CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, January 7, 2009

Profesional atau Emotional?

Pengalaman aku sebagai salah seorang pentadbir, 'terperangkap' dengan masalah 'profesional' dan 'emotional'.

Mengapa ini?

Susah nak jawab.

Aku tidak mempraktikkan mana2 teori...kebanyakan yang aku lalui, aku guna 'pemikiran positif', yang realiable ( yang ikut sebaik mungkin ) kepada mereka yang aku hadapi.

Sebagai pentadbir, inilah yang sentiasa 'menyusahkan' hidup aku...Sebab tu, kalau di'boleh'kan, aku tak mahu jadi pentadbir. Maksudnya 'pentadbir' untuk menguruskan sumber manusia guru...Tetapi kalau 'pentadbir' dalam organisasi yang kecil contohnya, sebagai semata2 guru kelas, hah aku boleh buat...Ini pun sebenarnya sama juga~~~pilih nak 'profesional' atau 'emotional', kalau kita berdepan dengan murid2. Kalau boleh 'dipatahbalik' tugas aku ni, aku kekadang nak patahbalik...Tetapi bila fikirkan semula, aku perlu berada seperti sekarang ini!!!

Bagaimana kalau berdepan dengan para guru? Aku tak pasti...Yang aku tahu, biasanya....pentadbir ni ramai orang tak suka...Sifir aku takat hari ni, aku sedaya upaya menjalankan tugas ikut semua prosedur...Kalau ikut prosedur, ikut pekeliling, insyaAllah selamat....

Apa yang aku cuba praktikkan~~~aku gabungkan dengan apa2 teori yang aku belajar...campur aduk lah orang kata...Kalau aku dah buat keputusan , aku akur dengan keputusan aku, tetapi, bila dapat maklumbalas dari pelbagai sudut, kalau di'bicara'kan ada rasionalnya, aku akan ubah keputusan tadi...

Ada boss / pentadbir yang mengamalkan ikut teori2 tertentu...Contoh : demokrasi/otokratik/ lassierfier/ apa2lah yang digunakan...Aku tidak reti guna teori2 tertentu ni...InyaAllah , aku guna ikut situasi...ada masa kena demokrasi, ada masa perlu guna kuasa veto (selagi kita ni berkuasa!!!).

Jadi, sebenarnya jadi pentadbir ni, kerjanya pada hemat aku, memang memenatkan...Yang paling 'takut' ialah kerja2 'menyain' satu2 surat, yang tulis orang lain ~~~so kita kena semak apa yang ditulis, apa bunyi ayat2 itu, apa isi2 yang sebaik mungkin nak diisikan...kalau ada guru2 merungut kepada aku begitu begini apa yang mereka hadapi, aku beri semangat kepada mereka...Aku jadi begini, bukan aku tak lalui seperti mereka yang peringkat 'adik2' ni lalui sekarang...Aku dah lalui semua itu!!!





12 comments:

ONE ZABA said...

Profesional dan emotional sama-sama penting. Sama-sama perlu dalam membuat pertimbangan dan keputusan. Jangan sampai orang membenci dan jgn sampai org ambil kesempatan. Tapi nak mengambil hati orang ni memang payah la. Masa saya jadi pentadbir dulu...anda boleh membenci saya, tapi jangan sampai saya membenci anda.

Unknown said...

Seronoknya baca cerita cgu.15 tahun cgu saya mengendali satu syarikat yg arahnya macam sama : kecemerlangan insan.dan pekerjanya seakan sama : graduan Univerisiti.

Sedari awal saya tidak berkemampuan untuk itu : tapi disebabkan desakan keperluan semasa : saya berteori....saya menggunakan secara maksimum menjadikan orang2 sekeliling SUKA berkerja dengan saya.....

Nak bina SUKA tu rasanya yang saya madsudkan dalam N3 saya hari ini.....

sonata anak kancil said...

OneZ: Ya betul kedua2nya penting...Tapi untuk yang terbaik (saya rasa la ), emotional boleh mengatasi profesional...contoh? bila bab prestasi...kita 'terpaksa' fikir untuk jangka masa panjang...Dengan harapan, ada hikmah disebalik bila kita memberi prstasi terbaik untuk seseorang walaupun dari segi profesional, tidak begitu meberangsang!

sonata anak kancil said...

Jinggo: Terima kasih sudi membaca cerita "dongengan" yang dialami.

Kita semakin matang dan berjaya bila kita belajar melalui pengalaman...Bila teori2 yang dipelajari, dipraktikkan & berjaya, maka kita antara manusia2 yang gembira...

~PakKaramu~ said...

Salam

Saya tak hilang dari penulisan, saya hanya ke KL kerana ada kuliah setiap hari juma'at sabtu dan ahad, hari Isnin saya kembali

Sheikh said...

selamat bertugas cikgu !

Anonymous said...

salam pg sonata... huhu keje berat mnanti ye? lakukn yg trbaik. mmg le hari2 kita selisih jln cume tk perasan yg mne 1, ngeeee...

DUN Behrang 2020 said...

Asam garam kehidupan menjadikan kita lebih matang...menjadi seorang pentadbir mungkin senang, tp nk jadi pentadbir yg "disenangi" bukan mudah...semuanya ada dlm diri kita...

sonata anak kancil said...

PakKaramu: Tanhiah pak, masih gigih terus menuntut ilmu...hai adik2 yang lain. contohi lah bapak ni!

sonata anak kancil said...

Sheikh: terima kasih, udah dipertanggungjawabkan, jalankan aje tugas untuk mendidik anak bangsa ni...

sonata anak kancil said...

Tera: selamat bertugas...will nice to meet you! Come here la...

sonata anak kancil said...

Dun A.Rani: Sebagai pentadbir, sama juga macam kita masak, lebih asam, jadi masam, terlebih garam, jadi masin...Jadi, kenalah asam garam tu, di bubuh agak2 sesedap rasa (ikut tekak kita le..)he he he...

Bukan senang jadi pentadbir yang dapat menyenangi orang!