CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thank You For Dropping By & Feel Free To Be Part Of AGK

Saturday, March 12, 2011

Tsunami - gempa bumi

Bil
Tarikh
Lokasi
1
1755
Tsunami – Lisbon, Portugal – mengorbankan # 60K orang
2
1883
Tsunami setinggi 35 meter – akibat letupan gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda , Indonesia -  mengorbankan # 36K orang
3
1946
Gempa bumi ( 7.8  skala Richter ) berhampiran Alaska, USA – menghasilkan ombak besar setinggi 35 meter – mengorbankan 165 orang
4
1960
Gempa bumi ( 9.5 skala Richter ) di selatan perairan Chile – menghasilkan tsunami di Lautan Pasifik – mengorbankan > 3K orang di Chile & Hawaii
5
1976
Tsunami di Filipina – mengorbankan > 5K orang
6
1998
Gempa bumi ( skala Richter ) di perairan Papua New Guinea menghasilkan ombak setinggi 10 meter – mengorbankan > 6K orang
7
26 Dis 2004
Gempa bumi ( 9.1 skala Richter ) menyebabkan tsunami setinggi 35 meter di Acheh # 170K orang terkorban & 500K hilang tempat tinggal,
> 250K keseluruhan terkorban di Asia Selatan ( Sri Lanka ), India , Thailand & Indonesia
8
28 Mac 2005
Gempa bumi ( 8.7 skala Richter ) di Pulau Nias di pantai barat Sumatera, Indonesia # 1,300 orang terkorban
9
2006
Gempa bumi menyebabkan tsunami di selatan Pulau Jawa, Indonesia – ombak setinggi 21 meter di Pulau Nusakambangan mengorbankan # 500 orang
10
27 Feb 2010
Gempa bumi ( 8.8 skala Richter ) & tsunami di Chile mengorbankan # 500 orang & memusnahkan ratusan ribu tempat tinggal , kehancuran lebuh raya & jambatan
11
2010
Letusan Gunung Merapi di Kepulauan Mentawai , Indonesia meletus menyebabkan tsunami dan mengorbankan # 446 orang
12
11 Mac 2011
Gempa bumi ( 8.9 skala Richter ) di timur laut Jepun menghasilkan tsunami setinggi 10 di meter – setakat ini dilaporkan > 300 maut
Amaran kepada negara2 di seluruh lembangan Pasifik termasuk Russia, Taiwan, Filipina,Indonesia,Papua New Guinea, Fiji,Mexico,Guatemala,El Salvador,Costa Rica,Nicaragua,Panama,Honduras,Chile,Ecuador,Colombia dan Peru.
sumber : Berita Harian & Utusan Malaysia - 12 Mac 2011

Saya tertarik dengan peristiwa ini - selaku guru Geografi saya amat memahami perkara ini berlaku dari sudut fakta geografi.

Sudah lama sejak tahun 2000 saya tidak mengikuti kejadian ini ( mungkin kurang berita @ saya tidak berkesempatan mengikutinya ) - sebab tidak berlaku di negara kita - tetapi berlaku di negara luar - terutama negara yang terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik.

Seingat saya peristiwa Ribut Greg pada 26 Dis 1996 telah berlaku di Sabah.Kemusnahan harta benda & kehilangan nyawa melanda kawasan Keningau, Sabah. 

Selepas itu -  tahun 26 Dis 2004 - dunia digemparkan dengan peristiwa tsunami di Sumatera & kawasan sekitarnya.Dan sehingga kini didapati semakin "mengganas" kejadian2 seperti ini. 


Jika dilihat kronologi kejadian kemusnahan ini berlaku bermula bulan Disember - Mac.....mengapa? ( saya tak buat kajian terperinci - hanya melihat pattern kejadian ini ) -
 tak tahu lah pulak selepas ini akan berlaku bermula bulan April....


“Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)


“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)


“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Yassin : 83)


wallahualam

12 comments:

Kak Nora said...

SAK,
Daripada jadual saya dapati tiada berlaku gempabumi dan tsunami dalam tempoh saya mengajar subjek geografi. Kalau tidak sedapnya beri onhand info. Takut dan ngeri. Semoga Allah SWT selamatkan kita dari bahaya dan bencana.

farahin said...

doakan in selamat kat sini (auckland).
LOVES.

mamawana said...

Bencana di sana sini adalah peringatan Allah swt supaya kita kembali bersyukur dgn penuh keimanan.

Myfrin's story said...

Salam, cikgu sonata. Semoga Allah melindungi kita semua, amin....:)

rosli said...

Hjh Zaleha,

Tk berkongsi ilmu.. dari sudut geografi memang sgt menarik....beberapa minggu lepas saya tgk dokumentri dalam Astro....Tokyo akan kena bencana besar.....tp sekarang Sendai dah kena dulu.....sesuai dengan nama Tsunami...ombak pelabuhan yang orang Jepun namakan....skrg saya melihat dari dua sudut....Allah yang Maha berkuasa....kedua memang dah tiba waktu pergerakan bumi sepertimana dokumentari tersebut maklumkan....Moga Allah bagi kekuatan pada kita semua di Malaysia. Ameen

a kl citizen said...

semoga Allah melindungi kita semua dari bencana tidak terduga

sonata anak kancil said...

Kak Nora : sewaktu mengajar Geografi tahun 2005 & seterusnya saya ada tunjukkan satu album gambar2 tsunami di Sumatera kepada murid2...budak2 nampak betapa teruknya kejadian itu

sonata anak kancil said...

farahin ; semoga sentiasa dilindungi Allah swt & sentiasa waspada - sentiasa peka dengan setiap hari ramalan cuaca & info terkini

sonata anak kancil said...

mamawana : semuanya adalah kehendakNya jua.....

sonata anak kancil said...

Myfrin's story: insyaAllah...peringatan kepada kita

sonata anak kancil said...

Rosli : ye betul tu tu...sy ada tengok juga - tak pasti mana satu - yg tentang pergerakan pergolakan magma mencetuskan letupan gunung berapi...ngeri tengok

sonata anak kancil said...

Kl Citizen: sentiasalah kita mengingatiNya