CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Wednesday, January 14, 2009

Data - meeting - data - meeting - data - meeting

Dah masuk 2 minggu sekolah...mata ni naik berpinor dengan data2 dan meetings. Tak habis2 , dok kira murid memanjang....

Dari hari pertama 5 Jan mula sekolah semula, tak terkira entah berapa ramai yang masuk ke sekolah aku ni...

Yang murid Tingkatan 1 satu hal, yang tingkatan lain dari 2 hingga 5 satu bab lagi...Aku tak la gi kira budak2 tu, yang aku 'mabuk' dok terima dan layan parents yang bawak anak2 ni...macam2 cerita , macam2 sebab nak pindah masuk ke sekolah ni. Dari dalam / luar negeri nak masuk sekolah ni.

Sekolah aku ni memang strategik lokasinya, pencapaian akademik boleh la tahan. Kebanyakan murid sedia ada ni, depa dah memang tak nak keluar..Keluar pun tak ramai...Kalau non-malays tu memang kat sini aje le..Dah lebih kurang 1650 murid !

Lepas interview sikit ( tak boleh la lama2 ), serah kepada penyelaras tingkatan. Hah ikut depa la, kelas mana nak letak berdasarkan keputusan akhir tahun lepas.

Jadi, hari2 sampai hari ni, masih ada lagi yang masuk ke sekolah ni...Aduhai...data murid kena update setiap hari.

Data murid kena kira , meeting 3 unit pengurusan setiap hari jugak...Biasa la ni semua, nak mintak semua orang jalankan tugas untuk sekolah. Kalau tak meeting, depa tak tahu pulak nak buat apa...Mesti meeting dan bincang. Punya lah banyak sub unit, sampai habis bulan 2 baru la nampak reda sikit.

Dah la tu, kegiatan koku pun sama rancak. Sukan pun gitu juga, masuk bulan Mac dah sibuk pulak nak bersukan! Makin ligat lah lagi cikgu2 'berpencak' di padang. Masing2 semua nak 'berlawan' sape jaguh tahun ni...

Hari makin petang, senja mula melabuhkan tirainya...mentari mula memalapkan sinarnya...


12 comments:

ujie said...

wa..bz yer...g

sonata anak kancil said...

Ujie: Gitu la saban hari...dah rezeki kot ni, reda & ikhlas menjalankan tugas...Cikgu sekarang macam ni la...Hah, fikir banyak kali kalau ada hajat nak jadi cikgu!!!

ONE ZABA said...

kalau udah kerja menguruskan murid...gitu la. kalau kerja menguruskan kambing, lagi teruk. Kena basuh kandang, potong rumput, bakar sabut halau agas ngan nyamuk...macam-macam la.... hisss, melalut lak aku ni....heeee...heee.

sonata anak kancil said...

OneZ: ada pengalaman nampaknya...Betullah ngurus kambing lagi teruk ! Tapi best tahu..sebab? kambing ni ikut kata! kalau naik tangga tu beratur je...tak ade le macam anak murid naik tangga, berebut2, pas tu jatuh...payah pulak nak panggil mak bapak dia...

( pernah masuk kandang kambing kawan - tu yang tahu serba sikit)

arryani said...

Biasalah...kalau anda tidak menguruskan anak murid sekalipun, anda akan sibuk juga.

Kalau anda pemimpin, anda akan sibuk memimpin.

Kalau anda sudah berkeluarga, pasti sibuk menguruskan anak-anak.

Kalau anda seorang nelayan, pasti sibuk sekarang dok menjala ikan.

Dan kalau anda seorang ahli politik pula, pasti anda kini sibuk di Kuala Terengganu...heheh

sonata anak kancil said...

Arryani: Masing2 sibuk dengan bidang tugas masing2.

Tapi jangan tak tahu, ada juga yang tak sibuk jadi sibuk...dia ni kita gelar penyibuk !!!

DUN A. RANI said...

Cikgu hari ini...kena lak dok di barisan pentadbiran...apa pun slmt menguruskan murid dan mak pak murid!

LotsOfLove-Pearls said...

Salam..
Maka bermulalah lagi hari esok yang xpernah berakhir..

sonata anak kancil said...

Dun A. Rani: apo nak kato....dah pilih line ni, buat aje la....keluar pintu pagar sekolah, urus le rumah lak...

sonata anak kancil said...

LotsOf Love: Esok sentiasa masih ada...Semalam akan sentiasa dikenang...

aibiwai said...

begitulah jadi cikgu....tak leh nak rileks. Teruskanlah berbakti kepada anak bangsa...

sonata anak kancil said...

Aibiwai: TQ, lawat AGK....Hanya cikgu yang tahu tugas2 cikgu...