Aku terpanggil untuk merakamkan peristiwa pergaduhan anak-anak pagi tadi.
Kisah bermula...
Lebih kurang 9.15 pagi kaunselor masuk pejabat, hantar kad laporan 2 murid perempuan bergaduh dalam kelas. Apa yang berlaku?
2 murid perempuan, dalam satu kelas , sepupu pulak tu. Apa sebab? Saling kata mengata perihal emak masing2. Yang sorang ni si A dah tak tahan dengar si B kata emaknya macam2, dia pun lesing si B ...Masa tu cikgu belum masuk lagi. Diberitahu begitulah. Bila dah jadi macam ni, rakan2 bawak ke bilik disiplin. Di bilik disiplin, semuanya dah ambik statement masing2, dan boleh kata settle dah... Tapi si B katanya tak puas hati.
Tak lama lepas tu, ada sorang perempuan masuk nak jumpa aku. Rupanya emak si A dah datang, sebab si A ni telefon emaknya.
Emak si A, beritahu tentang budak2 ni...Mulanya aku ni confuse macamana boleh berlaku? Lama2 baru boleh tangkap apa dia cakap. Dia mintak aku settle hal budak2 ni...La, come on man...you settle lah anak2 you all ni!!!( aku cakap dalam hati). Dia pun telepon emak si B, dan pas the phone pada aku, dan mintak dia datang. Ok, emak si B setuju datang.
Sementara nak tunggu emak si B ni datang, aku pegi ngajar dulu. Aku buat selamba aje la, sebab ni semua perkara remeh aje. Hah duduklah emak si A ni kat luar sementara tunggu emak si B datang.
Tak lama dekat2 jam 11 emak si B pun tiba. Dia datang dengan abangnya, suaminya kerja tak dapat datang. Si abang nya beritahu ni adik saya (emak si B), dan ni anak buah saya. Huh ? Macamana ni?
Rupanya begini ceritanya: Abang emak si B, ialah bekas suami emak si A. So fahamlah aku keluarga depa ni. Tapi mereka ni semua tak ada masalah. Ibubapa ni tak bergaduh pun. Ex-husband (bapa si A ) masih berbaik dengan ex-wifenya. Mereka semuanya baik2...Masing2 ibubapa si A dah berumahtangga dengan pasangan baru. Mereka tak bergaduh..malah emak si A, nak mintak anak dalam kandungan emak si B ni, nak bela sebab dia dah tak ada anak kecik.
Tak lama 2 sepupu ni datang masuk pejabat aku. Aku pun jadi hakim, nak jatuh hukum. Sekarang saya nak tanya apa punca boleh jadi macam ni? Mesti ada sebab, kalau tak kenapa dok kata emak masing2. Tak malu ke, you all ni ceritakan kepada saya perihal keluarga awak?
Budak2 ni, dok saling menuduh. Si A kata si B buat dulu, si B pulak kata si A dulu. Ada ke depa ani bertekak dalam pejabat aku. Aku pun hentak meja (tak le kuat benor, kang tangan aku sakit, tak fasal2 pulak ). Ok DIAM!
Emak2 ni senyap , dengar anak2 ni dok bertekak. Ok, aku dok dengar, tak heran pun, ni semua kisah anak2 dia orang. Si A ni agak ok sikit lah, tak lah keras hati macam si B. Dia kata, berpunca sejak raya puasa dulu. Sebab si B jelous, si A naik kereta kakaknya bawak pegi jalan2. Itu puncanya, sampai la ni...Aku direct cakap dengan emak budak2 ni, mesti ada sebab, kadang mungkin rebut pak we pun ada juga, budak2 sekarang macam2...
Dah tahu punca, aku pun lecture budak2 ni depan emak masing2. Si B, masih berdegil dan tak puas hati dengan si A. Aku kata, saya tak sebelah mana2 pihak, sana betul, sini betul. Dua2 pun salah. Si A pun lagi salah, sebab dia gi lesing si B. Patutnya dia tak boleh bertindak macam tu...
Lepas tu, masing2 dah mula reda, ok dah. Tulis surat perjanjian. Saya tak mahu tengok awak masuk pejabat saya lagi lepas ni, this is the first and the last...Aku suruh bersalam. Salam dengan emak masing2, dengan makcik masing2. Si A & B, aku peluk semua, nasihat lagi, supaya tak gaduh2 lagi, belajar rajin2 , tahun ni nak SPM...Aduhai mak datuk....Satu kerja pulak, aku dok settle anak2 mereka. Hukuman: dua2 kena hantar kaunseling serta amaran keras.
Bila anak2 dah keluar pejabat aku, emak2 ni masih ada depan aku. Aku pun beri lah tazkirah sikit, bukannya apa, terutama nampak si B, nampaknya dia ni kurang mesra dengan emaknya, mungkin dia rasa tersisih daripada emaknya. Adik beradik pun ramai, jadi agaknya keprihatinan kepadanya kurang, seba tu dia boleh bertindak macam tu. Emak si B ni menangis depan aku, dia pun rasa sedih perihal anaknya macam tu, dia tak boleh buat apa lagi...La, macamana ni??
Itu lah kisahnya, anak2 orang yang bergaduh, aku jadi hakim memberikan hukuman. Sebenarnya budak2 ni, aku kenal semua. Masing2 ada kelemahannya. Si A perangainya macam tu, si B ni pulak , dia suka cakap lepas...
Jam 12 barulah aku dapat keluar pejabat dan makan nasi ( breakfast & lunch )....
Pengajaran: Setiap anak perlulah diberikan kasih sayang sama rata. Tapi kekadang tu, kita sebagai ibubapa rasa dah samarata, anak2 ni tak kata itu samarata. Anak2 semakin meningkat remaja, lain cara tacklenya...kena pelu buat kawan dengannya, cerita2 perihal remaja ni dah boleh kita campur tangan, tanya dengan open-minded.
Hoya Pro1 UV Filter
2 hours ago
4 comments:
memang dia rasa kurang diberi perhatian walau pun kadangkala perhatian kita dah lebih sebenarnya...kehendak manusia sukar diduga tetapi jangan sesekali dibiar begitu sahaja....
ayoooo...gaduh pulak he3.siap libatkan mak bapak lak tu..he3 lawak ler..budak2 zaman sekarang huhu
eleh ujie....pandainya komen. nanti la ekau ada anak sok. tau la camana pening kepala layan karenah anak-anak.
Untuk Ujie: belajor2 le nak layan kerenah anak2 nanti...Dari kecik sampai ke besor, macam2 hal...kecik cari kecik, besor lain cara...
Post a Comment