Pagi2 jam 8.00 aku dah berdesup ke sekolah...Hari ni, pendaftaran murid Ting.1...
Seperti biasa, pagi2 dah mula bersiap sedia seawal mungkin....Hari ni , aku nak pakai baju koporat style...cek2, ok blouse coklat + kain hitam...senang sebab ada poket ~~~letak kunci, handphone, pen...sebab nak round kelas2 yang ditempatkan untuk pendaftaran.
Ok tak baju ni bang?Ok,ok....hubby kata. Gitu lah, selalunya, dia jadi "fashion consultant" aku...he he he...Dia pulak tanya, ok baju ni? Ok,ok, matching, matching (matching ngan seluar la..dia ni rabun warna...) Cerita bab warna baju, kekadang dia selalu salah, bila nak warna yang dia nak, aku ambik lah.. tapi dia kata salah.. kata nak warna biru..rupanya dia nak baju yang warna light purple...huh berat2 ...
Siapkan sarapan nasi goreng + karipap (ready to fry ~~~senang je ) untuk 3 anak bujang+dara yang masih bercuti...Hubby pun makan sikit , dia gi lewat sebab nak terus meeting kat MITC jam 9...Huh dah dekat jam 8, panaskan sonata aku 5 minit...ok bang, gi dulu...salam~~~zap-zap-zap-zap~~~muahh....
Alamak, lalu depan sekolah rendah kat laluan aku..dah berderet kereta mak bapak hantar anak darjah 1 lah tu..jem kejap...aduh sampai kat trafic light jem...agaknya semua sekolah hari ni buat pendaftaran murid baru...
Sampai trafic kat Lebuh Ayer Keroh, wow jem lagi...banyak nya oiiii kereta / motor dll! Ni semua kes ke sekolah gamaknya...Nasib baik lah aku tiba sekolah pun tak lewat mana pun...Ibu bapa ramai dah datang...
Nampak kereta bos dah ada...ramai cikgu pun dah datang. Berdedai mak bapak datang bawak anak masing2...cikgu aku cekap, semua dah siap sedia, pengawas sekolah semua dah ready jadi pembantu...kelas2 semua dah ditanda...
Thumb-print....ucap salam kepada bos...ok semua, terus gi round,pastikan cikgu2 yang terlibat dah mula berada dalam kelas untuk menerima murid baru...Ingatkan semua cikgu, cikgu hanya boleh kutip duit insuran sahaja, lain2 urus dengan koperasi...tahun ni senang kerja cikgu kelas, tak payah2 nak pungut bayaran2 tambahan, arahan drp kementerian. Lepas PIBG meeting tahun ni , dah setuju dalam PIBG meeting baru boleh pungut bayaran2 yang dikenakan...
Ok, semua cikgu dah settle dalam kelas...Yang mana tak ada dalam senarai nama, yang baru pindah masuk/yang tercicir nama, kena semak kat kaunter pertanyaan di kantin.Aku tengok semua berjalan lancar. Mana yang ada komplikasi, cikgu2 rujuk / telefon aku. Segera aku settlekan...Ada yang nak mintak tukar sekolah, ada yang nak tanya boleh terima tak anak nak tukar ke sekolah ini, macam2 ...
Yang nak masuk kelas RK, nak masuk kelas muzik....semua kena settle dengan cara berhemah...mak bapak ni kena cakap baik2, kalau very good result bolehlah consider juga, yang agak problem ni, result yang kurang mantap. Nak masuk RK (ranc. khas) & muzik, result UPSR kena 5A). Kalau RK, nama dari Jabatan hantar...yang nak mohon masuk, hah tunggulah rayuan.
Dalam pada tu ada kes2 pindah masuk dari luar negeri, ini memang kena terima. Kejap2 kerani hulur surat pindah masuk, mintak aku sain. Sain pindah keluar / sain pengesahan sijil...Parents datang bawak anak pindah masuk, mintak rayuan kelas, macam2 urus murid ni....
Nak tergelak pagi tadi, cikgu SPBT jumpa aku: puan, macamana esok nak bagi buku teks? Hah, kenapa nak bagi esok? aku kata. Dia pun berkeras lagi, ye lah esok kan nak bagi buku, kalau tak macamana lagi? Eh , kan esok cuti, kenapa nak bagi esok! Aku beriya2 beritahu dia...Eh tak lah...esok hari Isnin...Hah hari Isnin, habis you cakap esok, I ingat esok lah, esok kan hari Sabtu. Dah sama2 tergelak...
