CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Tuesday, February 22, 2011

Markisa @ Buah Susu



Buat pertama kalinya dalam hidup aku - hari ini aku makan buah markisa @ buah susu yang masak ranum.
Staf aku ada tanam kat kawasan belakang sekolah - dulu2 tempat itu dijadikan untuk matapelajaran Sains Pertanian - tapi  katanya lama dah dimansuhkan...tinggallah padang jarak padang terkukur...tak lah luas mana pun...cukuplah kalau nak menanam lada kecil sebaris - sawi sebaris - terung  ke - ntah  apa2 lagilah herba2 yang boleh dicampak2 atas tanah keras tu....staf aku ni rajin...pertama kali aku tengok pokok markisa ni....dah banyak jugak buahnya....akhirnya semalam dia letaknya atas meja....maka jakun lah aku kerana seumur hidup aku  - baru ni nak rasa fresh markisa....katanya ada dijual....aku letaklah sikit info buah markisa dengan bantuan mamat/minah google ni....


Kalau aku tahu banyak khasiat buah markisa ni...
lama dah aku beli dan makan ! 



 tinggal kulit ...habis aku korek makan....nyummmyyy....manis masam gitu 


Buah markisa yang belum masak dalam kawasan kebun sekolah

Markisa
          Markisa ataupun nama saintifiknya  Passiflora edulis merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dalam famili passifloraceae. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
         Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an.
       Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar,
perasa ataupaun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niacin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.

Antara khasiat buah markisa: 
1. Memulihkan kanser
2. Mengatasi insomnia
3. Mengatasi batuk
4. Anti alergi
5. Menenangkan anak hiperaktif
6. Melancarkan perjalanan haid
7. Menjaga kecantikan wajah
8. Menurunkan kolesterol
9. Memperlebar saluran pembuluh darah yang mengalami penyempitan
10. Melancarkan peredaran darah
11. Anti peradangan
12. Penurun panas badan
13. Mencegah hipertensi
14. Antiseptik
15. Penghilang kerut pada wajah
16. Menjaga kebugaran tubuh
17. Antibodi

30 comments:

IMANSHAH said...

selalu sebut dalam pantun je..hari ini baru kenal..huhu

cikgu isza said...

selalu minum airnya jer..

مسافر_اسلام said...

Assalammualaikom wtb cikgu. Beli banyak ke? Kalau ada lagi boleh pos sikit disini. Sebab tak pernah rasa. Airnya selalu jua minum.

Lady Lavender said...

alamak akak..first time dengar nama & tengok buah ni..TQ for sharing. Nanti nak google lah psl buah ni :-)

daydeck86 said...

markisa sedap nyer
selalu kalau balik ke Bangkinang, Indonesia baru leh dapat makan buah markisa ni

Kak Nora said...

Markisa, in Eng...Passion fruit. Macam nama perempuan dari jawa aje kan? Isinya macam bentuk berudu. tapi banyak khasiatnya ye?

NzA said...

xpernah rasa ttp jusnya slalu minum la..mesti sedapkan....

::FAIZ FARISH:: said...

tak penah makan lagi buah ni

Zaitun said...

Dulu pembantu rumah kak Zai selalu bawa balik buah markisa ni dari indon,Sedap dan manis rasanya.

hazeleyed lady said...

1060?
...kalau macam tu kak Hazel dah makan buah ni zaman dia baru datang ke Malaysia ek. Masa tu kak hazel sekolah rendah lagi...arwah datuk yang tanam...memang sedap masam manis!
P/s sudi je kan kan kan?

azmnor said...

Saya dah makan buah ni sejak sekolah rendah lagi.....dulu ada pokok ni kat rumah abah kat kg... sekali berbuah punya laa banyak tak terkira.... memang rasanya masam manis....
tak tau pulak byk khasiatnya ..yg pasti kaya dengan vitamin C..

SMK LAJAU, W.P Labuan said...

Sedap kan buah markisa cg?

faraulah said...

Kat kampung saya dulu-dulu banyak sangat...

kalau letak gula den sedikit cuka kacau dengan buah susu...sedap...
*drooling

nba-Nur said...

Salam. Kak Sonata, Nur pun tak pernah cuba lagi makan buat ni. Nampak sangat sedap...

sonata anak kancil said...

Imanshah: cuba cari kat mana...kat supermarket ade kot

sonata anak kancil said...

Cikgu Isza : sama lah kita...tapi jarang gak beli

sonata anak kancil said...

MI : w'salam - bukan beli lah...staf bagi 2 biji aje ! cuba cari kat mall @ supermarket

sonata anak kancil said...

Lady L : akak ni pernah dengar - tapi tak pernah makan yang fresh macam ni...tu yang jakun !

sonata anak kancil said...

Daydeck : ohhh best nya!

sonata anak kancil said...

kak Nora: betul tu...banyak khasiat - baik gi cari kak...beritahu sy kat mana kak beli

sonata anak kancil said...

Nza : cuba cari kat mana ada orang jual...payah nak jumpa kot

sonata anak kancil said...

Faiz : gi beli....cuba rasa

sonata anak kancil said...

Zaitun :ohhh kak dah biasa - okey lah tu....kita ni yang jakun...keh3x...sedap jugak kan!

sonata anak kancil said...

Hazeleyed L : tentu dapat makan banyak kan ! datuk tanam lagi best....untung cucu dia ni

sonata anak kancil said...

Azmnor : teruskan memakan buah ini ! promote - promote ni...

kakpah said...

salam. lama tak mrempit ke sini. sihat?
banyaknya khasiat.. tapi kita tak suka makan..Rugi kan..

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar : okey lah sedap gak....masam2 maanis...

sonata anak kancil said...

Faraulah : ohhh yer ke..tentu sangat best kutip buah yang masak kan!

sonata anak kancil said...

Nba - Nur : cuba cari kat mana ade jual....cuba lah

sonata anak kancil said...

Kak Pah : w'salam....baik makan kak...!