CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, February 6, 2011

Lepakkkkkk..........

Nak kata lepak sangat lepas buat kenduri ni...tak lah terok sangat...tapi biasalah kan - lepas selesai majlis - kenalah kemas2 terutamanya segala mak nenek pinggan mangkok...dah keluar semua dari kabinet - kena masuk semula...gitu lah - takkan nak biarkan begitu saja...sekali penat - penat terus! Hari ni & semalam semua kerusi meja & khemah telah selesai diruntuhkan semula..periok2 besar telah pun diambil semula oleh penyewanya...selesai...

Tapi masih ada yang belum selesai - anak2 membeli segala mende yang belum ada....nak itu nak ini...macam2! Selagi tak berangkat - selagi tak terbang..ada aje yang belum settle.
Pulak tu hari ni bila keluar pergi ke Jusco - mak datok - punyalah jem! katanya dari tol Ayer Keroh dah mula jem...Sebelum ke Jusco hantar barang ke Bintang Printing dulu pun mengambil masa hampir 45 minit - padahal kalau biasanya 10 minit dah sampai !Tengahari tadi pergi ke rumah orang kawen kat Durian Daun pun jem - lepas tu terus ke Taman Bukit Rambai juga jem - tapi kurang sikit....kebanyakannya orang luar Melaka ...bercuti gamaknya...ni yang aku malas bebeno nak keluar  kalau time cuti2 ni!

Balik dari Jusco sebab perjalanan dah jem dekat 6.30 petang baru tiba rumah. Tengok2 sedara datang..nak wat macamana kan...bukan tak mau balik cepat2 ...dah balik cepat2...lambat juga sampai rumah...biasanya dalam 20 minit dah sampai !

Lepas magrib keluar lagi ke Jusco - ada lagi yang tak settle - sampai kelaparan ! apa lagi jam 11.30 malam just drive-tru aje le kat McD...Lepakkkkk..............sampai malam ni....baiklah aku buat N3 kisah lepak ni...
he3x............................selamat malam .....

9 comments:

Lovely Bella said...

cuti² tak larat nak keluar.. duk umah relax lagi best.. hohohoh

IMANSHAH said...

saya pun lepak, mula2 nak ke mekdi, tapi termasuk restoren..tunggu punya lama..then g gerbang malam terjumpa izaidah khairan ngan meor hashim manap

sonata anak kancil said...

Lovely Bella: biasanya gitu la...orang tempatan macam saya ni melepak kat rumah aje time cuti ni...kasi can orang @ pelancong datang melawat Melaka

sonata anak kancil said...

Imanshah : hahahha...kita orang mulanya nak makan kat foodcourt je...dah lewat terus lah ke McD

Mknace said...

:) :) :)
lepak selagi boleh..
esok dah mula kerja balik dah
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

sonata anak kancil said...

mknace : esok CRK - hantar anak ke MRSM..he3x

- jinggo - said...

salam kabare cikgu
lama tak mengunjungi blog ni....
sibuk dengan aturan masa...

tapi semua dah ok..
nak lepak2 kita hari ini.

suaramajlis said...

link http://suaramajlis.blogspot.com tq

Zaitun said...

Kak Zai pun hanya lepak kat rumah aje menunggu rumah yang belum siap.