Ok, cuba you comfirm dengan bos, apa kata bos, kalau you mintak izin nak bagi lepas rehat. Ini semua kes arahan, hari pertama semua P & P dah berjalan dengan lancar. Pemantauan akan dibuat dari pagi2 lagi drp JPM mahupun dari pihak nazir...Tak lama lepas tu, dia kata, bos suruh bagi minggu depan. Habis macamana ni, arahan pihak SPBT hari pertama kena bagi...Tak pe, you jangan risau, apa2 bos akan jawab...ok ,ok,ok.....
Lebih kurang jam 11.30 baru dapat minum & makan nasi goreng kat kantin...Duduk semeja dengan bos, PK1 & CC..tak lama lepas tu, penyelaras F4 datang, beritahu murid lebih tak cukup kelas...alamak macamana ni? rupanya baru sedar/perasan , F3 tahun 08 lebih ramai naik F4 berbanding F4 skg yang naik ke F5...Ok, ok, tak pe kita bincang, cari peyelesaian. Bincang punya bincang, dapat settle, F3 kelas ke 10, tutup. Alasan nak buat 10 kelas, sebab kelas exam nak focus kurangkan jumlah murid...rupanya tak boleh, so, tukar tambah ke F4. Jadual pun kena settle juga...Dah nampak ok, semua bla nak balik sebab hari ni hari Jumaat...Bos pun bayar semua...huh hari pertama bos dah belanja!
Balik tengahari kejap, jam 2.30 nak ke sekolah semula, telefon cikgu jadual waktu, mintak datang sekolah petang ni. Ok dapat beritahu dia , kenapa jadi macam ni. Bergegas aku keluar, sebab nak ke Pejabat Pos kat Jusco dulu, nak buat money order untuk Farahin, bayaran KMS dia. Nak kejar masa, agak laju berdesup aku bawak kereta...tiba kat PO, ambik nombor. Dapat no, dah banyak! kira2 100 lebih dari nombor yang sedia ada dengan nombor aku. Alahai aku tak boleh tunggu, aku kena pegi sekolah sebab ada murid mintak mohon pindah.
Tiba sekolah, bos, PK1 dan cikgu jadual dah ada...Ok, bincang lagi...dapat keputusan. Panggil PAR, mintak dia tukar labeling kelas~~~segera kena buat, masa dah suntuk. Tak nak hari Isnin ada yang tak settle. Ok, nampaknya settle. GOOD...
4.30 aku mintak izin dengan bos, nak ke PO. Ok, you can go now...Agak laju jugak bawak kete, nak kejar masa, kang jam 5 PO dah tutup. Nasib baik tiba 4.45...ambik nombor, alamak, banyak lagi! dekat2 1oo juga. Punya lah ramai orang, macam ni tak boleh jadi, tepon hubby, beritahu orang tersangatlah ramai. Ok, balik dia kata....aku pun keluar PO.Rupanya hari ni 2 hb, orang update /keluar duit ASB....alamak, sabau2 le.. tak ke mana pun dividen tu!
Keluar Jusco terus gi nak ambik seluar sekolah Fahd, janji siap hari ni. Cari punya cari tak jumpa. Hai macam mana ni???Bos dia datang, seluar dah diambik oleh stafnya, tapi ntah mana diletak tak jumpa...Ok, cikgu datang ambik pagi esok. Siap ke? siap katanya...ok.
Tepon tailor (pengetua bersara) buat baju Fahd, dia on the way to Jusco (janji nak jumpa kat Jusco). Sorry, lambat sikit, jem lah...kete banyak! Memang kete banyak, ni lah gara2 duduk kat kawasan bandar.Ok,nanti saya balik dulu, you call me later...
Aku pun balik rumah, hubby pun baru tiba, sedang makan apam balik. Apa lagi, mamam aje la...
Tailor pun tepon, dia dah sampai kat Jusco. Ok, tunggu saya akan datang...
Keluar semula ke Jusco, jumpa kat food court. Kalau dah jumpa tu, macam2 la yang diborakkan.
Balik kat magrib...Hubby dah siap2 nak ke outstation pulak! Kawan dia akan datang ambik lepas magrib. Huh, macam2 hal....
Sedang ketuk2 laptop ni, GPK1 tepon, esok jam 8.30 pagi, bos nak jumpa semua yang dok bincang petang tadi...Nak pastikan semua beres, hari Isnin semua ready!Ok, ok.....
Aku kena edit pelan kelas yang dah ditukar.. Nak kena beri kpd semua guru hari Isnin ni...Semua kena buat segera!!!
Hoya Pro1 UV Filter
2 hours ago
1 comments:
bapak rabun warne, anak terkene tempias sket. dikatenye kaler hijau, sebenarnye kaler kuning. duhai~
tapi, kaler merah masih lagi terang di mate XD
Post a Comment