Ubi rebus cicah sambal tumis? Huh sedapnya!
Petang tadi mesyuarat 3K.
Sebelum tu, ada program pengawas dalam Bilik Gerakan. Aku dijemput untuk menyampaikan cenderamata jam 2.30 petang. Habis majlis, aku pun keluar.
Bila aku keluar je bilik , nampak staf kantin berdedai bawak air teh, 2 pinggan kek, 2 pinggan ubi kayu rebus dan sambal tumis.
Eh? Untuk sape ni? Untuk cikgu2 yang nak mesyuarat jam 3 orang kantin tu beritahu. Sape pulak yang order ni? Kan saya nak mesyuarat dengan pentadbir lain...Tak ada la pulak nak order2 minuman ni...
Aku pun terus ke kantin, tanya dengan bos kantin, sape yang order. Oh, rupanya bos kantin ni yang beri jamuan minum petang. Ada ubi yang diberi oleh staf sekolah ni jugak, so dok pakat rebus, dah lebih dan nak kata banyak tu tak adalah...dibawaknya ke Bilik Gerakan untuk minum petang.
Makan la semua sebelum mesyuarat, semua dok kata, sedap - sedap , lama tak makan....rindu benor pulak da...
Oiii sedapnya, lama tak tak makan ubi rebus cicah dengan sambal tumis...Habis you...Sekarang ni nak cari ubi semuanya kat pasar aje la... Berapa sekilo tak tahu lah sebab aku ni lama dah tak gi pasar!
Bertahun ade le tak makan ubi rebus ni, zaman anak2 dulu, semuanya makan!!! La ni, anak2 pun tak tahu makan...kalau kerepek ubi tu ade le...Tu memang selalu makan...
Tengoklah kot cuti2 minggu depan , try gi pasar besar cari ubi dan rebus ( kalau ada, entah2 ubi pun semua dah melawas )...makan ngan ikan masin pun sedap!
Hoya Pro1 UV Filter
2 hours ago
12 comments:
itu la kita...mewah ngan makanan. semuanya boleh dikunyah. batu, besi, paku , taik itik...macam2 lagi la. kalau tak bersyukur jugak tak tau le.
selamat makan limau. kat umah ada 2 kotak tu. meh la join
Ubi rebus ni cicah sambal belacan memang sedap...kena lak ngan kopi O panas...fuhhhh!!!Time tu lak hari ujan...cayooooo lah cakap den ni hah!
...saya tak tahu cgu orang mana.tapi kami kat perak itu makanan yg kita paling nostalgia....terutamanya kalau makan di JAMBO...bahasa perak..kadang2 makan dengan ikan masih...
hari ini anak2 kita kenal lagi ke ubi rebus...
sedap tu makan ubi rebus tu lama dah tak makan...
situsanasini
oneZ: Betul tu, kita ni memang mewah ngan makanan! macam2, tak cukup yang melayu, dalam negara/luar negara semua boleh makan--- mee jawa/mee bandung/mee mamak /mee singapore/nasi goreng cina/tomyam siam macam2 la lagi...tak tersenarai...haa sakit pun macam2 le...selagi boleh makan!!!
Bertuah ko oneZ! selamat makan limau juga, saya ada 1 + 1/2 kotak. Nanti 'rakyat' jelata balik habis le tu...tak habis juga? bawak balik asrama...
Jinggo: ubi rebus ni -- global la...Dari Perlis sampai ke Sabah, ubi memang ada ...Kalau baya2 kita, makan punya la...Tak tahu la, kot ada juga yang tak reti makan...
Dun A. Rani - MEMANG SEDAP ! Hari hujan - ko hidang la apa aje----boleh habis!!!
Ni kira moden sikit : kuih baulu (kampung style - oven2 moden ni tak berapa best ) + air kopi ~~~fuuuyoooo!!!
Situsanasini: I cadangkan you gi pasar, beli beberapa kilo ( kalau 3 kilo pun sikit - ubi KAYU kan berat), try rebus! Tak toleh kiri kanan gamaknya...he he he...
dok bandar nak mkn ubi kena g pasar..klu kat kampung bawak cangkut,parang dah leh dapat ubi..he3 lagi sedap...teringat lak ubi kat belakang umah tu..hehe..tunggu aku akn cabut ko...ha3
ujie:wow bestnya, ada kebun sendiri lagi lah seronok...
dulu memang le asal orang kampung, tapi kampung dah tinggal kampung, nak wat camana...seme main beralih ke bandar...
sedapnyer..
uwaaaaaaaaa..
nak balek kampong..
lotoflove: memang sedap!
Post a Comment