CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Monday, January 19, 2009

Tetamu Istimewa

Sedang aku bersama hubby 'melayan' pokok2 di taman petang tadi, tiba2 orang datang salam...
Alamak, Mr Hosaini & kawannya (Mr Fauzi) dari MOZAC datang. Dengan gaya aku yang santai , mereka datang semata2 nak tengok landscape rumah ni. Aduhai, macam nak tengok pameran pulak!

Si Fauzi ni macam2 ditanya, mintak pandangan hubby nak buat landscape rumahnya yang baru dibeli.Apa yang patut ditanam dan lain2...Nak ikut macam hubby buat kat rumah ni...Si Hosaini memang dah pernah datang , tak ingat pulak berapa kali...Dah biasa la dengan dia ni. Dia pun memang baik dengan Mohd. Orang bujang katakan! PR dia memang bagus. Pernah sekursus dengan aku,aku jadi JU , dia jadi peserta...

Lepas tu, dia ajaknya Si Fauzi ni masuk dalam rumah. Huh, habis ditanya macam2 perihal rumah ni. Rasa hairan ke, pelik ke agaknya la. Berapa kos buat renovation, macamana jadi ada tingkat atas...Orang akan pelik, bila tengok dari luar nampak seteres aje, tapi bila masuk dalam, eh ada 2 tingkat pulak.

Habis la depa naik terus sampai tingkat atas. Gaya tour guide aku bawak pelawat pulak! Semuanya ditengok dan ditanya. Ya Allah, mak tuan...Pas tu dok lepak kat sofa. Tanya lagi, aku beri penerangan apa yang ditanya. Betul2 macam tengok bahan pameran pulak...

Kita sebagai tuan rumah yang dah biasa, tak ada le luarbiasanya rumah ni. Seperti rumah orang lain jugak. Tapi, biasanya bila orang datang, kebanyakannya dari luar sampai dalam rumah akan dilihat, diperhati dan ditanya!!! Agaknya, mereka tengok lain daripada lain yang mereka pernah lihat agaknya.

Apa taknya, member hubby datang semalam , dia bawak 2 orang kenalannya dari KL - sorang pengarah apa tak tahu lah, sorang lagi kontraktor besar juga, nak datang bawak mem dia pulak, nak suruh tengok landscape & rumah ni. Malu nya!!! Ya la, rumah kita ni kecik aje...Tak ada istimewanya rumah ni...Orang nak datang, datang le...orang kata, kalau orang selalu datang, murah rezeki....Mudah2an begitu la.

Tak ada apa yang nak dibanggakan, semuanya ini adalah pinjaman semata2. Bila2 aje, boleh ditinggal begitu saje...Tetapi hingga hari ini, insyaAllah, aku bersyukur apa yang ada seadanya. Sesiapa yang datang "melawat" insyaAllah, dengan penerangan yang diberikan, kebanyakannya berpuas hati. Apa taknya - dapat free consultant!!! Nanti bila cuti next week aku akan tepek gambar2 terbaru - bunga2 yang sedang mekar di taman...Sekarang ni, sibuk bebenor...

1 comments:

ujie said...

bunga???wa..ujie suka2...