Buat pertama kalinya dalam hidup aku - hari ini aku makan buah markisa @ buah susu yang masak ranum.
Staf aku ada tanam kat kawasan belakang sekolah - dulu2 tempat itu dijadikan untuk matapelajaran Sains Pertanian - tapi katanya lama dah dimansuhkan...tinggallah padang jarak padang terkukur...tak lah luas mana pun...cukuplah kalau nak menanam lada kecil sebaris - sawi sebaris - terung ke - ntah apa2 lagilah herba2 yang boleh dicampak2 atas tanah keras tu....staf aku ni rajin...pertama kali aku tengok pokok markisa ni....dah banyak jugak buahnya....akhirnya semalam dia letaknya atas meja....maka jakun lah aku kerana seumur hidup aku - baru ni nak rasa fresh markisa....katanya ada dijual....aku letaklah sikit info buah markisa dengan bantuan mamat/minah google ni....
Kalau aku tahu banyak khasiat buah markisa ni...
lama dah aku beli dan makan !
Markisa ataupun nama saintifiknya Passiflora edulis merupakan sejenis tanaman dari genus Passiflora dalam famili passifloraceae. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an.
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar,
perasa ataupaun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niacin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan.





