Inilah kisah anak aku yang sekarang ni, dah tidur ke, atau masih ada program sekolah, tak pasti...Yang penting, mudahan dengan 'penghijrahan' ke sekolah baru ni, dia boleh belajar dengan lebih cemerlang lagi...Ini lah harapan biasa seorang ibu / bapa untuk anaknya....
Ini kisah dia yang selalu lupa. Kita kongsi sama. Apa you all buat kalau anak2 ( ni ramai yang anak dah sekolah kan...) ni lupa?
Kat rumah ni, selalu lah lupa. Pueh cakap...
1. Pagi nak hantar ke asrama jam 8 lebih , semua barang dah siap...Rasanya semua lengkap..
Aku ngan hubby pun, terus lah nak keluar. Aku punya fiil pulak, jadi tukang cek. Biasa gitulah.
Belum jauh keluar dari simpang rumah, aku pun tanya, semua dah ada? Dah dia jawab...beg sekolah dah ada ye...Alamak, beg tertinggal...Dah, mana aku tak meradang...Apa lagi, pok pek, pok pek la....Patah balik, ambik beg sekolah yang tercicir...
2. Sebelah petang, aku kena hantar semula, sebab nak buat pembayaran, pagi2 untuk F1, tak mahu ganggu lah sistem depa tu...Petang hubby tak ikut, so Mohd ikut nak tengok sekolah baru dia.
Sambil drive tu, aku sentiasa mengingatkan tentang belajar2 ni la...Ok, semua mesti cukup, akademik, sahsiah diri mesti bagus, jaga nama /maruah ibu bapa, koku pun mesti masuk...teruskan pengakap... ( Ni dah nak sampai kat simpang sekolah dia ). Molek ada, dia pun cakap...alamak, buku koku / kad koku tertinggal dalam fail...Satu fail dia tinggal atas kerusi...So apa lagi? Aku pun sambung, pok pek pok pek lagi...Lupa lagi...Apa nak jadi macam ni???
Dah esok aje (5/1), aku kena kirim dengan staf aku...Tak kan nak patah balik lagi...
3. Hari ni dah mula sekolah la...Harap2 dia ok dengan situasi baru.
Aku jumpa staf aku yang mem dia jadi warden...Ok, bagus kak, solat magrib semalam dia duduk sebelah saya. ( Staf aku ni, cikgu dia semasa di sekolah aku ni~~~so, memang kenal benar lah )...
Tapi kak, dia sorang tak ada songkok! Staf aku tanya dia, tak bawak songkok ye??Dia kata, ala ustaz lupa.....Aduhai anak - anak, lupa memanjang....
Jadi esok 6/1 aku akan kirim songkok pulak dengan ustaz aku ni...Hari ni kirim fail semalam....
Tapi satu je dia tak pernah lupa....Breakfast makan apa? Lunch lauk apa? Petang nak minum apa? Begitu lah seterusnya sampai malam, selagi belum tidur, selagi ada apa yang boleh dimakan, dia akan teruslah nak makan /mengunyah....
Hoya Pro1 UV Filter
2 hours ago
11 comments:
Kerana lupalah kita sering beringat ... paling kurangpun orang lain tolong ingatkan.
Anak sotana tu kalau dok atas gunung ni...wahhh, mau jadi belon. Sini lagi la, sejuk, lapa saja.
kunjungan balas, terima kasih sudi singgah kat blog saya, tak. saya bukan cikgu, hehehe :)
Seronok kan jadi mak pak bebudak...leh pok pek2, walaupun kekadang tu rasa cam panas je kepala...tp bila renung kembali...ni sebabnye mak pak kita dulu pok pek2 kat kita...hehehe!
ragam anak2...kita ni bila la lagi nak ada anak..he3
aduh..
kronik btul mslh lupa fahd ni..
OneZ:Kalau boleh anak2 ni, jangan biasakan asyik kita nak ingatkan dia aje...Sebab tu lah, bukan senang nak jadikan anak2 ni jadi "orang"
Nasib baik la tak menetap atas gunung...Kalau tak, hai bukan takat jadi belon, bola besar lagi....
Mak su: wow...kita kawan eh...buleh kongsi2 cite, lagi sedap tambah2 dalam AGK ni...
Dun A. Rani: Kita dulu tak kisah mak pak kita pok pek pok pek...Kita dah ada anak ni, ikut cara depa ajar kat kita...tapi bebudak le ni, hai takkan Dun tak tahu..anak zaman cyber!macam2 jawabnya.
ujie: mana yang baik jadikan teladan,yang keruh tu jadikan sempadan...Lambat2 nanti akan ada anak juga...simpan dulu dengan cite2 kita ni...kumpul banyak2,nanti aply la..
cik santai: nasib baik lupa kat sini aje, kalau tercicir /lupa kat sabah, sori lah..tinggal aje la...buat jariah untuk orang sana!
klu tggl kat sabah, lagila parah.
tp biasanya klu tmpt boleh x jauh sgt, x amek berat pun hal2 lupa ni.
tp klu kes sabah - semenanjung,
automatik x lupa, xnak tggl apa2.
buat list boleh membantu kes lupa. so before naik keta, cek satu2.
Post a Comment