CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Sunday, January 4, 2009

Asrama oh asrama...

Hari ni pagi2 jam 8 dah keluar nak uruskan sekolah baru Fahd. Cikgu M sekolah ni yang aku tak pernah jumpa, hanya pakai tepon aje...mintak aku datang pagi jam 9. Ok, aku akur, anak nak sekolah kan mestilah urusk ikut peraturannya..

On the way aku tepon cikgu M, dia pun on the way to school/hostel.Aku cakap, kita ni tak pernah jumpa lagi, mana satu nanti cikgu M ni...Hah senang aje nak kenal saya, saya pakai baju koporat yang ada nama,tu lah saya...Ok, saya pulak pakai baju hijau...(macamla aku sorang pakai baju hijau nanti). Parents dah ramai datang.Aku cakap ngan hubby kita kena awal, nanti kalau dah ramai datang, parking susah...So, bila tiba tadi bolehlah parking yang tak ade la jauh sangat nak berjalan ke asrama...

Aku tiba aje, wow dah nampak, staf aku berjalan ke arah aku. Staf aku ni, mem nya jadi warden kat SMKTM ni...Tu yang senang nak buat urusan. (Agaknya dia nampak kereta aku tiba, dia pun keluar dari rumah )...Rupanya, dia kata, cikgu M dah tepon dia, beritahu aku nak datang...Jadi, nampak macam smooth aje perjalanan urusan..Aku pun agak, cikgu M ni pun nak tahu aku yang mana satu, bila staf aku ni (ustaz) berborak dengan aku, itu lah aku yang dia nak kenal ni....(agaknya la )

Dia pun serahkan buku2 yang aku mintak dia belikan, kerana aku tak sempat nak ke koperasi sekolah pada hari yang ditetapkan. Oh, terima kasih cikgu M...kalau tak susahlah anak aku ni tak ada buku tulis...

Tanya urusan byaran asrama..rupanya pagi tadi adalah penempatan murid T1 dulu, petang baru murid F2 - F5. Fahd ni tukar sekolah, sekarang F2...Dia pun beritahu, ok boleh naik ke dorm dulu, aku dah awal2 mintak tolong uruskan supaya letakkan katil bawah, nak panjat2 ni, teruk nanti orang bawah / bergoyang sakan lah katil tu, disebabkan badan yang "tersangat" lah besar!!! Jadi, letaklah barang2 dulu..petang baru buat urusan bayaran.Dapat Dorm 1/oo3. Ok lah , satu dorm 10 orang + dengan F1 dan lain2.

Petang jam 2 lebih aku pun hantar semula Fahd untuk uruskan bayaran...Jumpalah members yang hantar anak ke sekolah ni juga. Dia orang ingat anak aku ni F1...Bila dah lama tak jumpa tahu2 aje lah..Dari jauh dah jerit nama aku.Alamak, riuh dibuatnya...tahu2 lah cara orang Melaka..kalau tak riuh sekampung bukan orang Melaka lah jawabnya...Yang sorang sejawatan dengan aku, yang sorang lagi tu GC, mem dia pun aku kenal...dulu sama2 belajar MA ...

Lepas jumpa lak dengan pengetua,pengetua pun aku kenal jugak. Jadi,alhamdullilah senang urusan semua...mudahan2 si Fahd dapat manfaat sepenuh masanya untuk belajar bersungguh2. Kalau kat rumah ni, (aku gelar asrama bukit ), ikut suka dia nak belajar...Dok sorang2, kawan dia komputer/tv/games...Hah tu aje kawannya.Macam ni tak boleh jadi, budak RK..Tapi tak gaya RK...So, tukarkan ke RK berasrama...masa F1 dah dapat ke sekolah ni, aku tolak, mohon untuk RK ke sekolah aku, pas tu bincang punya bincang tak boleh jadi, kena ikut sistem asrama sebenar2nya, baru boleh lebih cemerlang lagi....

4 comments:

Sulamankasihabadi said...

org melaka rupe yer...

sonata anak kancil said...

kawan aje orang melaka, saya hijrah ke sini! mana2 sama aje...

ONE ZABA said...

ha ah sonata...mana2 pun sama je. Dok atas gunung ni la best..sejuk, nyaman. Lapar sokmo.

sonata anak kancil said...

OneZ: berat tu main lapar sokmo, nasihat sonata, makan - makan jugak, gi lari naik gunung turun gunung....Barulah buleh maintain !