CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, January 25, 2009

Gotong Royong

Huh...berasap2 membakar sampah,
aku pun tak sidai2 kain baju, nanti semua berbau asap!


Kawasan lapang tempat nak dirikan khemah memasak

Hubby sibuk membakar sampah sarap
Pokok pisang ni dah banyak berjasa...Bila masak, semua merasa!

Kayu api yang dah dikumpulkan...


Pepagi hari minggu ni, jiran2 deret rumah aku bergotong royong membersihkan kawasan lapang yang agak bersemak samun sikit seberang rumah aku ni.

Sebab? Hah, hujung minggu ni 31 hb, jiran sebelah rumah ni pulak nak buat kenduri kawin anak sulungnya. Biasanya kalau anak sulung perempuan cepatlah bermenantu! Betul ke???

Kawasan ni dibersihkan, sebab nak buat tempat masak, katanya nak tumbang lembu sekor...Masak sendiri lebih baik la, kalau main catering2 ni, kira ikut berapa kepala jemputan. Macam order kat kedai - mahal belanjanya. Rumah aku ni dok kat corner, jadilah tempat persiapan kenduri. Biasalah ni, semuanya dah seperti sedara , tak kisah punya...

Sibuk nak raya cina ni, orang melayu sibuk jugak ambik kesempatan buat kenduri kawin.Jemputan memang ada, takat sekitar tempat aku ni, ok lah boleh gi...Gantung periuk lagi!!!

P/S: buat bersabor ujie, tiba masa hang pulak...

8 comments:

ONE ZABA said...

anakku semuanya pompuan...dari sulung hingga ke bongsu. wah, cepat jadi pak mentua la aku ni. bermakna cepat jugak la aku jadi atok... uhhuuu...cepat tua la jawabnya.

sonata anak kancil said...

OneZ: tak semestinya, dah bermenantu terasa cepat tua...Kalau menantu tu hampir2 nak sebaya ngan bapak mentua macamana? nak buat menantu, kena scan2 dulu...

Tera said...

samat ptg... huhu, anak sulung kita pempuan gak... hrp2 biya la keje dulu baru kawen.

bz sket la arini sonata, lyn anak2 buah, mak buah & bpk buah... sumer ade ni ha, fenin kefala ana... mlm nk buat BBQ, meh le ramai2... tulun kipas

sonata anak kancil said...

Tera: ha he hu...seropa kita...malam ni makan besaq! esok tahun baru!! anak2 semua balik, senang keje, masak nasi ayam! Kek kukus atas dapur, jap lagi masak la tu...

SMK Lajau, W.P Labuan said...

Wah! Bagusnya orang sekarang masih ada semangat, gotong-royong ya. Tahniah kat seluruh orang taman cikgu, semoga semangat kejiranan terus membara...Dah dapat menantu jiran cikgu lepas tu dapat cucu kan? Saya mungkin kena tunggu dua tiga tahun lagi, anak-anak yang sulung dan kedua lelaki, anak dara sedang tunggu SPM dan nak ambil SPM, dan bongsunya Tahun 5 baru....Cikgu bila nak bermenantu

SMK Lajau, W.P Labuan said...

(baris 2 dari bawah) Ralat... dan nak ambil PMR....(bukan SPM)

fatehah said...

ehem3!!

sonata anak kancil said...

Cikgu Sahar; kalu 2,3 tahun lagi tu,kira cepat gak.. Saya? lambat lagi la...Semuanya masih belajor...Yg sulung lelaki, ke 2 pompuan, hah lambat le tu...Tak tahu lah kot cepat pulak jodohnya...