahaja..

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : kita yang dah veteran ni , dah terikut2 jugak cara orang sekarang beri ucapan hari raya....
( tak berapa best! he3x....dapat kad lagi seronok kan...)

sonata anak kancil said...

Releven : cuba banding,mana yang best? sms hilang gitu saje, kad maya dipandang2 aje....kad yang dihantar cara post - dapat mempraktikkan tulisan tangan...& bukti - skg kan seme nak ada hitam putih!!! he3x

ONE ZABA said...

kalau dapat kad bank daripada pasangan lagi le syioknyaaaa....

sonata anak kancil said...

>>>> OneZ : kad bank buat ape kalau tak de duit....dapat cash depan mata lagi best! ( mata duitan...he3x)