CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, February 9, 2011

terima kasih

Assalamulaikum & very good evening.

Saya mengambil kesempatan di ruang masa yang sangat terbatas untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada  kalian para rakan maya @ bloggers yang sudi membaca catatan dan sentiasa mendoakan kejayaan anak2 saya dalam melanjutkan pelajaran.

Saya amat terharu atas ucapan kalian - yang telah kenal secara realiti mahupun yang telah sangat mesra di alam maya.Dengan rasa rendah hati saya sekeluarga amat berterima kasih & sentiasa mengucap syukur kehadrat Illahi dengan rezeki yang telah dikurniakan kepada keluarga saya.

Ada kalangan rakan yang bertanyakan apakah rahsia / bagaimana saya beroleh anak2 yang sehingga kini boleh dibanggakan dengan kejayaan mereka. Saya rasa malu untuk memberitahu kerana saya tidaklah sehebat mana - ramai lagi yang terdahulu dan yang lain masih hebat2 lagi...Saya hanyalah seorang guru biasa - yang mendidik anak2 orang lain - tetapi anak2 saya pula telah dididik oleh guru2 lain. Saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada guru2 kepada anak2 saya yang telah bertungkus lumus mendidik anak2 saya sehingga ketahap yang boleh dibanggakan.Hanya Allah swt jua yang akan membalasnya.

Saya mendoakan anak2 @ adik2 kalian  sentiasa beroleh kejayaan yang cemerlang juga.

Wasalam

23 comments:

IMANSHAH said...

sama2 kak

mendidik anak orang dengan penuh ikhlas, dedikasi dan kesabaran, moga2 suatu hari nanti anak2 kita juga akan diberikan lorong yang senang..

Miecyber said...

Kerjaya guru satu kerja yang mulia...


Apa itu Skim Cepat Kaya ?

مسافر_اسلام said...

Salam cikgu.
Allhamdullah semoga segala kejayaan itu memberikan semangat dan dorongan kepada semua pembaca. Kita saling doa mendoakan agar semua antara kita berjaya didunia dan akhirat. InsyaAllah

JazakAllah

rezeki said...

salam cikgu

alhamdulillah

insyallah, berjaya dunia dan akhirat

al-lavendari said...

semoga kejayaaan dan kebahagiaan akan berterusan !

sally said...

Salam,
sama-sama..u are welcome. :)

Moga tugas kita sbg guru terus memperolehi keberkatan Allah s.w.t dgn mengurniakan kejayaan n rezeki kpd keluaraga kita semua..

Alimaz-Kembara Terasing said...

selamat pagi cikgu...... teringat cikgu2 sekolah dulu....

♥ manje ♥ said...

assalamualaikum

tumpang bangga dengan akak... (^_^) ~

ckLah@xiiinam said...

InsyaAllah...keikhlasan kita mendidik anak orang, akan dikembalikan kebaikannya kepada anak-anak kita pula.


Syabas kak Sonata.

Nida said...

As-salam kak..

Saya di MRSM Jasin lama dah.. tahun 1994-95. Masa tu Encik Asyrokin jadi pengetua :).

Semoga anak akak selamat sampai di Auckland, bila tarikh dijangka sampai? Kalau sempat boleh juga tidur rumah kami dulu, tapi 16 Feb - 22 Feb ni kami sekeluarga ke South Island (Queenstowns dan Chrischurch).

Kalau ada perlukan pertolongan jangan malu untuk call kami, Insya Allah kami akan membantu setakat yang termampu :)

4768249 (landline)
02102979641(mobile phone-Hanafiah)

sonata anak kancil said...

Imanshah: insyaAllah...Allah maha mengetahui

sonata anak kancil said...

Miecyber: semua kerje mulia - kena tatacaranya & ikut prosedur

sonata anak kancil said...

Musafir Islam : w'salam - terima kasih

sonata anak kancil said...

Rezeki :terima kasih

sonata anak kancil said...

Al-lavendari: terima kasih - insyaAllah - amin

sonata anak kancil said...

Alimaz : ingatlah guru kamu!

sonata anak kancil said...

Sally : inilah yang diharapkan - semoga kita sama2 menjalankan tugas dengan komited

sonata anak kancil said...

Sally : inilah yang diharapkan - semoga kita sama2 menjalankan tugas dengan komited

sonata anak kancil said...

Manje :sangat suka - terima kasih

sonata anak kancil said...

CkLah : terima kasih - tahniah kepda CkLah juga

sonata anak kancil said...

Nida : salam...saya sudah beritahu tentang Cikgu Nida...& nombor phone pun dah catat & beri kepadanya...terima kasih banyak2...InsyaAllah kami pun akan ke sana - tapi tak tahu lah bila...sebab tak ada cuti...cuti yang sedia semua dah fully booked! hanya bulan cuti Disember masih kosong - kalau pergi insyaAllah akan contact Nida ...

Sham said...

moga anak2 saya juga berjaya macam anak2 cikgu sonata... :)

sonata anak kancil said...

Sham : begitu lah yang diharapkan...insyaAllah boleh tu & selaku ibubapa sentiasa berdoa kejayaan anak2 ni